Wednesday, August 25, 2010

200 Dan Lagi







Lebih 200 Dah? Tak sangka sudah melebihi 200 entri. Namun bukanlah perkara mengejutkan sangat. Saya dibantu dengan lebih kurang 44 entri hanya berkisarkan praktikal saja. Tidak terlepas satu hari pun untuk dibincangkan ketika praktikal tempoh hari. Tidak tahu mengapa namun segalanya telah membuatkan entri blog ini melebihi 200. Pada jangkaan awal rasanya tahap ini sukar dikecapi melainkan banyak menaip sekurang-kurangnya hingga ke hujung tahun 2010.

Saya tahu entri yang bermakna tinggi sudah kurang dan lebih kepada kepelbagaian. Saya cuba merasa pelbagai cara untuk menulis walaupun tidak ada satu mekanisma yang tetap. Mungkin terikut dengan cara penulisan rakan yang lebih ringkas cuma pada kebiasaannya penulisan begini hanyalah berkisarkan perihal harian mereka. Ada juga rakan yang membincangkan isu yang lebih berat namun segalanya seperti automatik dimana pengisian yang berat menggunakan penulisan yang lebih rasmi.

Namun saya tak berasa begitu cocok dengan perihal penulisan ini. Namun saya masih menulis kerana saya tahu apa terjadi jika saya berhenti menulis. Jadi, molek juga dibandingkan dengan apa yang dah tertulis untuk entri yang ke-100 tempoh hari. Ketika itu saya cuba mengagak apa yang bakal berlaku untuk tahun 2010. Dan hampir segala yang dijangka sudah pun berlaku. Alhamdulillah. Ada juga yang masih menanti giliran. Tapi untuk merangkumkan segalanya di penghujung Ogos agak janggal. Jadi lebih baik hujung tahun dinanti. InsyaAllah.

Jadi, maafkanlah diri kerana jarang menulis sementara waktu ini. Cuma kadang-kadang terlintas untuk menghasilkan cerpen-cerpen bersiri kerana idea sudah ada. InsyaAllah dengan adanya azam akan diteruskan juga usaha untuk melatih diri menulis sedikit demi sedikit. Terasa iri hati dengan mereka yang dapat menulis dengan cermat dan cantik dari segi sastera dan mudah difahami orang lain. Namun segala yang hebat, keluar dari orang yang hebat, bukanlah secara semula jadi. Mereka telah melalui beribu-ribu jam yang getir, lelah dan penat untuk mencapai ke tahap itu. Tiada kemahiran yang boleh diperoleh hanya dengan menggoyangkan kaki. Sekian dulu intersesi, salam.


“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

4 comments:

Ndea Anuar said...

apa akan terjadi kalau kau berhenti menulis?
wah aku pun sudah terikut2 rentak gaya bahasamu kibo. bwahaha..

Aderi Aryasu said...

Jika aku berhenti menulis, nescaya aku akan berada di luar kawalan tanpa hala tuju yang jelas di dunia sebenar. dengan ingin terus-terusan menulis, nescaya aku akan cuba berfikir dahulu sebelum bertindak kerana menulis memerlukan kita untuk berfikir dahulu..

wargh ha ha ha...

gaya bahasa aku entah apa-apa entah... he3

AIS said...

jgn pgl die kibo...peace..hehe

Aderi Aryasu said...

yes, ade org back up.. hehe