Wednesday, August 25, 2010

Not Specified







*Erm, kalau orang mintak password komputer tu, so apa gunanya password tu ek? Got any idea what the use of that password if someone asked about it?

*After the real relationship between each person in the house has been valuated, the picture become much clearer. He said “If we stay here for another year, it will be a chaos. We couldn’t make it for even 3 months to be together”.

*FYP 2 di waktu kemuncaknya. Tak disangka kemuncaknya dikala pertengahan Ramadhan. Walaupun kering tekak dirasa, kurang sedikit tenaga namun dipapahkan jua tenaga untuk meneruskan kajian. Debu-debu kering tanah bertebaran keatas di dalam makmal. Tekak kering terasa lebih kering dek debu. Pelbagai gaya dapat dilihat. Mencangkung, menumbuk tanah, menulis, menghentak dan pelbagai lagi. Tapi jangan lupa, ini baru tanah.

*”Jom Drive Thru” aku mengajak melawak dikala tengah hari Ramadhan. “Jom, aku on je” dia balas. Tapi tak tau la dia tu balas melawak ataupun serius. Hurm.

*Peter Answers telah mencetuskan fenomena di dalam kelas. Di mana Peter telah menjawab dengan tepat segala soalan yang diajukan walaupun ianya real time. Aku, paling teruja. Wowwy.

*Shear Box test, test yang paling kurang accuracy dan lama untuk dilaksanakan. “Kesabaran adalah asas segalanya, lebih-lebih lagi yang ini” kataku pada bayangan ku di cermin makmal Advance Soil Laboratory.

*”Kita tarawikh sekali ke ni?” tanya S lepas kami solat Isyak berjemaah beramai-ramai di ruang tamu. “Yalah, buat apa nak berhenti. Baik kita teruskan” jawab aku. “Erm, ada siapa yang tahu ke zikir-zikir antara 2 rakaat tu?” tanya A. Lantas S naik ke tingkat atas dan turun kembali dengan buku panduan zikir untuk tarawikh. Diimamkan Y dan peranan Bilal diambil oleh B, terkial-kial nak selak muka surat untuk berzikir. Sedang hendak bersedia untuk mengangkat takbir, A pun berkata “Jahil sungguh kita ni”.


“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

No comments: