Monday, October 11, 2010

PTA 2: Inilah Kisahnya

Bercerita mengenai PTA 2 - Projek Tahun Akhir 2 ini sebenarnya adalah kesinambungan dari PTA 1 dari semester lepas. PTA 1 yg menjadi tajuk cadangan kini telah dilaksanakan untuk PTA 2. Kajian mengenai improvisasi tanah untuk menjadikannya lebih kuat dari keadaan asalnya. Pembentangan dengan panel luar sudah pun dilaksanakan. Kini yang tinggal adalah untuk menanti pembetulan yang dikehendaki oleh panel dalaman dan juga penyelia. Secara ringkas, kajian adalah dibawah bahagian Geoteknikal (Geotechnique) dan berkait rapat dengan tanah berbanding dengan batu. Jadi inilah ringkasannya, lebih kepada 'kesusahan' dan 'cabarannya'.

Graf inilah yang saya inginkan sangat-sangat. Perkaitan antara campuran Fly Ash dengan sampel tanah. Dikaitkan juga dengan perkaitannya dengan hari dari dibiarkan campuran tanah dan Fly Ash tersebut. Kekuatan ricih (shear strength) tanah tersebut dijadikan ukuran untuk kajian ini. Sila lihat graf diatas. Kirakan titik-titik yang disambungkan. Ada 20 kesemuanya, kan. Untuk setiap titik itu, ish, penat hendak mendapatkannya.

 Inilah dia, setiap satu titik dari titik yang 20 itu adalah terhasil dari graf ini. Lihat pula graf di atas ini. Ada 3 titik yang diperlukan untuk mendapatkan satu graf seperti ini. Setiap satu titik ini adalah tahap maksimum ujian yang telah dijalankan. Jadi ada tiga ujian yang telah dijalankan semata-mata untuk mendapatkan satu nilai 'apparent cohesion' dan juga 'peak angle of friction'.

 Lihatlah rangkaian garisan ini. Cantik tak? Inilah sebenarnya yang terhasil dari setiap satu ujian yang dilaksanakan. Sebenarnya satu lengkungan yang didapati dengan setiap satu ujian. Ketiga-tiga ujian tersebut digabungkan dengan dikumpulkan di dalam satu graf seperti di atas. Jadi bolehlah dilihat dengan jelas kenaikan 'shear stress at failure' berlawan dengan 'normal stress' yang dikenakan ke atas tanah tersebut. Dengan 'correlation' yang bersesuaian dengan teori dan kajian pakar-pakar pengkaji tanah sebelum ini maka nilai 'apparent cohesion' dan 'peak angle of friction' pun dapat diperolehi.
 Ya puan-puan, mula-mula kita ambil satu 'scoop' tanah dan kita tumis sehingga baunya naik mewangi. Gurau je. Marilah lihat bagaimana penyediaan sampel dilaksanakan untuk melaksanakan ujian 'Direct Shear Box' ini. Tanah disenduk ke dalam kotak tersebut kemudian dihentam untuk memampatkannya. Ini bertujuan untuk menguatkan kedudukan partikel-partikel tanah tersebut. Disitulah dapat terlihat dengan jelas kekuatan ricih tanah tersebut.
 Kemudian mesen 'Direct Shear Box' tersebut di'setting' dengan sebaik mungkin untuk mencapai keputusan yang tepat dan jitu. Kotak dan sampel tersebut diletakkan dengan sebaik mungkin dengan menganggap tiada sebarang perubahan pada 'displacement' samada 'horizontal' ataupun 'vertical'.
Kemudian kita masukkan nilai-nilai yang berkaitan ke dalam komputer. Nilai-nilai itu adalah jisim, 'moisture content', 'dimensions' dan 'normal stress' yang berkaitan. Agak kekok juga pada awalnya untuk mengikut 'command' sistem tersebut. Bak kata 'technician', lama kelamaan tutup mata pun boleh isi 'command' pada komputer tersebut. Yang peliknya, sistem tersebut masih lagi dalam bentuk DOS. Kalau boleh sistem ini ditingkatkan menjadi lebih menarik dan juga 'user friendly'. Satu-satu ujian itu memerlukan dalam 5 - 15 minit masa untuk disiapkan.

Jadi, dengan 20 titik pada graf pertama itu, memerlukan tiga titik pada graf kedua. Bermakna lebih kurang 60 kali ujian yang dijalankan didalam makmal ini oleh saya seorang saja. Bayangkan, 60 kali menyediakan sampel ke dalam kotak, 60 darab 12 kali untuk menghentam tanah tersebut yang mempunyai 3 lapisan. 3 hentaman untuk setiap 1 lapisan.

Belum lagi buka cerita bagaimana ketika hendak memilih tajuk pada awalnya. Lagi pula ketika membaca, mengkaji dan memahami 'literature review' yang berlambak. Yang mencabar lagi, ketika hendak mengambil sampel tanah dari kawasannya itu. Dengan keadaan tanah yang berair dan amat berat, 4 beg plastik hitam besar yang penuh. Wow, sakit pinggang. Kemudian lagi, mengeringkan tanah, mengayak tanah. Pergh, berdebu masuk hidung. Boleh agak tak apa yang terhasil dari hidung. Hahaha.

Ada lagi, penyediaan sampel. 'Compaction Test' pun kena buat juga. Lepas itu baru mencampurkan dengan Fly Ash tersebut. Dah siap semua sampel itu, kena berebut dengan rakan-rakan lain untuk menggunakan 'Direct Shear Box' tu. Lepas itu kena tunggu berhari-hari, berminggu-minggu untuk melaksanakan testing setiap detik waktu yang ditetapkan seperti dalam 'research proposal'.

Katakanlah sudah siap segala ujian, perlu pula untuk menganalisa dan juga menilai keputusan yang terhasil Disambung pula dengan menaip segala perbincangan dan juga spekulasi terhadap kajian. Dan pengakhirannya adalah kesimpulan. Ini baru cerita skop besar kajian ini. Pembentangan lagi, adui. Dasyat juga ujian PTA 2 ini.

Jadi adik-adik yang bakal memasuki Degree ataupun yang bakal melaksanakan PTA anda, sudah bersediakah anda untuk cabaran Geoteknik?

"IF OUR COUNTRY WORTH DYING FOR IN TIME OF WAR LET US RESOLVE THAT IT IS TRULY WORTH LIVING FOR IN TIME OF PEACE" – Hamilton Fish –

12 comments:

Anonymous said...

hehe...inilah tempatnye....tqvm..haha

Aderi Aryasu said...

hehe.. tmpt pnuh memori kut.. huhu.. u're welcome...

Anonymous said...

csntik rambut bang????hahahaha

Aderi Aryasu said...

cantik ke? lame pnye tu.. thanx anyway... kui3

Anonymous said...

huh!!wat la lg klu brani...huhu

AIS said...
This comment has been removed by the author.
AIS said...
This comment has been removed by the author.
Aderi Aryasu said...

em, mls la... mmbazir je.. hehe

AIS said...

nape lak mbazir??

Aderi Aryasu said...

ye la, nk wt kne pkai duit.. klau pkai duit nk wt ni, mmbazir je..

AIS said...

bela rmbut pjg pon nk kena pkai duit ke??

Aderi Aryasu said...

yup, memerlukn duit dn rmbut mnjadi wangi...