Monday, March 29, 2010

PTA 1 – Projek Tahun Akhir 1

Kesyahduan komputer bernyalakan Microsoft Word sedang menyiapkan PTA. Walaupun sebuah buku yang kelihatan namun berlambak lagi kertas, artikel dan buku-buku lain yang bersepah diatas lantai. Dengan niat untuk mengumpul ilmu, melaksanakan amanah dan juga memikul tanggungjawab.


1) Sememangnya sibuk berpanjangan dengan PTA. Seolah-olah tak berkesudahan. Selagi tidak dicetak, selagi itu pembetulan dan pelbagai fatwa-fatwa dari pelbagai pihak diutarakan dan diri akan mula menggelabah untuk membetulkan format laporan masing-masing.

2) Walaupun PTA dilangsungkan sejak dari awal semester namun ianya tidak seperti tugasan-tugasan lain yang boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Dengan objektif untuk membuat berpuluh-puluh muka surat dengan perencanaan yang rapi PTA bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.

3) Namun pada saya PTA tidaklah seteruk mana. Bak kata penyelia saya “Tidak mengapalah, sarjana muda saja pun”. Dalam diri sebenarnya berbelah bagi samada perlu untuk serapi yang dikatakan orang ataupun bersahaja. Tapi yang penting adalah isi kandungnya itu.

4) Diri tidak mengerti mengapa perlu melalui penderitaan ini. Tidak konsistenkah usaha? Tidak bersemangatkah dalaman diri? Tidak berminatkah? Seolah-olah perlu disaat akhir juga kerja itu berjaya disiapkan. Sedangkan berbulan-bulan lamanya telah mengkaji melalui penyelidikan dan informasi yang lain untuk persiapan laporan saya.

5) Agak menghairankan juga. Satu mitos yang saya dapati dari orang dahulu dari saya telah membuat sehingga tahap Sarjana iaitu; diwaktu ketika menghampiri tempoh tamat, pelbagai masalah yang tak dijangka akan menimpa, jadi persiapkanlah beberapa salinan kerja dan disimpankan ditempat lain untuk keselamatan. Ajaibnya, perkara itu memang berlaku pada saya dan juga beberapa rakan saya yang lain. Ada yang cakera keras mereka rosak, komputer pula rosak, malahan komputer yang sedang dipinjam pula tidak dapat dibuka pada saat-saat akhir kerja mahu dibuat. Seorang lagi rakan, sehari sebelum hari laporan perlu dihantar komputer riba beliau tiba-tiba terpadam. Membuatkan beliau serabut dan tak keruan. Saya pula, nasib baik tidak berlaku disaat-saat akhir, cuma 4 hari sebelum hari terakhir, komputer juga tidak mahu menyala. Lampu CPU berwarna biru tapi paparan skrin tidak mahu keluar. Alhamdulillah, selesai beberapa ikhtiar dapat juga dihidupkan dan kerja-kerja dapat diteruskan. Serabut juga dibuat sebenarnya tapi masalah selesai menyebabkan hati lega, kerja diteruskan lagi. Syukur.

6) Secara ringkas, tiada seorangpun yang saya lihat dapat duduk senang dalam masa empat lima hari sebelum tarikh penghantaran laporan. Namun, ada juga khabar angin antaranya ada pelajar genius dari kalangan kami yang bukan saja sudah siap PTA 1, amalahan PTA 2 yang sepatutnya dimulakan semester depan pun sudah disiapkan terlebih dahulu. Menakjubkan. Tidak menghairankan kerana mereka genius tambahan pula penyelia mereka juga orang yang terkenal dengan kehebatan beliau.

7) Namun hari ini, 31 Mac 2010 yang selalu diuar-uarkan sejak dari awal semester lagi sudah tiba. Hasilnya, laporan sudah siap dan beberapa ujian makmal juga sudah dilaksanakan. Terima kasih Aok, rakan yang menjayakan projek bersama dengan saya dalam usaha-usaha ujian makmal dan laporan. Apis juga tak dilupakan kerana sanggup membawa saya pulang kembali ke rumah kerana terlupa membawa sehelai borang penting. Perlu juga disebut kesemua nama satu rumah antaranya Ucop, Basyir, Wadi, Syuk, Nabil dan juga Mudin dan kami menggelar diri kami sebagai ‘Ahli 25’. Ada kisah disebalik itu. Tak lupa juga kepada rakan-rakan junior seperti Eb, Eto’o, Joe dan Faxro. Mereka menjadi pelengkap seri perjuangan ‘Ahli Iridium’ disini.

8) Walaupun begitu, perjuangan belum selesai. Tarikh penting seterusnya 7 April. Pembentangan laporan akan dijalankan dan kami perlu mempertahankan laporan kajian kami dari ditumbangkan oleh ahli panel yang akan menguji kewibawaan kami sebagai pelajar. Jadi harapan saya adalah “Berdoalah untuk kami. Terima kasih”.

THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

No comments: