Thursday, March 25, 2010

Kesian Bumblebee


Masalah;


Adus, kena saman pulak. Tiga kesalahan pulak tu. Pergilah terus ke pejabat keselamatan. Dengar cerita, puan yang jaga kaunter tu agak bermurah hati. Akan cuba merendahkan seboleh mungkin saman yang dikenakan. Jadi, salah satu kesalahan aku adalah tiada stiker terkini. Maka dia pun suruh aku buat dulu stiker tu supaya dia pun tak perlu nak kira sekali kesalahan stiker tersebut.


Aku pun, aduh. Nak kena online pulak. Dah tu, nak online kompem la internet ‘terlaju’ kat rumah tu akan ‘membantu’ aku. Apatah lagi untuk website universiti yang kebiasaannya moden dan berat-berat. Bukan macam Wikipedia. Apatah lagi, Wikipedia pun susah nak dilayari.

Dan macam yang diramalkan, agak liat jugak untuk menembus masuk website e-hep tuh. Namun kebetulan balik rumah KL hujung minggu lepas, cepat-cepat la aku daftar untuk NR kat rumah tu. Nak daftar untuk stiker pulak, tak dapat. Lupa nak bawak geran sekali. Last2, terpaksa juga daftar dari rumah iridium. Lega sikit, dapat juga daftar. Tapi kena tunggu 48 jam minimum untuk mendapat sokongan.


Masalah bersambung;


Bukan 48 jam, 96 jam dah buat pun masih tak dapat sokongan. Ah, sudah. Dateline untuk setelkan saman pun dah sampai. Nak tak nak, terpaksa jugalah pergi ke pejabat keselamatan. Dalam kepala, biarlah. Bayar je lah. Dari merana di kemudian hari. Harapnya selesai terus la. Dah sebaldi berpeluh nak setelkan benda ni. Dahlah aku yang kena keluar duit. Itu pun susah jugak ke.
Ok, lega sikit sebab puan yang sama jaga kaunter 3 yang feymes tersebut.

Puan: Kenapa dik, nak uruskan saman ke?


Aku: Ha’ah.

Puan: Mana saman kamu?

Aku pun berilah kertas saman tersebut dengan hati yang kurang nervous berbanding masa mula-mula dulu. Agak macho jugak la masa ni. Lantas aku usulkan sedikit penerangan ni pada puan ini.

Aku: Sebenarnya gini puan. Saya minggu lepas dah datang sini. Tapi puan rekomen saya supaya buat stiker dulu untuk puan ignore kesalahan stiker ni. Tapi malangnya la kan puan, saya dah buat online tapi sampai sekarang tak dapat sokongan. Saya pelik betul la.


Puan: Bila kamu buat permohonan kamu?

Aku: Kalau tak salah saya, hari Ahad lepas. Waktu malam. Katanya, 48 jam minimum nak kena tunggu. Tapi sekarang dah 4 hari. Tak de apa-apa pun.

Puan: Kamu pakai kereta ke motor?

Aku: Van!


Puan: Van? (Sedikit senyuman dari puan tersebut)


Cukup! Cukup! Kenapa tersenyum puan. Persoalan yang berlegar lagi dalam lubuk hati aku. Abaikan. Lepas tu, puan tu suruh juga setelkan pasal stiker ni kat pejabat NR. Direct terus. Senang cerita. Dia seboleh-boleh nak tolong aku supaya dikurangkan denda tersebut. Kan aku dah kata, puan tu baik.


Masalah sambung lagi;

Aduh, kena pergi pejabat NR. Tak pe lah. Orang dah nak tolong, kita pun cuba la ikut. Sia-sia je la kalau tak nak follow. Merugikan je. Aku pun pergi ke NR office. Sesampai kat sana, aku pun menerangkan sebaik mungkin masalah aku.

Aku: Selamat petang cik. Saya sebenarnya nak mendaftar kenderaan saya untuk stiker.

Cik: Ya, daftar online.


Aku: Itulah masalah saya cik. Saya dah daftar online lama dah. Tapi sampai sekarang tak dapat sokongan. Saya tak tahulah masalah saya ni macam mana nak selesaikan.

Lepas tu aku sambung la sikit cerita pasal saman tu. Kalau tak, aku pun malas nak buat stiker tu. Aku pun dah jarang guna van nak masuk U. Sekarang naik basikal je.


Cik: Kamu duduklah dulu.


Aku pun duduk sambil tengok Awani kat TV flat screen kat belakang kaunter tu. Wow, ada flat screen la. Eh, ni bukan fokus cerita ni. Berbalik semula pasal tadi.

Cik: Kamu nak daftarkan motor ke kereta?

Aku: Van!


Cik: Van? (Bukan setakat senyum, siap gelak sikit lagi. Nasib baik sikit. Kalau banyak… eleh, aku bukan boleh buat apa. Takkan nak pukul pulak. Redha jelah kan.)

Cik: Kamu ada bawak geran van kamu? Kalau ada, boleh selesaikan sekarang.

Aku: Tak de lah cik. Kalau macam tu, boleh saya selesaikan esok tak?


Cik: Boleh.

Hurm, kesian Bumblebee. Yelah, bukan Bumblebee Chevrolet Camarro dalam Transformer tu kan. Memang diorang gelakkan la. Tak pelah. Bak kata Apis, baik ada dari tak de. Alhamdulillah.


Kesimpulannya, masalah masih tak selesai setakat aku menulis benda ni. Aduh. Sabar. Astaghfirullah.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

5 comments:

Ndea Anuar said...

kesian bumblebe...satu hari nnti klu diorg terdesak kne naik bumblebee ko br diorg tau... hehe

Aderi Aryasu said...

ha3.. btul tu...
tp hari ada citer lg ckit psl bumblebee.. pape ntah.. diskriminasi btul la derang ni..

Anonymous said...

huhu..bnyk kali da nek bumblebee tu...hehe

Aderi Aryasu said...

heee... ok je kn.. x de mslh kn.. hehe

AIS said...

slagi blh jln ok je...