Wednesday, December 24, 2008

Teksi Kuning Yang Besar


Tajuk asalnya 'Big Yellow Taxi'. Tapi, banyak sangatkah kisah Teksi Kuning Yang Besar dalam lagu ini? Tidak tahulah. Mari kita tengok dalam takrifan lirik ini dalam bahasa Melayu yang dibuat secara melaram. Sebab saya tak mahir English secara menyeluruh. Tapi, seronok juga:

Teksi Kuning Yang Besar (Big Yellow Taxi - Counting Crows Featuring Vanessa Charlton)


Mereka turap syurga dan dibina lot parking kereta

Dengan hotel merah jambu, butik dan juga tempat bersuka-suka

Bukankah selalunya terjadi

Dimana kau tak tau apa yang kau ada sehingga ianya tiada

Mereka turap syurga dan dibina lot parking kereta



Mereka tebang semua pohon, dan dimasukkannya ke muzium pohon

Dan mereka mengenakan seringgit setengah untuk melihatnya

Tidak, tidak, tidak

Bukankah selalunya terjadi

Dimana kau tak tau apa yang kau ada sehingga ianya tiada

Mereka turap syurga dan dibina lot parking kereta



Hey petani-petani letak tepi racun serangga semuanya

Aku tak kisah bintik pada buah epalku

Biarkan aku bersama burung dan juga lebah

Tolong!

Bukankah selalunya terjadi

Dimana kau tak tau apa yang kau ada sehingga ianya tiada

Mereka turap syurga dan dibina lot parking kereta

Dan sekarang, mereka turap syurga dan dibina lot parking kereta

Kenapa tidak?



Dengar sini, malam tadi, aku terdengar bunyi pintu dihentak

Dan teksi kuning yang besar membawa gadisku pergi

Bukankah selalunya terjadi

Dimana kau tak tau apa yang kau ada sehingga ianya tiada

Mereka turap syurga dan dibina lot parking kereta

Bukankah selalunya terjadi

Dimana kau tak tau apa yang kau ada sehingga ianya tiada

Mereka turap syurga dan dibina lot parking kereta

Kenapa tidak?

Mereka turap syurga dan dibina lot parking kereta

Hey Hey Hey

Diturapnya syurga dan dibina lot parking kereta



Aku tak nak berikannya

Kenapa kau nak berikannya

Kenapa kau nak berikan kesemuanya

Hey Hey Hey

Sekarang kau nak berikannya

Aku sepatutnya berikannya

Sekarang kau nak berikan kesemuanya



Hey, diturapnya syurga dan dibina lot parking kereta



Maaaflah, alih bahasa ni sememangnya silap. Tapi, jangan ambil serius. Mari dengarkan lagu ini dan melihat video yang disampaikan dengan cara animasi yang berkesan di youtube. Klik Di Sini.

Tapi pelikkan. Saya sedang belajar Kejuruteraan Awam. Bidang sayalah yang menurap-nurap jalan ni. Itulah konflik yang menarik untuk dirungkai dalam kehidupan. Enjoy!



ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

WoW - Wonderful Structure


Pertama sekali, Alhamdulillah. Memang segala kesyukuran adalah milikNya. Tapi, untuk apa kali ini? Bukanlah peristiwa besar, tapi boleh tahan menakjubkan bagi saya.

Ceritanya begini, Indeterminate Structure adalah salah satu killer subject kami, tak semua pelajar rasa begitu, tapi sekurang-kurangnya untuk serumah dengan saya. Dengan tak sedia lagi untuk mengguna cara belajar peringkat degree, kami biasanya ke kelas untuk mendengar pensyarah bercerita tentang segala tulisan di dalam buku teks. Sedangkan subjek ini sememangnya seperti Matematik yang memerlukan latihan berulang kali dan kefahaman yang tinggi. Menariknya, dalam kelas kami memang tidak pernah membuat sebarang latihan pun. Pensyarah pun tidak memberi sebarang soalan untuk kami menjawabnya. Beliau menasihati kami, belajar di peringkat Ijazah ini, segalanya perlu belajar sendiri, baru boleh berjaya. Tiada lagi spoon feeding.

Bertambah parah lagi, saya yang lambat membiasakan diri membuat perangai lama. Tidak pernah membuat sebarang latihan walau satu pun untuk subjek Indeterminate Structure ini. Jika malam ini ada ujian, petang ini baru cuba memahami topik yang berkaitan. Tapi Alhamdulillah, lulus ujian pertama. Ujian kedua pun buat perangai sama, tapi keputusannya tak tahu pula.

Lebih malang lagi, perangai saya tak serik juga, masa peperiksaan akhir pun sama. Baru nak fahamkan. Tapi segala-galanya rezeki Allah. Saya lulus dengan B-. Alah, apa yang nak dibanggakan sangat, B- bukan cemerlang pun. Malah, hampir gagal sebenarnya tu.

Tapi, pandangan kami berbeza. Kami bertiga yang terpaksa belajar rumus berbeza dari kelas lain malam sebelum peperiksaan, dan belajar sendiri subjek ini menganggap jika lulus sahaja sudah dapat Master. Biasalah, lawak budak-budak tension. Saya dan kawan saya seorang lagi dapat B-. Tinggal seorang lagi, dia kata dia mendapat PhD sebab dia dapat B, 1 pangkat lebih tinggi. Apa-apa ajalah.

Miracle, sebab siapa yang kenal dunia structure analysis, mesti tahu bagaimana rasanya jika tak pernah membuat latihan, sekadar memahami konsep. Segala-galanya menjadi tidak pasti. Tapi, itulah keajaiban. Tapi, bukan sebab peristiwa ini saya perlu mengulangi tabiat lama. Tak mengapalah semester pertama, membiasakan diri dengan keadaan sekeliling adalah sukar lagi-lagi jika mempunyai rakan yang memang sudah dikenali. Berbeza dengan situasi di Pahang, saya yang memang sendirian tanpa ramai kenalan tiada masalah membawa momentum belajar dari sekolah menengah. Maaflah semua, saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar sebaik mungkin kerana focus sudah menurun dengan kadar yang amat teruk.

Tahniah buat Hilfi, rakan sekolah saya dahulu kini belajar bersama di peringkat degree dalam jurusan yang sama. Tahniah kerana mendapat Anugerah Dekan. Semoga mendapat Anugerah Naib Canselor untuk peringkat Ijazah ini. Selamat Berusaha.

ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

Saturday, December 20, 2008

Grand Theft Auto IV

Saya menulis artikel ini dalam bahasa Melayu disebabkan sudah banyak reviu video game dalam bahasa Inggeris tidak kira di dalam majalah mahupun di dalam internet. Kebanyakan reviu game dalam bahasa Melayu setakat ini saya dapati di dalam majalah Gempak ataupun Kreko.


Cover Bagi GTA IV Untuk Pelantar XBOX 360

Game: Grand Theft Auto IV (GTA IV)
Pembangun dan Penerbit: Rockstar
Pelantar: PS3, XBOX 360 & PC(Windows)

Game ini adalah game yang pertama saya selesaikan dalam menggunakan pelantar Xbox 360. Secara umumnya, siri game ini memberi kebebasan kepada pemain untuk bergerak dalam dunianya yang luas iaitu Liberty City. Ia tidak terikat untuk mengikut atur acara seperti dalam game lain yang perlu di selesaikan secara linear. GTA IV juga merupakan 3rd person shooter jika dalam aksi tembak menembak dan juga ketika free roaming.

Bagi saya, pertama sekali bermula bermain sudah merasa sungguh teruja dengan grafik yang jauh lebih baik dengan keluaran GTA yang terakhir, Grand Theft Auto: San Andreas. Tambahan dengan reviu-reviu dari laman web yang memberi markah yang tinggi untuk game ini, membuatkan saya rasa yakin dengan jalan cerita yang menarik. Saya tidak mahu mengikut apa yang sudah diperkatakan dalam reviu game yang lain. Ini adalah pendapat dari perspektif saya sendiri dan cara saya menikmati game juga agak berbeza.

Rockstar sudah mengkaji dengan mendalam cara penyusunan butang kawalan yang dilihat sempurna. Cara bermain sudah tidak sama dengan GTA yang terdahulu kerana pemanduan, brek dan macam-macam lagi sudah disusun atur untuk memudahkan pemain. Sistem kawalan klasik turut disediakan bagi mereka yang tidak ingin mengubah cara kawalan mereka. Dalam tembak-menembak juga turut disediakan guided aiming yang memudahkan pemain untuk menembak musuh mereka.

Jangka masa bermain lebih kurang 30 jam lebih untuk menyelesaikan mod cerita. Dengan protagonis Niko Bellic datang dari Eropah timur yang baru saja berhijrah ke Liberty City, diajak oleh sepupunya Roman Bellic. Jalan cerita mengalir baik tanpa sebarang perasaan pelik. Cuma situasinya agak biasa bagi pemain yang meminati siri ini. Bermula misi dengan berjumpa seorang watak dan kemudian mengenali watak lain dan cerita berkembang dengan konsep yang sama. Saya tertarik dengan misi penghujung yang diberikan, ada 2 pilihan sama ada untuk meneruskan urusan yang membawa pulangan wang yang tinggi ataupun membalas dendam terhadap musuh yang belot kepadanya sewaktu misi terdahulu. Cut scene yang terhasil dari pilihan anda akan memberi pengalaman yang berbeza terhadap pilihan masing-masing.

Sememangnya diakui game ini tidak sesuai bagi kanak-kanak mahupun remaja. Dengan keadaan game ini yang seolah-olah menggalakkan keganasan dan juga dadah, tapi disinilah kebebasan diberi kepada sesiapa yang baik di dunia realiti untuk melakukan kejahatan hanya di dalam game, bukan di dunia luar sana. Ia seolah-olah melepaskan kegeraman untuk lakukan kejahatan dalam game. Tak lupa juga, ia memberikan perasaan seperti menonton movie walaupun saya tak keluar menonton sebarang cerita di panggung wayang untuk cuti kali ini. Jadi, jangan jadi jahat ye, nanti kena tangkap polis tak kan nak cakap Rockstar yang suruh. Jadi, bagi saya game ini dalam kategori “VERY BEST”.


ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

Thursday, December 18, 2008

Video Game


Tengok la budak ni excited main macam mane? Walaupun berlakon depan kamera je.

Apakah permainan video (Video Game) ni? Ramai kata ianya satu benda yang suka-suka untuk dimainkan jika bosan dan jika tiada benda lain yang hendak dilakukan. Tak kurang juga yang berpendapat video game juga membuang masa jika terjebak dalam perkara ini, termasuklah pensyarah BEL (English) saya ketika semester 3 di diploma. Banyak lagi persepsi orang ramai mengenai video game lagi-lagi ada satu kes di luar negara menyebabkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun tidak memberi sebarang respon apa-apa pun selepas dilihat terdiam tidak membuat apa-apa. Situasi ini didapati ketika beliau selesai bermain game Warcraft.

Tapi, jika anda melihat dari perspektif peminat video game itu sendiri, ianya jauh berbeza. Video game memberi kepuasan dalam kelas tersendiri bagi peminatnya. Juga dalam golongan peminat video game itu sendiri, terdapat pelbagai dimensi yang wujud antara mereka. Ada yang menikmati kecantikan grafik sesuatu game itu mahupun jalan ceritanya. Tidak kurang juga kelainan yang disertakan dalam sesbuah game tersebut yang memberi perasaan yang berbeza bagi genre game yang sama.

Bagi saya, juga meminati filem sejak dari awal teringin bersama-sama terlibat dalam pembentukan sesebuah cerita itu. Kebelakangan ini, hasrat itu boleh direalisasikan dalam video game. Tidak ramai yang boleh menikmati hal sebegini. Ada seorang kenalan saya yang tidak berminat melihat jalan cerita sesebuah game tersebut. Dia lebih rela menekan butang ‘escape’ dari melihat ‘cut-scene’ yang sudah penat dibuat oleh pembangun game tersebut. Saya tak boleh salahkan dia sebab dia adalah jenis yang amat cepat dan mahu menghabiskan game secepat yang boleh. Itulah sebabnya dia dapat menghabiskan ‘Need For Speed: Most Wanted’ dalam masa satu hari. Setakat ini game yang paling cepat saya selesaikan adalah ‘Call of Duty 4: Modern Warfare’ (COD4) dan lagipun jalan ceritanya yang pendek memudahkan saya untuk menyelesaikan dalam masa satu hari saja.

Berbeza dengan rakan saya itu, saya menyelami game tersebut melalui jalan cerita tapi tidak semua yang boleh dihayati sepenuh hati disebabkan pandangan kebanyakan game adalah dari ‘3rd person’. Antara yang diingati ialah COD4 disebabkan 1st person shooter dan jalan cerita yang menarik. Game ini memberi pandangan sendiri terhadap game tersebut. Tak kurang juga game yang lain seperti ‘Metal Gear Solid 3: Snake Eater’ yang memberi kesan mendalam pada kebanyakan pemain walaupun menggunakan pandangan ‘3rd person’. Tetapi game arcade yang memerlukan 1 perlawanan seperti permainan bola sepak tidaklah membawa makna yang besar tapi dapat melegakan kehendak seseorang itu yang suka pada kancah bola sepak terutama arena Eropah.

Pendek kata, kenikmatan game selalunya hadir setelah menyelesaikan sesuatu game tersebut hingga habis. Dengan selesainya segala permasalahan dan juga teka-teki yang disediakan memberi kepuasan kepada pemainnya dan faktor ini juga terpulang pada kebagusan game tersebut. Rating yang tinggi selalunya memberi keputusan yang bagus untuk pemain bersetuju dengan markah yang diberikan oleh website yang member rating tersebut. Akhir sekali, segalanya terletak pada tangan pemain kerana mereka berhak memilih dan habiskan permainan tersebut dengan sedaya upaya dan membuat penilaian terakhir dan kalau boleh, tepuk la tangan tu sikit. Hehehe


ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

Sam Allardyce Is Back

Sam Allardyce is a manager for Blackburn Rovers succeeding Paul Ince.

From Soccernet.com:

Sam Allardyce has been appointed as the new manager of Blackburn Rovers and is expected to take charge of the club's next home game against Stoke City on Saturday.

GettyImages

Big Sam: The new Rovers boss

Allardyce has been chosen as the man to lead Blackburn away from relegation danger after the club moved swiftly to sign him up in case Sunderland made a move.

Allardyce was thought to be high on the Wearsiders' list of candidates and Blackburn chairman John Williams, keen to ensure he secured his number one choice, today swooped for the 54-year-old former Bolton and Newcastle manager just 27 hours after sacking Paul Ince.

Allardyce, the former Bolton and Newcastle manager, has been appointed on a three-year contract.

Allardyce had been linked with the job before Ince was appointed in the summer but ruled himself out of the running, and today he explained that as "a misunderstanding''.

"I am very, very pleased indeed. I'm not saying more than that at the moment,'' Allardyce told Sky Sports News.

Asked about his decision to take a job he apparently did not want in the summer, he said: "That was all a misunderstanding, that. I'm just glad I'm here now.''

Allardyce, who will be formally unveiled at a news conference at Ewood Park tomorrow afternoon, said he would "wait and see'' about whether funds would be made available to him to sign new players in the transfer window.

His eight successful years as Bolton manager persuaded the Rovers board that he is the man to rescue Blackburn from the threat of relegation.

Allardyce guided Bolton to promotion to the top flight in 2001 and then established them as a Premier League force, qualifying for the UEFA Cup in 2005.

His nine months at Newcastle were not a success however - he was appointed by Freddy Shepherd but within a few months Mike Ashley had taken over the Magpies and Allardyce left the club in January this year.

Blackburn need the Bolton version of Allardyce to rescue them from their current predicament - they are currently second from bottom of the Premier League with 13 points from 17 games, and have not won in their last 11 league games, losing their last six.

Williams, Blackburn's chairman, was keen for the new manager to be in position before Saturday's visit by Stoke.

Williams said: "You can't underestimate how much of a boost a physical presence could have on Saturday for what is an absolutely mammoth game.

"Everyone needs to know how big this game is as this is a time the club really has to come together.''

Allardyce's appointment certainly impressed the bookies with odds against them surviving in the top flight being slashed to 4-9.

Ladbrokes spokesman Nick Weinberg said: "Allardyce has been in a similar situation with Bolton. His experience will stand Blackburn in good stead.''


ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

Tuesday, December 16, 2008

HASIL DAN PENCAPAIAN





Alhamdulillah, dah 4 tahun selesai hari terakhir SPM 2004 yang ditutup tirai dengan kertas Biologi. Semua menjerit keseronokan tak terkira sehinggakan sampai bertakbir pun ada. Masa tu, keputusan peperiksanaan pun tak tahu lagi. Tapi dah seronok macam sudah menang peperangan. Bagi saya, saya mengunjurkan pandangan ke masa hadapan, mengagak apa yang akan kami lakukan dan pencapaian kami sebagai hasil sekolah ‘cream of the creams’. Bergaul dengan pelajar-pelajar hot prospect ni memang berbeza rasanya. Dah lama tak merasa perasaan tu, dah rindu sangat dah. Motivasi dalaman bergerak sendiri, jauh dengan suasana saya belajar sekarang. Mencuba mencari momentum itu semula. Tapi tak mengapa. Sekarang, sengaja nak menulis, melihat perkembangan rakan-rakan yang setakat ini membawa nama menembus ke khalayak umum. Segan sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan diri ni, tapi saya tetap berbangga sekurang-kurangnya saya pernah satu sekolah dengan mereka dan berharap suatu hari nanti saya pun ada sesuatu yang boleh dilakukan seperti mereka.

Hari ni, 16 Dis 08, Buletin Utama ada menayangkan satu slot misi kemanusiaan di Darfur. Terlihatlah kelibat si Waraouq yang turut serta. Warouq adalah seorang pelajar perubatan di Mesir. Dia dahulu bersekolah di Sambest dan dapat menyambungkan pengajiannya di sana. Tapi, sungguh murni bagi dia untuk pergi ke negara seperti Sudan untuk bersama-sama melaksanakan misi kemanusiaan tersebut. Setakat ni, saya pun tidak ada lagi semangat seperti itu. Jika ingin melihat sorotan tersebut, bolehlah pergi ke website TV3 untuk melihat Buletin Utama bertarikh 16 Disember 2008. Tak lupa juga, Warouq ada berkata liputan ini juga akan disiarkan di Majalah 3. Mari kita sama-sama tonton nanti. (http://profiles.friendster.com/8430908)

Dalam tahun ini juga, TV9 ada menganjurkan pertandingan Akademi Nasyid, sebuah rancangan realiti TV tapi berteraskan hiburan Islam iaitu nasyid. Alhamdulillah, salah seorang rakan sebilik saya dahulu turut menyertai pertandingan ini. Fathul Rahman Misbah adalah salah seorang ahli kumpulan nasyid Voice Of Men. Tapi rezekinya dan ahli kumpulan tidak berapa jauh, kerana terkeluar sebelum final lagi. Tapi saya memang kenal dengan bakat Fath ni, dia boleh mengatur dan menyusun serta memperkemaskan persembahan kumpulan nasyid yang disertainya selama ini. Beliau boleh kenal jenis suara yang sesuai digunakan pada masa-masa tertentu. Dan memang itulah bakat beliau. Semoga dia Berjaya dengan lebih cemerlang lagi di masa hadapan. (http://profiles.friendster.com/4878629)

Setahun sebelum ini, rakan-rakan sesekolah dulu ada mengadakan Reunion dan disitu dihebahkan salah seorang rakan sekelas saya dahulu, Raihan Mustafa Kamal telah menjadi co-author bagi sebuah buku. Hmm, disebabkan kakak saya juga sedang asyik menulis, maka saya terpanggil untuk merasa teruja mengenai hal ini walaupun rakan-rakan lain mungkin tidak memandang sangat mengenai penulisan buku. Bukunya bertajuk ‘Hidup Zero Alasan’. Secara jujur memang saya tidak membelinya lagi sebab saya belum bersungguh-sungguh mencarinya. Tapi jika ada rezeki terlihat di mana-mana kedai buku dan juga tidak kekeringan poket, boleh la saya membeli sebuah. Tapi, saya turut mempromosikan buku ini. Nak komen, saya tak baca lagi.
Tapi saya percaya, isi kandungannya juga bagus. (http://raihanmk.blogspot.com/)

Saya rasa, ramai lagi sudah melakukan pelbagai perkara walaupun hanya selepas 4 tahun keluar dari sekolah. Cuma saya tidak perasan dan tidak mengikut perkembangan berita, maklumlah masing-masing sibuk belajar. Tadi pun nasib baik buka TV sebentar. Memang rezeki saya untuk menonton berita tadi. Pencapaian saya? Hmm, tiada yang boleh dibanggakan dan tiada yang dapat tembus ke masyarakat umum lagi setakat ini.

InsyaAllah, seorang demi seorang rakan seperjuangan saya dari sekolah dulu akan berbakti pada masyarakat. Ini kerana kebanyakan dari mereka berkualiti tinggi dan sungguh entusiastik untuk berbakti dan mencipta nama. Bukan saya nak membandingkan dengan rakan-rakan saya sekarang, tapi hakikatnya memang begitu. Mereka yang dapat melakukan perkara seperti ini dahulu dari orang lain. Jadi, Ganbatte Kudasai Sambest Crew 2004!


ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

Monday, December 15, 2008

Fixed Games?







Well, I'm really didn't have Astro to watch live Telecast of EPL games. But I followed closely for almost every week for the most popular football league in the world using our levely internet through my favourite website; soccernet.com. I admit that I don't believe on match fixing phenomenon is happening in that league. But, there was a week where all the top four club including Manchester United (of course, my team), Arsenal, Chelsea and Liverpool were held draw by their opponents in the same week(fixture). It drove me to think how can be possible all of these four clubs to have the same result in the same week. And that thing happen again for this week, even Chelsea played for a day late compared with three others club. With Manchester United draw 0-0 with Tottenham Hotspur, Liverpool 2-2 with Hull City, Middlesbrough 1-1 with Arsenal and last night Chelsea 1-1 with West Ham United. Hmm, so none of those clubs are changing spot in the league except for Arsenal where they are slipping to the fifth after Aston Villa win to grab the last Champion League spot. It is really weird, and I know it is actually I'm angry why didn't Manchester United win and then reduce the gap with the league leaders. I don't know. Maybe someone can figure it out.

ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

Wednesday, December 10, 2008

Era Baru Video Game








Memang la saya ni kipas-susah-mati sony playstation dan mmg dah berhajat nak beli playstation 3 pun. tapi apakan daya, saya ni Malaysian yang sjk azali beli game harga bwh RM5, tapi skrng utk XBOX 360 plak, RM 8 kurang RM 7 berbanding dengan harga awal dulu. Tak sanggup lagi rasenye nak beli game RM 200 setiap satu dan pada jumlah duit yang sama dapat beli lebih dari 15 jenis game untuk 360. Fikir2, lebih baik beli 360, lojik untuk beli 2 controller dan boleh bagi anak-anak buah main. Dan sanggup je keluarkan RM 8 untuk 2 ke 3 game kanak-kanak riang. Haha. So, everybody happy walaupun dalam hati sudah pasti akan dipertikaikan pembelian Xbox 360 ni. Biasala, adik last skali. Ok la tu kan, dari saya beli handphone RM3000 yg syuk rekemen tu, ape lagi. Boleh sorokkan, tapi x pe la, my passion with the game. Hanset tak minat sangat la. Tapi, jeles jugak dekat Adham, dia yang beli playstation 3. Masing-masing dengan impian sendiri. Kalau dah semangant tinggi tu, takde sape pun boleh kekang. Oklah Playstation 3, walau macammane pun, aku tetap akan beli kau wahai Playstation 3, hanya waktu yang menentukan. Nantikan Aku wahai Playstation 3 dan juga Snake; Metal Gear Solid 4. C ya

ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-