Wednesday, December 24, 2008

WoW - Wonderful Structure


Pertama sekali, Alhamdulillah. Memang segala kesyukuran adalah milikNya. Tapi, untuk apa kali ini? Bukanlah peristiwa besar, tapi boleh tahan menakjubkan bagi saya.

Ceritanya begini, Indeterminate Structure adalah salah satu killer subject kami, tak semua pelajar rasa begitu, tapi sekurang-kurangnya untuk serumah dengan saya. Dengan tak sedia lagi untuk mengguna cara belajar peringkat degree, kami biasanya ke kelas untuk mendengar pensyarah bercerita tentang segala tulisan di dalam buku teks. Sedangkan subjek ini sememangnya seperti Matematik yang memerlukan latihan berulang kali dan kefahaman yang tinggi. Menariknya, dalam kelas kami memang tidak pernah membuat sebarang latihan pun. Pensyarah pun tidak memberi sebarang soalan untuk kami menjawabnya. Beliau menasihati kami, belajar di peringkat Ijazah ini, segalanya perlu belajar sendiri, baru boleh berjaya. Tiada lagi spoon feeding.

Bertambah parah lagi, saya yang lambat membiasakan diri membuat perangai lama. Tidak pernah membuat sebarang latihan walau satu pun untuk subjek Indeterminate Structure ini. Jika malam ini ada ujian, petang ini baru cuba memahami topik yang berkaitan. Tapi Alhamdulillah, lulus ujian pertama. Ujian kedua pun buat perangai sama, tapi keputusannya tak tahu pula.

Lebih malang lagi, perangai saya tak serik juga, masa peperiksaan akhir pun sama. Baru nak fahamkan. Tapi segala-galanya rezeki Allah. Saya lulus dengan B-. Alah, apa yang nak dibanggakan sangat, B- bukan cemerlang pun. Malah, hampir gagal sebenarnya tu.

Tapi, pandangan kami berbeza. Kami bertiga yang terpaksa belajar rumus berbeza dari kelas lain malam sebelum peperiksaan, dan belajar sendiri subjek ini menganggap jika lulus sahaja sudah dapat Master. Biasalah, lawak budak-budak tension. Saya dan kawan saya seorang lagi dapat B-. Tinggal seorang lagi, dia kata dia mendapat PhD sebab dia dapat B, 1 pangkat lebih tinggi. Apa-apa ajalah.

Miracle, sebab siapa yang kenal dunia structure analysis, mesti tahu bagaimana rasanya jika tak pernah membuat latihan, sekadar memahami konsep. Segala-galanya menjadi tidak pasti. Tapi, itulah keajaiban. Tapi, bukan sebab peristiwa ini saya perlu mengulangi tabiat lama. Tak mengapalah semester pertama, membiasakan diri dengan keadaan sekeliling adalah sukar lagi-lagi jika mempunyai rakan yang memang sudah dikenali. Berbeza dengan situasi di Pahang, saya yang memang sendirian tanpa ramai kenalan tiada masalah membawa momentum belajar dari sekolah menengah. Maaflah semua, saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar sebaik mungkin kerana focus sudah menurun dengan kadar yang amat teruk.

Tahniah buat Hilfi, rakan sekolah saya dahulu kini belajar bersama di peringkat degree dalam jurusan yang sama. Tahniah kerana mendapat Anugerah Dekan. Semoga mendapat Anugerah Naib Canselor untuk peringkat Ijazah ini. Selamat Berusaha.

ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum Adli. Anda telah di tag!. Silalah lawat blogku utk menjawab tag tersebut ^__^