Friday, March 26, 2010

Bumblebee Dikasihani Lagi



Masalah Separuh Jalan Nak Diselesaikan;


Bersiap lepas solat Jumaat, matlamat; menyelesaikan masalah saman dan birokrasi 100% hari ini. Strategi, bawa geran van dalam beg, terus pergi pejabat NR. Kemudian, pergi pejabat keselamatan buat sticker dan terus setelkan saman di kaunter 3.


Okay, berjalan lancar van cuma sedikit kesesakan lalulintas menghalang kelancaran proses keazaman aku yang tinggi. Tapi, ok. Dah sampai pejabat NR, nak buka pintu ada sorang brother tu pun buka pintu dari dalam.

Brother: Ya, nak apa?


Aku: Saya nak daftar kenderaan untuk buat sticker la.


Brother: Kena daftar online. (Jawapan biasa dengar, memangla online tapi internet bengong la. Tu yang aku ada kat sini. Mende la.)

Aku: Semalam saya ada datang sini. Jadi saya nak jumpa cik tu semalam. Ssya nak selesaikan dengan dia.


Brother: Cik tu takde la hari ni. Tak pe, mari sini duduk dulu.


Maka aku pun duduk la, aduh. Nak kena start semula cerita. Leceh la kalau nak cerita balik padahal masalah sama je.


Brother: Ok, kamu nak daftar apa?


Aku: Van! (Macam biasa la kan)


Brother: Van? (Korang agak ape la reaksi brother ni. X mo citer). Boleh ke bawak van?


Aku: Boleh la. Apa salahnya. Orang engineering macam kami ni, van itu aset. Kalau nak bawak sampel tanah tu, pakai van jugak. Nak pakai kereta? Kotor la nanti bang.


Brother: Oh ye ke? Tu la, tak de motor ke? Parking susah la kalau naik van. Lagi pulak, karang orang ingat nak meniaga pulak.


Aku: Nak buat macam mana. Saya terpaksa selesai kan jugak stiker ni sebelum selesaikan masalah satu lagi. Lagi pun, kalau terdesak sangat baru saya bawak van ni masuk dalam.


Brother: Ok lah, ni dia pengesahan dan sokongan. Kamu pergi pejabat keselamatan, bayar dua ringgit untuk buat sticker.


Aku: Terima kasih encik. (Sambil bersalam tangan menandakan keterima kasihan aku yang tak terhingga)


Lantas, aku pun meneruskan usaha menempuh halangan birokrasi yang aku rasa agak mencabar.


BEHIND ENEMY LINE


Masalah hampir 80% selesai;


Pernah dengar tak orang kata kalau satu benda tu hampir nak selesai, ianya akan mencapai tahap tersukar sebelum ianya diselesaikan sepenuhnya. Kalau tak pernah dengar, tak pe. Duduk je diam-diam.


Aku saja buat subtopic tu, macam best je. Sebab ada kena mengena. Behind enemy line ini ada movie bertajuk yang sama. Kisah seorang pilot US yang stranded kat kawasan Bosnia Herzegovina yang ketika itu adalah tempat musuh. Jadi, mamat tu ada kat dalam kawasan musuh la.


Macam aku kali ini, bukan nak kata pejabat keselamatan itu kawasan musuh. Tapi biasa la kan student, terpaksa mengharungi laluan mencabar. Aku terasa macam di Behind Enemy Line kat pejabat keselamatan tu.

Pada asalnya, aku tak suspect pun perasaan ini. Aku siap menguntumkan senyuman pada seorang pak gad kat luar tu. Lalu aku masuk dan dengan suara yang lembut dan penuh sopan dan santun, aku bertanyakan kat Brother Jaga Kaunter (BJK) tu.


Aku: Selamat petang encik. Macam mana saya nak buat stiker? (Sambil menunjukkan surat sokongan dari pejabat NR)


BJK: Oh, stiker? (Dia ni macam tak tahu je? Pandang keliling, Nampak sorang Pak Gad Perempuan ni [PGP]. BJK ni pun tanya kat PGP ni)


BJK: Kak ****(tak dengar nama beliau), dia ni nak buat stiker ni macam mana?


PGP tu pun terus pandang aku. Fuuh, cuak kut. Terus dia buat muka marah dan masam.


PGP: Kamu nak buat stiker. Panjang rambut! Potong rambut dulu, baru boleh buat stiker.


Aku: (OMG, WTfish) Erm, tolonglah cik, saya ada hal nak selesaikan dengan puan kat dalam tu. Dateline hari ni. Tak sempat dah.


PGP: Entah, saya tak tau macam mana prosedur nya. Saya tak tau.


Aku kecewa. Tertunduk melihat kertas surat sokongan tu. Macam sia-sia je. Tapi sekejap je aku rasa macam ni. 10 saat je kut. Tiba-tiba BJK tu buat isyarat tangan suruh ikut dia. Masuk dalam aku pun ikut. Pergi kaunter 2. BJK tu pun slow talk dengan Puan Kaunter 2 (PK2). Melalui ruangan sempit, PK2 tu menjeling aku macam PGP tu pandang aku baru kejap tadi.


PK2: Kamu ni NR ke? Panjang rambut.


Aku: (Apa kena mengena rambut aku dengan nak buat stiker ni? Kena rambut pendek dulu ke baru stiker tu dapat keluar mesin? Pelik betul la) Ya saya, saya memang student NR.


PK2: Kenapa rambut panjang? Ok, kamu ada bawak geran?

Aku: Erm… Saya ada bawa geran. Tapi original punya. Nak kena fotostat dulu ke?


PK2: Tak pe, kami nak tengok je. Tak nak simpan pun. Ok, pergi tunjuk ni kat kaunter 1. Bayar dulu 2 ringgit.


Aku: Ok.


Kat kaunter 1 ni memang best, encik ni pakai kopiah duduk diam tak banyak cakap. Sejuk sikit hati aku, tak de la banyak karenah aku nak kena betah atau pun jawab. Pening jugak kepala kalau aku asyik kena jawab soalan orang ramai ni. Kemudian, dah setel bayar, aku pun kembali ke kaunter 2.
PK2: Kamu nak daftar… van? Siapa punya van ni?


Aku: Arwah ayah saya punya.


PK2: Kamu memang naik ke?


Aku: Erm, kalau terpaksa pakai nak pergi area-area yang kena naik bukit, saya pakai la. Jarang sangat la saya pakai van masuk dalam. Ini pun nak buat sebab nak selesaikan masalah saman tu.


PK2: Uish, besar la kenderaan kamu ni. Orang lain kereta, motor je. Kamu ni dapat kenderaan besar pulak.


Aku: Alah puan. Besar manalah puan, van je. Kalau puan tengok pun, saya yakin 100% puan gelak. Dah banyak experience saya tengok orang gelakkan saya naik van.


PK2: (Diam jap) Tak pelah, itu yang ada. (Nak pujuk aku la konon).


Aku: Itulah puan. Tapi setiap kali saya sebut van, kat mana-mana kaunter pun, orang akan gelak dulu. Fakta, puan. Bukan saya mengarut.


PK2: Tak pelah, dah kerja nanti bolehlah cari kereta lain.


(Aku bukan kecewa ke, frust ke, malu ke sebab naik van. Lantak la apa orang nak kata. Aku Tetap Aku. Pegi M****s dengan orang lain)


Aku: (tambah cerita sikit) Saya ni jarang sangat la naik van bawak masuk dalam. Tu yang stiker lama masih melekat. Selalu saya naik basikal je pergi kelas.


PK2: (Tersengih lagi)


Aduh, sengih pulak. Lantaklah. Aku ni kan pelik. Aku bukanlah seorang yang follow mainstream. Aku biasa divert dari mainstream mencari kepuasan sendiri.


PK2: Kamu ni, bila nak potong rambut?


Aku: (Alamak, cerita rambut pulak) Erm… saya… kebetulan je puan…


PK2: Haa, ape lagi. Cakap la. Ni cakap sangkut-sangkut apa ni. Nak cakap, cakap je la.


Aku: Tak de pape lah puan. Nanti saya potong la minggu depan. Jangan risau, saya ada presentation nanti, insyaAllah saya potong.


(Aku pelik, bukan apa. Aku rasa, kalau rambut panjang tak de masalah pun, kan? Siapa setuju, angkat tangan. Aku rasa benda yang orang ramai patut jaga adalah masalah pemakaian student perempuan ke, sound la student perempuan free hair. Lagi panjang kut rambut diorang. Lagi-lagi tak pakai tudung, mengecewakan betul. Mengganggu aku menjaga pandangan betul. He3. Nak salahkan orang lain pulak aku ni. Satu lagi, sound la student yang warna kan rambut diorang. Aku pulak, lama sangat bercita-cita nak simpan rambut panjang. Bukan apa, pernah terdengar Nabi S.A.W. simpan rambut panjang sampai ke bahu. Kalau aku tak buat sekarang, aku dah tak kan ada can lagi dah lepas ni. Maklumlah, umur makin bertambah. Rambut susah nak tumbuh dah nanti. Plus, aku jaga rambut kemas-kemas. Serabai kalau berangin je. Warnakan pun tidak. Tapi jadi isu jugak. Grrrrrr…)

PK2: Kamu tak boleh macam ni. Kamu ni… nasib baik orang atasan saya tak de kat sini. Kalau tidak… Nanti kamu potong rambut. Nah, ni stiker kamu. Selesai.
Aku: Terima kasih banyak puan.


Lepas tu aku terus berganjak ke kaunter 3, kaunter yang selalu sangat aku pergi. Masuk kali ni, dah 3 kali aku pergi. Tapi kali ni mudah sikit. Maklumlah, kali ketiga. Lancar semua. Bayar saman 30 ringgit. Maka secara teorinya, permasalahan aku dengan birokrasi dan bayaran saman sudah diselesaikan 100%.


Alhamdulillah.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

5 comments:

hilfi said...

ko punyer basikal dah ada stiker lom... haha

Aderi Aryasu said...

lorh, beskal pun nk kne wat stiker ke... igt nk wt, tp tak tau nk lekat kt ne la plakk... he3

Anonymous said...

ape prasaan da simpan rmbut pjg??puas???huhu

Anonymous said...

ni citer psl bumblebee ke rmbut??haha

Aderi Aryasu said...

prasaan? erm, rase puas jgk la.. sbb dpt jgk rase skali kn.. itu kire ckup la...

erm, ni citer psl dua2 la kut.. hehe