Wednesday, March 3, 2010

Pripyat






Pripyat, Ukraine. Alhamdulillah, saya dianugerahkan minat terhadap geografi yang amat tinggi. Entah mengapa sejak kecil lagi cenderung untuk melihat peta lebih-lebih lagi setelah mendapat sebuah atlas ketika di tingkatan 1. Sebenarnya minat ini dipupuk setelah terlalu taksub dengan siri ‘Joe Jambul’ di TV2 yang dipengacarakan oleh Kak Nurzizi Zulkifli ketika kecil dahulu. Ini disebabkan penekanan yang amat kuat terhadap geografi diperlukan untuk memenangi permainan ini. Lantas memupuk minda untuk cuba mengingat di mana kedudukan sesebuah negara dan juga ibu negaranya.

Baiklah, tidak mahu melalut begitu jauh dan kali ini saya tertarik untuk menulis sebuah artikel mengenai sebuah bandar di Ukraine, Pripyat. Walaupun amat meminati geografi, namun saya agak lambat mengenali negara yang bernama Ukraine ini. Cuma pada tingkatan 3 ketika itu ada seorang rakan yang amat berminat hendak menyambung bidang perubatan di Ukraine. Malangnya ketika di tingkatan 5, kerajaan telah menghentikan penghantaran pelajar Malaysia ke sana kerana masalah pemalsuan ijazah.

Berbalik semula mengenai Pripyat, bandar ini adalah sebuah bandar yang telah ditinggalkan dan dikosongkan. Kenapa? Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Semua tahu kesan radioaktif dari nuklear amat berbahaya seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki kesan dari letupan bom atom oleh pihak bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat pada tahun 1945. Seluruh alam sekitar telah tercemar dengan kesan radioaktif dan pada manusia pula walaupun sudah beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya.

Atas pengajaran dari peristiwa tersebut dan sememangnya mengenai pencemaran bahan radioaktif, pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan pencemaran itu masih ada maka sehingga ke hari ini Bandar itu ditinggalkan tanpa berpenghuni. Seolah-olah seperti bandar berhantu, binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.

Pengalaman yang saya minati adalah melalui permainan video ‘Call Of Duty 4: Modern Warfare’ yang mempunyai set di Pripyat. Di dalamnya memberi pengalaman seolah-olah berada di kawasan sebenar. Berjalan melalui pangsapuri tidak berpenghuni. Turut dimuatkan adalah kolam renang bersaiz Olimpik yang kosong dan usang. Turut diletakkan di dalam itu adalah ‘Ferris Wheel’ yang sememangnya masih lagi kekal hingga ke hari ini.



Tidak banyak sebenarnya saya hendak memperkatakan mengenai Pripyat, hanya cuma tertarik untuk menyelitkan di dalam blog ini. Sekian.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

No comments: