Thursday, March 18, 2010

Isi Hari





Penatnya. Menulis ini pun rasa macam berpinar-pinar kepala. Nasib baik sudah makan petang. Boleh kata makan pagi campur tengah hari beserta makan malam sekali lah. Sebab lapar sangat terpaksa juga beli, tak sempat nak fikir untuk masak. Belilah, mudah sikit tak perlu nak tunggu beras tu masak.

Tarik balik dari hari selasa. Ada apa hari tu? Oh, boleh kata padat jugalah. Pagi melaksanakan projek joint venture dengan Aok menyelesaikan semua ujikaji makmal tanah. Selesai juga akhirnya bahagian pertama. InsyaAllah esok hari Jumaat akan selesai pemulangan barang. Eh, hari Selasa tu, lepas selesai makmal waktu pagi, ada kelas pula waktu petang. Dari 2 petang hingga 5 petang dan terus disambung dengan Talk ganti untuk subjek Engineers In Societies yang berakhir pada 7.00 malam. Padat memang padat. Sambung malam, disebabkan nak merancang untuk stadi hari Rabu, jadi malam itu bertungkus lumus menyediakan 3 ayat untuk ujian oral Bahasa Jepun. Jangan pandang rendah, 3 ayat saja pun tak dapat nak selesaikan. Terpaksa tidur dulu baru ilham yang sempurna muncul.

Dipagi dinihari Rabu, sebaik buka mata terus menulis 3 ayat Jepun yang muncul ketika hendak tidur malam Selasa sebelum tu. Lepas tu sambung terus mencari bahan untuk subjek Law. Sambung lagi di pagi hari, terpaksa ke menara SAAS untuk mendapatkan transkrip pelajar dalam ikhtiar saya nak sambung belajar. InsyaAllah, kalau dapat Alhamdulillah. Tak sangka pula petang tertidur jadi habislah petang itu dengan dengkuran saja. Bangun, cuba selesaikan kerja Environment pula. Nasib baik berkumpulan. Tidak terbeban sangatlah rasanya. Selepas Isyak ke rumah rakan untuk ulangkaji Foundation Engineering untuk test hari Khamis. Sudah berjanji pula dengan rakan sekelas Bahasa Jepun yang lain untuk membantu mereka pula membuat 3 ayat oral untuk setiap orang. Ada tiga orang rakan kesemuanya. Sebaik selesai ulangkaji Foundation Engineering, saya pulang ke rumah untuk melunaskan janji dengan rakan. Jadi tiba di rumah pun sudah hampir pukul 12.00 tengah malam. Rakan sekelas Jepun sudah pun menunggu di rumah. Seperti saya, bukan mudah untuk membuat 3 ayat Jepun. Sukar kerana perlu memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh Mariam-sensei. Namun segalanya selesai juga ketika jam hampir menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Perenggan barulah, kan sekarang ni dah hari Khamis.Satu perenggan untuk satu hari. Jadi selepas habis membantu rakan tadi, saya pun terus ke bilik membuka komputer untuk menyelesaikan kerja Environment yang tertangguh tadi. Perlu membuat slide untuk pendahuluan, jadi perlu menulis beberapa ayat dan ingin meletakkan beberapa gambar menarik. Namun malangnya, internet yang tersangat-sangat perlahan yang disediakan oleh WIMAX ini memang mengecewakan. Kerja yang pada asalnya boleh selesai dalam masa lima minit, terpaksa mengambil masa sejam. Dah pukul 3.00 pagi, terpaksa mengambil inisiatif baru, tidak boleh tidur sendirian dibilik. Jika tidak, tak boleh bangun awal esok pagi. Jadi cuba membawa Toto, bantal dan selimut ke ruang tamu dan tidur dia atas sofa yang kosong. Hati berharap ada rakan yang akan kejut awal pagi nanti. Namun malang tidak berbau, mata tidak mahu lena, badan semakin berpeluh kepanasan dan perlawanan Barcelona menentang Stuttgart sudah berlangsung. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Kawan sudah mula memasang TV untuk menonton perlawanan bola sepak itu.

Terpaksa membuat inisiatif baru, pulang ke bilik bentangkan Toto, bantal dan selimut dan cuba tidur dengan lampu terbuka. Berharap jika terbangun dengan alarm dari telefon nanti, tidaklah cuba melelapkan mata semula. Hurm, tidak tahulah rasanya bagaimana. Namun diminda rasa tidak dapat tidur lagi namun saya percaya saya mungkin sudah terlelap beberapa ketika dan fikir itu sudah mencukupi. Pukul 6.40 pagi lantas saya persiapkan diri untuk ke kelas Jepun. Oh, terlupa. Nama saya bermula dengan huruf A, dan giliran saya untuk ujian bacaan dan oral adalah yang pertama. Sensei telah menetapkan kelas hari ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Bukan 8.30 pagi seperti biasa. Jadi nekad di hati, 7.30 saya mahu pastikan saya sudah berada di atas basikal saya.

Sampai di depan kelas, Adrien juga telah sampai. Lihat, nama Adrien juga bermula dengan huruf A, jadi anda sepatutnya boleh mengagak gilirannya adalah yang kedua. Mariam-sensei sampai awal sedikit. 7.55 pagi untuk menyediakan meja. Pukul 8.00 pun menjelang tiba dan giliran saya bermula. Macam biasa, jika ujian oral dan bacaan ini kebiasaannya saya tidak berapa cemerlang kerana saya akan berasa amat gementar jika berdepan dengan sensei. Disebabkan itu saya tidak berapa kecewa seperti waktu ini. Selesai ujian, saya kebilik 24 jam untuk mengulangkaji Foundation.

Beberapa minit sebelum kelas Law bermula, saya cuba mengulangkaji subjek Law. Diteruskan lagi hari, berlalulah subjek Law dan juga Environment satu jam setiap satu. Perbincangan dilaksanakan dalam subjek Law dan juga pembentangan juga dilaksanakan dalam subjek Environment. Rehat tengah hari, terpaksa mengulangkaji semula subjek Foundation. Malang pula, kami terpaksa menunggu amat lama kerana perancangan awal untuk memulakan ujian pukul 2.00 petang terpaksa dianjakkan ke pukul 3.00 petang. Mata sudah berat, amat berat. Mulut pula asyik menguap. Tangan pun hinggap ke mulut untuk menutup mulut yang terlopong menganga untuk menyedut lebih banyak oksigen untuk dihantar ke otak. Jadi, saya melalui test Foundation pada pukul 3.00 petang tanpa semangat juang yang tinggi. Moral yang rendah, tahap juang yang sederhana namun saya cekal juga untuk menyelesaikannya. Alhamdulillah, pukul 4.45 petang saya tiba di rumah kembali. Bergegas beli makanan seperti ayat pertama saya tadi.

Dan inilah tiga hari ku yang terus menerus.

Kesimpulannya, apalah yang aku tulis ni? Tak menarik langsung.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

No comments: