Saturday, September 24, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 5


Act IV

Untuk menambahkan rencah, rempah dan perasa dalam permainan ini, Apis pula mahu join sama bermain. Setelah Daud memberi greenlight dan lagipun Daud sudah tidak berminat untuk memberi komitmen untuk bermain bersama maka Apis pula yang mengawal Chelsea. Apis, manager yang bermain jauh dari bilik kami, bermain di komputer Aok. Dialah satu-satunya manager pada masa itu yang bermain dari luar bilik kami. Aku, Iley dan Hamiz yang sememangnya satu bilik akan sentiasa dapat berkomunikasi tapi suasana yang didatangkan oleh Apis juga amat menarik, menentang pasukan lawan yang managernya jauh di bilik lain.

Tapi permainan masih lagi sama, mengawal pasukan masing-masing dengan cara tersendiri cuma perlawanan yang membuatkan kami bertembung sesama sendiri semakin bertambah. Jadi persaingan semakin rancak dan feel menjadi manager semakin masyuk. Kadang-kadang geram, kadang-kadang rasa nak berlagak terer, dan kadang-kadang rasa relax je. Tapi aku rasa aspek yang membuatkan FM ni syok time ni adalah kita tak boleh save dan load suka-suka hati kita. Kena respek setiap pemain lain dan simulasi inilah yang menjadikan perasaan seperti menjadi pengurus sebenar. Jadi tidak boleh sekadar mahu mencuba-cuba taktik baru, segala risiko perlu diambil dengan berhati-hati. Jika kalah, no way back brother. Haha.

Dengan kehadiran Apis yang benar-benar mengawal Chelsea memeriahkan majlis kami. Maka cukuplah kami berempat buat setakat ini merasa bersaing sesama sendiri. Keputusan di hujung musim selalunya berubah-ubah. Kadang-kala Chelsea juara, kemudian Man Utd pula juara dan ada juga peluang Arsenal juara. Namun Liverpool yang aku kawal seingat aku hanya berjaya menjuari Piala Liga (Leagu Cup/Carling Cup). Biasalah, aku bukan hebat sangat namun inilah dikatakan feel menjadi manager.

Leagu Cup/ Carling Cup

Act V

Aku ada cerita mengenai tindakan Iley yang merekrut permain muda tidak ternama bukan? Ya, memang berlaku. Namun perkara ini tidak menghairankan kerana segala staff di balik tabir untuk Iley boleh dikatakan sempurna. Semua jurulatih dia adalah ‘World-Class’ yang mempunyai stats untuk menaikkan kehebatan pemain-pemain yang berbakat. Scouts (Peninjau) dia jugak taraf ‘World-Class’. Jadi tidak menghairankan untuk Iley yakin terhadap Scouts beliau untuk merekrut pemain muda tidak ternama. Tambahan pula, player muda tersebut bakal menjalani latihan di bawah jurulatih ‘World-Class’nya.

Tapi pada hemat aku ketika itu, tindakannya yang salah hanyalah dalam satu aspek; iaitu merekrut terlalu ramai pemain muda dalam sela masa yang amat singkat. Ya, sebab pemain manusia antara kami telah menjadi empat orang. Jadi Iley perlu melakukan satu tindakan yang amat cepat untuk mengambil semua pemain muda itu. Untuk kami bertiga, mungkin ketika itu kami mempunyai sedikit saja pengetahuan mengenai pemain prospek muda. Maklumlah, ketika itu sudah ada internet, Google saja dan akan ada lah maklumat mengenai pemain muda yang bakal menjanjikan prestasi yang hebat. Tindakan Iley ini amat mengejutkan aku jugak namun memandangkan kami kini menjadi pesaing jadi biarkanlah saja manager hebat itu melaksanakan magik beliau.

Namun, secara realiti nya pemain baru susah untuk membiasakan diri di dalam sebuah pasukan baru. Lihat saja Manchester City dua tiga musim sebelum ini, kaya dengan wang dan merekrut ramai pemain handalan. Namun kerana untuk ‘Gel’ dalam satu-satu pasukan perlu mengambil masa. Kesannya dapat dilihat musim lepas apabila Manchester City berjaya merangkul Piala FA (2010/2011) dan pada musim ini (2011/2012) telah mencatatkan keputusan yang memberansangkan di awal musim. Kejayaan hanya berjaya dihasilkan apabila pemain-pemain sudah ngam dalam satu team tu. Barulah menjadi segala formula dan strategi yang dirancang.

Kesannya lebih kurang sama pada Iley, pemain muda yang tidak dapat memberikan prestasi yang cemerlang. Ketika ini sudah terlihat bahawa Manchester United bukan lagi pencabar utama untuk tiga pasukan lain. Dan pada ketika ini juga dapatlah aku merasa tempat ketiga sedangkan Man Utd entah tempat ke berapa letaknya. Agak struggle juga untuk setiap competition yang disertai. Namun, Iley tetap dengan pendirian beliau untuk memberi pendedahan pemain muda dari peringkat awal dengan melibatkan mereka dalam perlawanan sebenar.




"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

Friday, September 23, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 4


Act II

Hamiz dan Iley bermain berdua sesama mereka. Lama kelamaan kedaan seperti macam bermain berseorangan. Tiada keadaan terdesak kerana diakhirnya mereka berdua juga yang bersaing. Walaupun tidak lagi dapat main tipu (save dan kemudian load semula), tapi sudah hakikatnya begitu. Jika tidak Iley juara liga, Hamiz lah yang juara. Macam apa yang terjadi di La Liga (Liga Sepanyol) sekarang, mesti Barcelona saja yang menang. Kalau macam bosan sikit tu, baru la Real Madrid pula menang.

Maka Iley pun mencuba menyucuk jarum kat aku untuk join sekali. Setelah melihat keberkesanan bermain FM secara LAN oleh Hamiz dan Iley, aku terasa jugak untuk join sekali. Tapi malangnya sebagai fan Manchester United, aku rasa kurang syok tak dapat control Man Utd. Rasa macam susah nak menang nanti. So, akhirnya aku decide juga nak join game derang. Alang-alang susah nak menang pakai team lain, aku pilih Newcastle United. Tapi keadaan menjadi lagi tak best, aku asyik disayurkan dan potensi untuk menang amatlah tipis. Terus tak best langsung nak join derang main FM LAN. Jadi Iley mengesyorkan satu lagi team big four yang tinggal, Liverpool FC. Jadi aku memencenkan diri dan mencipta satu lagi diri aku dalam game tu dan mengambil alih tampuk pengurusan Liverpool FC.



Act III

Memandangkan aku dah join sekali jadilah tiga orang yang betul-betul mengawal pasukan dalam FM tu. Aku perasan cara permainan mereka berdua (Hamiz dan Iley) tidak lagi sama seperti ketika mereka bermain berdua-dua. Hamiz mula cepat merekrut player prospek seperti Bojan manakala amat pelik untuk Iley, seorang pemain game manager yang hebat, mengambil langkah yang agak aneh pada aku. Beliau merekrut player yang tidak tersenarai dalam list pemain prospek masa depan. Namun Iley percaya yang dia boleh train player-player tersebut menjadi sehebat Bojan, Vela, Kompany dan lain-lain. Antaranya yang aku ingat, Tom Huddlestone.



Aku pula, dengan Liverpool yang dibarisi Xabi Alonso, Peter Crouch, Harry Kewell, Luis Garcia, Steven Gerrard, Daniel Agger, Jamie Carragher dan beberapa bermain belum lagi tetap dengan polisi asas. Hanya yang aku mampu ikhtiarkan adalah membeli player prospek. Antaranya adalah Vincent Kompany dan juga Igor Akinfeev. Tetapi ketika itu mereka teramatlah muda. Belum cukup hebat namun aku perlu menggunakan mereka untuk perlawanan-perlawanan yang mendatang.

 
Igor Akinfeev dan Vincent Kompany.

Jadi kami pun bermain bersama-sama walaupun kebanyakan masanya aku paling sayur antara kami bertiga. Tambahan pula, Chelsea yang dibiarkan ‘auto-pilot’ oleh Daud pun masih hebat sebab Chelsea memang hebat ketika itu di dunia sebenar. Maka disimulasikan ke dalam game (plus; masa ni Chelsea yang mempunyai bajet paling besar). Agak struggling juga aku masa tu namun diteruskan juga kerana pelbagai kejutan dan variasi yang dapat dirasakan bila bermain secara LAN. Lagi-lagi perlawanan yang menemukan antara kami, Liverpool vs Man Utd dan Liverpool vs Arsenal memang dinantikan. Kadang-kadang seronok juga mereka bertembung sesama sendiri, kadang-kadang mengharapkan kekalahan dan kadang-kadang mengharapkan mereka seri saja sudah mencukupi. Ini biasa berlaku, dengan harapan untuk memotong salah seorang dari mereka untuk mendahului liga.

"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

Thursday, September 22, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 3


Act I

Satu masa tu, ramai dah yang main Football Manager (FM) ni. Iley, Hamiz, Apis dan aku sendiri main sendirian. Masing-masing bermain dengan stail masing-masing. Main cheat ke, main tipu ke, main load ke, atau main dengan prinsip Manager yang sebenar. Tapi jarang la yang main betul, melainkan control team terer dan kadang-kadang tu save dulu sebelum match, lagi-lagi yang Cup Competition biasanya kalah mati. Sebagai contoh, Champions League. Save sebelum match, kalau menang bolehlah proceed, kalau kalah, keluar dari game kemudian load balik. Style.

Tapi lama-kelamaan jadi bosan jugak. Ulang benda-benda sama. Asyik menang je (biasalah, main tipu-tipu sikit) dan yang berbeza hanyalah nama player dan player yang hebat semua menjadi tua. Masa ni memang dah tau dah prospek player yang bakal menyerlah. Sebut saja Bojan Krkic, Anthony Vanden-Borre, Igor Akinfeev, Vincent Kompany, Rafael Sobis dan ramai lagi player yang ketika itu tidak ternama dan menjadi player yang amat hebat mesti tau nama-nama mereka tu. Jadi membeli mereka ketika muda dan juga murah amatlah strategik.

Nak dijadikan kisah, Iley yang hebat bermain manager pun mulalah ingin merasa kelainan. Iley mula mengajak Hamiz untuk bermain FM secara LAN. Ingin merasa bermain dan bersaing bersama kawan-kawan yang lain. Seingat aku, Iley pun ajak jugak aku untuk main sekali tapi aku menolak kerana semacam pelik kalau main FM secara LAN. Tambahan pula aku rasa macam mustahil untuk realisasikan. Tapi memandangkan sudah ada option di dalam game untuk bermain LAN, maka Iley sememangnya excited nak mencuba. Setelah aku menolak maka diajaknya Daud untuk bermain. Daud pun set nak join sekali. Jadi Iley, Hamiz dan Daud pun menjadi founder untuk bermain FM secara LAN ni.



Iley dengan Manchester United, Hamiz dengan Arsenal dan Daud dengan Chelsea. Mereka bermain dengan membeli kebanyakan player prospek masa hadapan ini. Seingat aku Hamiz berjaya mendapatkan Bojan Krkic, sementara itu Iley juga berjaya mendapatkan player yang hebat tapi aku tak ingat dan sementara itu pula Daud hanya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Fernando Torres. Dan akhirnya berjaya dan maka mereka bermainlah bertiga. Tapi sekejap saja untuk Daud, sebaik mendapatkan Torres, beliau membiarkan saja Chelsea dengan keadaan ‘auto-pilot’. Secara praktikalnya hanya Iley dan Hamiz yang main berdua. Tidak sukar sebab mereka sebilik, termasuk aku.

"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

Wednesday, September 21, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 2


Prakata

Kebanyakan masa yang bermain FM secara LAN ini adalah Iley, Hamiz, Aku dan juga Apis. Kami semua sentiasa bersaing dan paling menarik bila antara kami bertembung antara satu sama lain di dalam permainan. Jadi aku cuba perkenalkan mereka-mereka yang terlibat ketika FM LAN ini dilangsungkan.


Iley:      Pemain FM yang hebat pada aku. Dia telah mula mengubah segala staf teknikal dan juga jurulatih untuk pasukan beliau. Dia juga pandai untuk menaikkan prestasi dan juga kehebatan pemain-pemain muda walaupun pemain itu tidak begitu menjanjikan seperti Bojan Krkic dan juga Akinfeev ketika itu. Pasukan yang dikawal oleh dia adalah Manchester United FC. Dia lah pelopor dalam ikhtiar untuk bermain FM secara berjemaah.


Hamis:  Seorang yang low-profile dan mempunyai rahsia dan ramuan tersendiri dalam menguruskan pasukannya. Biasanya cepat mendapatkan khidmat pemain-pemain muda yang bakal menyinar di masa depan seperti Bojan Krkic. Walaupun dalam diam, dia dapat menguruskan pasukannya dengan baik dan antara pesaing terdekat Iley dalam FM LAN ini. Pasukan yang dikawalnya adalah Arsenal FC.


Apis:    Apis pula adalah seorang pemain yang konsisten. Walaupun boleh dikatakan masih di dalam era belajar bermain FM tapi dia boleh dikatakan antara pengurus yang bagus. Menguruskan Chelsea FC adalah suatu yang advantage padanya (Chelsea didunia betul ketika itu diuruskan oleh Jose Mourinho) boleh dikatakan invincible. Beliau mewarisi Chelsea yang dimulakan oleh Daud kerana Daud tidak lagi berminat untuk turut bermain sama.


Aku:     Sayur… Ok la, aku pemain yang cap ayam. Tak hebat langsung. Minat Manchester United sebenarnya tapi dah diambil oleh Iley. Pada awalnya aku ambil Newcastle United tapi susah untuk menghampiri tahap mereka yang lain jadi aku pencenkan diri dan buat diri aku satu lagi dan menguruskan Liverpool FC. Style aku, cepat-cepat beli player yang bakal menyerlah seperti Akinfeev dan juga Vincent Kompany. Kalau nak handle jurulatih dan lain-lain, hadoi tak reti la aku.


Aok:    Agak lewat menyertai kami (setelah beberapa musim selesai). Walaupun peminat sejati Barcelona CF, demi untuk memeriahkan majlis bermain FM secara berjemaah ini dia pun tercari-cari sebuah pasukan dari English Premier League. Iley mengesyorkan Tottenham Hotspurs dan Aok pun menguruskan Tottenham Hotspurs sebagai sebuah pasukan yang paling dekat dapat mencabar empat pasukan terhebat.

Daud:   Antara ahli jemaah FM yang menjadi sebagai founder FM LAN ni. Tapi watak Daud ni hanya cameo. Walaupun menyertai dari awal dengan pasukan Chelsea tapi antara tindakannya hanyalah membeli Fernando Torres dengan harga yang agak mahal dari Atletico Madrid dan membiarkan sahaja pasukannya itu. Kemudian Apis mewarisi kelab Daud itu dan Daud tidak lagi menjadi antara ahli jemaah FM LAN.

Tamatlah sudah pengenalan mereka yang terlibat secara langsung permainan kami ini. Entri akan disambung dengan pelbagai lagi adegan, ragam dan peristiwa yang terjadi ketika bermain FM LAN secara berjemaah ini. Memang banyak sehingga membuatkan aku tersenyum sorang-sorang selalu. Tapi maafkan aku sebab tak dapat menyusun apa yang berlaku secara kronologi sebab ingatan dah bersepah-sepah. Jadi berterabur sedikit susunan cerita. Ok, See ya later.


"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

Tuesday, September 20, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN)




Pra-Pra-Prakata

Budak-budak sekarang ni (baca: remaja hingga mereka yang berumur bawah 30 tahun) sudah tentu biasa dengan permainan video. Lagi-lagi pada mereka yang sudah biasa pergi ke cyber café, tidak asing pada mereka selain melayari internet mereka juga bermain permainan komputer. Permainan yang tidak asing lagi pada mereka seperti DOTA (aku tak pernah main), Counter Strike, Half-life dan juga Quake. Kini permainan dimainkan secara online melalui internet secara meluas. Tetapi sebelum itu untuk bermain dengan rakan biasanya menggunakan Local Area Network atau LAN. Tiada internet diperlukan cukup dengan sambungan litar setempat yang biasa digunakan di cyber café untuk menyambungkan beberapa komputer untuk bermain beramai-ramai. 


Untuk permainan aksi dan tembak-menembak, memang tidak asing untuk bermain secara LAN tapi adakah ianya suatu kebiasaan untuk bermain Football Manager (FM)? Aku rasa tak. Mungkin sedikit saja yang bertuah pernah bermain FM  secara LAN. Antara yang bertuah pernah merasai permainan Football Manager secara LAN adalah aku, Iley, Hamiz, Apis, Daud dan juga Aok.

Pra-Prakata

Football Manager adalah permainan simulasi pengurusan kelab bola sepak. Jangan terkejut kerana Liga Malaysia juga turut ada di dalam permainan ini. Aku ingat lagi ketika aku mula bermain FM yang pada asalnya Championship Manager ketika di sekolah dulu. Mencuri masuk makmal komputer dan belajar cara bermain CM. Team pertama yang aku uruskan adalah Bolton Wanderers. Haha. Tapi tak pernah bermain sehingga habis walau satu musim sebab susah nak akses makmal komputer.


Dan ketika belajar Diploma, aku dapat beli komputer dan apa lagi, aku pun install FM dan cuba bermain. Team yang aku cuba uruskan pada mulanya adalah Selangor FA. Masa tu, FM ni tak cukup familiar di kalangan rakan-rakan. Aku ingat lagi Apis yang cuba menekan-nekan mouse tapi tak berjaya nak ‘continue’ game aku tu. Mulalah Apis mengenali dunia FM. Hamiz juga sama, turut main dekat komputer aku. Masing-masing menggunakan strategi sendiri dan bergilir-gilir untuk menentang lawan. Rasanya bermula dari itu populariti FM makin meningkat di kalangan kengkawan aku termasuk Iley dan juga Aok.

Walaupun aku yang pada awalnya memperkenalkan game ni pada diorang, tapi lama-kelamaan diorang lebih hebat dari aku dan tahu pelbagai lagi rahsia dunia pengurusan kelab bola sepak ni. Dari ramalan pemain muda yang bakal menjadi bintang hinggalah pengurusan jurulatih, peninjau dan juga komersial ini semua telah difahami oleh kengkawan aku yang lain sedangkan aku pula yang terkial-terkial untuk melihat segala aspek pengurusan.

Sehinggalah suatu hari, Iley mengajak Hamiz untuk bermain FM secara LAN. Tidak pernah dibuat sebelum ini. Tapi Iley tetap bertegas mahu mencuba bermain FM secara LAN. Perlu diingatkan pada waktu ini, pada hemat aku Iley amat hebat bermain FM. Jadi mereka berdua yang bermain secara LAN dan berjaya bermain bersama-sama. Aku hanya melihat dan memerhati bagaimanakah FM dapat dimainkan secara LAN.

Bermain FM secara LAN bukanlah semudah DOTA dan juga Counter Strike (CS). Tapi setelah timer dipasang maka terasa bermain FM agak realistik dengan satu minit diperuntukkan untuk membuat keputusan (kecuali bila menjelang hari perlawanan). Konsepnya mudah, satu komputer digunakan sebagai server (dalam kes kami, komputer Iley menjadi server sebab komputer beliau yang paling high end dan juga baru time tu) dan jaringan modem Universiti menjadi penyambung antara komputer-komputer. Pemain boleh bermain dengan kelab masing-masing walau dimana komputer mereka bermain dengan syarat komputer Iley ini mesti dan dipasang dan juga FM LAN turut dipasang. Jadi dari segi teknikal sudah tiada masalah.

Bagaimana jika salah-seorang dari kami tidak dapat memberi komitmen untuk bermain? Tidak perlu dirisaukan kerana sistem FM akan membuatkan kami yang tak bermain menjadi auto-pilot. Komputer yang akan menguruskan kelab mengikut corak asal pemain itu menguruskan pasukan. 


(bersambung...)

"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

New Quote September 2011



"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

Friday, September 16, 2011

I Finished It For You, Shafiq




How to begin? In short, I finished ‘Bully: Scholarship Edition’ few days ago. Honestly, Bully is just for me to swallow the disappointment with inability to finish of ‘L.A. Noire’, both games were published by Rockstar. Infamous publisher with video game titles such as Grand Theft Auto Series and Manhunt. However, Bully is far from on par with L.A. Noire in whatsoever aspects. So it just an escapism video game for me. I really frustrated after L.A. Noire stucked/freezes at 2nd disc.

Back to Bully, I believe it is not a worthy game for a console like XBOX 360. Actually Bully was made during the Playstation 2 era, which is not a surprise to see such low quality performance on 360. Nevertheless it is ‘OK’ level for me. Since the standards are already too high during these days, so I shouldn’t expect too much for Bully at the first place.  The game style is just like Grand Theft Auto (GTA) but only with school surroundings and environment.

And for Shafiq, I still remember during your last sleepover at our house, your grandmother’s house you were playing Bully on Playstation 2. And I watched you played the game, at least half the way. Normally, I’m the one who played games and you became the spectator and accompanier for me. But I don’t know why, I just let you play and I’m the one who watched you play the Bully game. But since the time is short, you are not able to completely finish the game. I know, you cannot make it with just only a week to play and with plenty of other games you want to play.

Well Shafiq, I finished it already. Just few days earlier. After the final mission, the last cut scene and when the credit started to scroll up, immediately I remind of you. Deep in my heart, I whispered “I finished it for you Shafiq”.

Al-Fatihah.


"229. IF A BUILDER BUILDS A HOUSE FOR SOMEONE, AND DOES NOT CONSTRUCT IT PROPERLY, AND THE HOUSE WHICH HE BUILT FALLS IN AND KILLS IT OWNER, THEN THE BUILDER SHALL BE PUT TO DEATH" – Hammurabi's Code Of Laws –