Monday, March 29, 2010

PTA 1 – Projek Tahun Akhir 1

Kesyahduan komputer bernyalakan Microsoft Word sedang menyiapkan PTA. Walaupun sebuah buku yang kelihatan namun berlambak lagi kertas, artikel dan buku-buku lain yang bersepah diatas lantai. Dengan niat untuk mengumpul ilmu, melaksanakan amanah dan juga memikul tanggungjawab.


1) Sememangnya sibuk berpanjangan dengan PTA. Seolah-olah tak berkesudahan. Selagi tidak dicetak, selagi itu pembetulan dan pelbagai fatwa-fatwa dari pelbagai pihak diutarakan dan diri akan mula menggelabah untuk membetulkan format laporan masing-masing.

2) Walaupun PTA dilangsungkan sejak dari awal semester namun ianya tidak seperti tugasan-tugasan lain yang boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Dengan objektif untuk membuat berpuluh-puluh muka surat dengan perencanaan yang rapi PTA bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.

3) Namun pada saya PTA tidaklah seteruk mana. Bak kata penyelia saya “Tidak mengapalah, sarjana muda saja pun”. Dalam diri sebenarnya berbelah bagi samada perlu untuk serapi yang dikatakan orang ataupun bersahaja. Tapi yang penting adalah isi kandungnya itu.

4) Diri tidak mengerti mengapa perlu melalui penderitaan ini. Tidak konsistenkah usaha? Tidak bersemangatkah dalaman diri? Tidak berminatkah? Seolah-olah perlu disaat akhir juga kerja itu berjaya disiapkan. Sedangkan berbulan-bulan lamanya telah mengkaji melalui penyelidikan dan informasi yang lain untuk persiapan laporan saya.

5) Agak menghairankan juga. Satu mitos yang saya dapati dari orang dahulu dari saya telah membuat sehingga tahap Sarjana iaitu; diwaktu ketika menghampiri tempoh tamat, pelbagai masalah yang tak dijangka akan menimpa, jadi persiapkanlah beberapa salinan kerja dan disimpankan ditempat lain untuk keselamatan. Ajaibnya, perkara itu memang berlaku pada saya dan juga beberapa rakan saya yang lain. Ada yang cakera keras mereka rosak, komputer pula rosak, malahan komputer yang sedang dipinjam pula tidak dapat dibuka pada saat-saat akhir kerja mahu dibuat. Seorang lagi rakan, sehari sebelum hari laporan perlu dihantar komputer riba beliau tiba-tiba terpadam. Membuatkan beliau serabut dan tak keruan. Saya pula, nasib baik tidak berlaku disaat-saat akhir, cuma 4 hari sebelum hari terakhir, komputer juga tidak mahu menyala. Lampu CPU berwarna biru tapi paparan skrin tidak mahu keluar. Alhamdulillah, selesai beberapa ikhtiar dapat juga dihidupkan dan kerja-kerja dapat diteruskan. Serabut juga dibuat sebenarnya tapi masalah selesai menyebabkan hati lega, kerja diteruskan lagi. Syukur.

6) Secara ringkas, tiada seorangpun yang saya lihat dapat duduk senang dalam masa empat lima hari sebelum tarikh penghantaran laporan. Namun, ada juga khabar angin antaranya ada pelajar genius dari kalangan kami yang bukan saja sudah siap PTA 1, amalahan PTA 2 yang sepatutnya dimulakan semester depan pun sudah disiapkan terlebih dahulu. Menakjubkan. Tidak menghairankan kerana mereka genius tambahan pula penyelia mereka juga orang yang terkenal dengan kehebatan beliau.

7) Namun hari ini, 31 Mac 2010 yang selalu diuar-uarkan sejak dari awal semester lagi sudah tiba. Hasilnya, laporan sudah siap dan beberapa ujian makmal juga sudah dilaksanakan. Terima kasih Aok, rakan yang menjayakan projek bersama dengan saya dalam usaha-usaha ujian makmal dan laporan. Apis juga tak dilupakan kerana sanggup membawa saya pulang kembali ke rumah kerana terlupa membawa sehelai borang penting. Perlu juga disebut kesemua nama satu rumah antaranya Ucop, Basyir, Wadi, Syuk, Nabil dan juga Mudin dan kami menggelar diri kami sebagai ‘Ahli 25’. Ada kisah disebalik itu. Tak lupa juga kepada rakan-rakan junior seperti Eb, Eto’o, Joe dan Faxro. Mereka menjadi pelengkap seri perjuangan ‘Ahli Iridium’ disini.

8) Walaupun begitu, perjuangan belum selesai. Tarikh penting seterusnya 7 April. Pembentangan laporan akan dijalankan dan kami perlu mempertahankan laporan kajian kami dari ditumbangkan oleh ahli panel yang akan menguji kewibawaan kami sebagai pelajar. Jadi harapan saya adalah “Berdoalah untuk kami. Terima kasih”.

THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Friday, March 26, 2010

Bumblebee Dikasihani Lagi



Masalah Separuh Jalan Nak Diselesaikan;


Bersiap lepas solat Jumaat, matlamat; menyelesaikan masalah saman dan birokrasi 100% hari ini. Strategi, bawa geran van dalam beg, terus pergi pejabat NR. Kemudian, pergi pejabat keselamatan buat sticker dan terus setelkan saman di kaunter 3.


Okay, berjalan lancar van cuma sedikit kesesakan lalulintas menghalang kelancaran proses keazaman aku yang tinggi. Tapi, ok. Dah sampai pejabat NR, nak buka pintu ada sorang brother tu pun buka pintu dari dalam.

Brother: Ya, nak apa?


Aku: Saya nak daftar kenderaan untuk buat sticker la.


Brother: Kena daftar online. (Jawapan biasa dengar, memangla online tapi internet bengong la. Tu yang aku ada kat sini. Mende la.)

Aku: Semalam saya ada datang sini. Jadi saya nak jumpa cik tu semalam. Ssya nak selesaikan dengan dia.


Brother: Cik tu takde la hari ni. Tak pe, mari sini duduk dulu.


Maka aku pun duduk la, aduh. Nak kena start semula cerita. Leceh la kalau nak cerita balik padahal masalah sama je.


Brother: Ok, kamu nak daftar apa?


Aku: Van! (Macam biasa la kan)


Brother: Van? (Korang agak ape la reaksi brother ni. X mo citer). Boleh ke bawak van?


Aku: Boleh la. Apa salahnya. Orang engineering macam kami ni, van itu aset. Kalau nak bawak sampel tanah tu, pakai van jugak. Nak pakai kereta? Kotor la nanti bang.


Brother: Oh ye ke? Tu la, tak de motor ke? Parking susah la kalau naik van. Lagi pulak, karang orang ingat nak meniaga pulak.


Aku: Nak buat macam mana. Saya terpaksa selesai kan jugak stiker ni sebelum selesaikan masalah satu lagi. Lagi pun, kalau terdesak sangat baru saya bawak van ni masuk dalam.


Brother: Ok lah, ni dia pengesahan dan sokongan. Kamu pergi pejabat keselamatan, bayar dua ringgit untuk buat sticker.


Aku: Terima kasih encik. (Sambil bersalam tangan menandakan keterima kasihan aku yang tak terhingga)


Lantas, aku pun meneruskan usaha menempuh halangan birokrasi yang aku rasa agak mencabar.


BEHIND ENEMY LINE


Masalah hampir 80% selesai;


Pernah dengar tak orang kata kalau satu benda tu hampir nak selesai, ianya akan mencapai tahap tersukar sebelum ianya diselesaikan sepenuhnya. Kalau tak pernah dengar, tak pe. Duduk je diam-diam.


Aku saja buat subtopic tu, macam best je. Sebab ada kena mengena. Behind enemy line ini ada movie bertajuk yang sama. Kisah seorang pilot US yang stranded kat kawasan Bosnia Herzegovina yang ketika itu adalah tempat musuh. Jadi, mamat tu ada kat dalam kawasan musuh la.


Macam aku kali ini, bukan nak kata pejabat keselamatan itu kawasan musuh. Tapi biasa la kan student, terpaksa mengharungi laluan mencabar. Aku terasa macam di Behind Enemy Line kat pejabat keselamatan tu.

Pada asalnya, aku tak suspect pun perasaan ini. Aku siap menguntumkan senyuman pada seorang pak gad kat luar tu. Lalu aku masuk dan dengan suara yang lembut dan penuh sopan dan santun, aku bertanyakan kat Brother Jaga Kaunter (BJK) tu.


Aku: Selamat petang encik. Macam mana saya nak buat stiker? (Sambil menunjukkan surat sokongan dari pejabat NR)


BJK: Oh, stiker? (Dia ni macam tak tahu je? Pandang keliling, Nampak sorang Pak Gad Perempuan ni [PGP]. BJK ni pun tanya kat PGP ni)


BJK: Kak ****(tak dengar nama beliau), dia ni nak buat stiker ni macam mana?


PGP tu pun terus pandang aku. Fuuh, cuak kut. Terus dia buat muka marah dan masam.


PGP: Kamu nak buat stiker. Panjang rambut! Potong rambut dulu, baru boleh buat stiker.


Aku: (OMG, WTfish) Erm, tolonglah cik, saya ada hal nak selesaikan dengan puan kat dalam tu. Dateline hari ni. Tak sempat dah.


PGP: Entah, saya tak tau macam mana prosedur nya. Saya tak tau.


Aku kecewa. Tertunduk melihat kertas surat sokongan tu. Macam sia-sia je. Tapi sekejap je aku rasa macam ni. 10 saat je kut. Tiba-tiba BJK tu buat isyarat tangan suruh ikut dia. Masuk dalam aku pun ikut. Pergi kaunter 2. BJK tu pun slow talk dengan Puan Kaunter 2 (PK2). Melalui ruangan sempit, PK2 tu menjeling aku macam PGP tu pandang aku baru kejap tadi.


PK2: Kamu ni NR ke? Panjang rambut.


Aku: (Apa kena mengena rambut aku dengan nak buat stiker ni? Kena rambut pendek dulu ke baru stiker tu dapat keluar mesin? Pelik betul la) Ya saya, saya memang student NR.


PK2: Kenapa rambut panjang? Ok, kamu ada bawak geran?

Aku: Erm… Saya ada bawa geran. Tapi original punya. Nak kena fotostat dulu ke?


PK2: Tak pe, kami nak tengok je. Tak nak simpan pun. Ok, pergi tunjuk ni kat kaunter 1. Bayar dulu 2 ringgit.


Aku: Ok.


Kat kaunter 1 ni memang best, encik ni pakai kopiah duduk diam tak banyak cakap. Sejuk sikit hati aku, tak de la banyak karenah aku nak kena betah atau pun jawab. Pening jugak kepala kalau aku asyik kena jawab soalan orang ramai ni. Kemudian, dah setel bayar, aku pun kembali ke kaunter 2.
PK2: Kamu nak daftar… van? Siapa punya van ni?


Aku: Arwah ayah saya punya.


PK2: Kamu memang naik ke?


Aku: Erm, kalau terpaksa pakai nak pergi area-area yang kena naik bukit, saya pakai la. Jarang sangat la saya pakai van masuk dalam. Ini pun nak buat sebab nak selesaikan masalah saman tu.


PK2: Uish, besar la kenderaan kamu ni. Orang lain kereta, motor je. Kamu ni dapat kenderaan besar pulak.


Aku: Alah puan. Besar manalah puan, van je. Kalau puan tengok pun, saya yakin 100% puan gelak. Dah banyak experience saya tengok orang gelakkan saya naik van.


PK2: (Diam jap) Tak pelah, itu yang ada. (Nak pujuk aku la konon).


Aku: Itulah puan. Tapi setiap kali saya sebut van, kat mana-mana kaunter pun, orang akan gelak dulu. Fakta, puan. Bukan saya mengarut.


PK2: Tak pelah, dah kerja nanti bolehlah cari kereta lain.


(Aku bukan kecewa ke, frust ke, malu ke sebab naik van. Lantak la apa orang nak kata. Aku Tetap Aku. Pegi M****s dengan orang lain)


Aku: (tambah cerita sikit) Saya ni jarang sangat la naik van bawak masuk dalam. Tu yang stiker lama masih melekat. Selalu saya naik basikal je pergi kelas.


PK2: (Tersengih lagi)


Aduh, sengih pulak. Lantaklah. Aku ni kan pelik. Aku bukanlah seorang yang follow mainstream. Aku biasa divert dari mainstream mencari kepuasan sendiri.


PK2: Kamu ni, bila nak potong rambut?


Aku: (Alamak, cerita rambut pulak) Erm… saya… kebetulan je puan…


PK2: Haa, ape lagi. Cakap la. Ni cakap sangkut-sangkut apa ni. Nak cakap, cakap je la.


Aku: Tak de pape lah puan. Nanti saya potong la minggu depan. Jangan risau, saya ada presentation nanti, insyaAllah saya potong.


(Aku pelik, bukan apa. Aku rasa, kalau rambut panjang tak de masalah pun, kan? Siapa setuju, angkat tangan. Aku rasa benda yang orang ramai patut jaga adalah masalah pemakaian student perempuan ke, sound la student perempuan free hair. Lagi panjang kut rambut diorang. Lagi-lagi tak pakai tudung, mengecewakan betul. Mengganggu aku menjaga pandangan betul. He3. Nak salahkan orang lain pulak aku ni. Satu lagi, sound la student yang warna kan rambut diorang. Aku pulak, lama sangat bercita-cita nak simpan rambut panjang. Bukan apa, pernah terdengar Nabi S.A.W. simpan rambut panjang sampai ke bahu. Kalau aku tak buat sekarang, aku dah tak kan ada can lagi dah lepas ni. Maklumlah, umur makin bertambah. Rambut susah nak tumbuh dah nanti. Plus, aku jaga rambut kemas-kemas. Serabai kalau berangin je. Warnakan pun tidak. Tapi jadi isu jugak. Grrrrrr…)

PK2: Kamu tak boleh macam ni. Kamu ni… nasib baik orang atasan saya tak de kat sini. Kalau tidak… Nanti kamu potong rambut. Nah, ni stiker kamu. Selesai.
Aku: Terima kasih banyak puan.


Lepas tu aku terus berganjak ke kaunter 3, kaunter yang selalu sangat aku pergi. Masuk kali ni, dah 3 kali aku pergi. Tapi kali ni mudah sikit. Maklumlah, kali ketiga. Lancar semua. Bayar saman 30 ringgit. Maka secara teorinya, permasalahan aku dengan birokrasi dan bayaran saman sudah diselesaikan 100%.


Alhamdulillah.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Thursday, March 25, 2010

Terlupa Aku. Diingatkan Aku.

Franck Bilal Ribery
Ribery dan Anelka

Samir Nasri


Frederick Kanoute

Kisah ini tiada kaitan dengan mereka diatas.

Macam biasa, kelas environment akan habis sedikit awal dari masa sebenar. Dan niat dihati untuk meneruskan pembacaan database yang berlambak sebelum memasukkan ke dalam research proposal. Sebaik keluar pintu, rakan-rakan yang dah keluar dulu, ada yang menghala kekiri, punya tujuan untuk berehat sambil minum. Ada juga yang tak ketahuan, masa sedikit lagi yang tinggal jadi berdiri saja depan kelas sebelum ke makmal.

Aku, terus pergi ke kanan, ke meja kosong yang tersedia untuk sesiapa yang menggunakan. Aku pun terus ke sana. Tapi sekali imbas ke penghujung koridor, terperasan kelibat Encik S. Pernah mengajar aku makmal elektrikal dan mekanikal. Bukannya pelik aku ternampak kelibat beliau. Cuma kebiasaannya aku Cuma mengangguk hormat dari jauh. Tapi berbeza untuk kali ini. Encik S melambai dari jarak 10 m seakan memanggil aku ke sana.

Aku yang keseorangan pun pergilah merapati beliau. Lantas bermulalah satu dialog yang diharapnya tak dilupakan untuk kebaikan diri.

Encik S: Mai sini dulu. Lama tak jumpa.

Aku: Assalamualaikum encik. Encik sihat?

Encik S: Waalaikummussalam. Alhamdulillah sihat. Orang tua kamu sihat?

Aku: Erm, mak saya sihat orang tua je lah. Alhamdulillah. Eh, encik rilek je keluar kelas. Bukan encik tengah mengajar kelas hujung tu ke?

Encik S: Kamu pergilah tengok apa yang diorang buat.

Aku pun pergi ke tingkap kecil di pintu untuk mengintai sedikit kelas tersebut.

Aku: Oh, diorang tengah buat latihan ke?

Encik S: Calculation. Jadi saya biarkan je la diorang buat latihan tu dulu.

Aku: Oh.

Encik S: Kamu sekarang macam mana? Solat berjemaah buat ke?

Aku: Aaaaaa… (Nak tipu ke nak jujur ni?) Aaaaa…. (jujur campur tipu sikit la) erm, ade la jugak buat waktu Maghrib. Kalau ok, saya tunggu sampai Isyak. Kadang-kadang tu ada ceramah yang melarat sampai pukul 9.30 tapi solat Isyak pun tak buat lagi. Macam leceh juga kalau ada ceramah yang agak lama.

Encik S: Uish, rugi la camtu. Masalah juga tu. Pelik juga kita ni kan. Siapa ajar kita solat sorang-sorang ek? Ada ke kamu belajar sebelum ni nabi ajar kita solat sorang-sorang? ‘Ihdinas sirotol mustaqim’ maknanya tunjukkan kami jalan yang lurus. Bukannya tunjukkan aku jalan yang lurus. Macam mana nak dapat makbul doa dari ayat tu kalau kita solat sorang-sorang. Nanti cuba la kamu senang-senang, tanya kawan kamu siapa yang ajar kita solat sorang-sorang.

Aku: Tapi nabi ada juga solat sorang-sorang. Tapi solat sunat la. (tiada idea sebenarnya, cuba mengisi borak). Payah jugak tu encik, konon la saya cuba usulkan soalan ni pada rakan, mesti tak menjadi punya. Saya ni pun bukan alim sangat nak persoalkan pada orang lain.

Encik S: Itulah, kita ni rugi tak solat jemaah.

Diam 15 saat.

Aku: Encik ajar subjek apa sekarang ni?

Encik S: Saya ajar subjek xxxxxxx (tak ingat subjek apa)

Aku: Oh.

Encik S: Kamu semester lapan kan semester depan? Saya akan ajar design. Integrated Design Project. (Bunyi seolah-olah menawarkan aku untuk mengikuti beliau semester depan)

Aku: Oklah tu, subjek kritikal juga tu. Macam mana encik? Dah dekat dua tahun mengajar kan? Seronok tak?

Encik S: Erm Ok lah. Seronok…. Kita nak seronok apa duduk kat atas dunia Tuhan ini? Tiada masa sebenarnya kita nak berseronok, bersuka ria. Buat apa semua tu? Rugi kita nanti. Seronok, seronoklah juga kalau badan kita sihat dapat buat amal ibadah dan kebaikan pada Nya. Tiadalah rugi hidup kita atas muka bumi ini. Bekalan pun kita kena kumpulkan juga.

Aku: (Terkedu sebenarnya) Betul juga tu encik. Saya tak tahu nak cakap apa, akhir zaman dan…

(Inilah yang biasa berlaku kalau aku berbicara dengan beliau. Tak sempat nak panjang lebar, beliau akan cepat memotong perbicaraan aku. Jadi, pada aku agak sempit ruang aku untuk melontarkan pendapat. Walaupun pendapat aku sememangnya tak mencapai tahap beliau yang sudah lebih banyak makan garam dari aku.)

Encik S: Kita tak boleh putus asa pada Tuhan. Kita kena jaga sehala tunjuk ajar nabi pada kita, umat baginda. Harapnya dapatlah kita mendapat keredhaan dariNya.

Aku: Betul tu encik. (Serik nak tambah cerita, nanti sia-sia je kena potong)

Diam lagi 30 saat.

Encik S: Kita nak jaga kesihatan ni, susah zaman sekarang. Nak jamin kita sihat ni susah la jugak. Kita kena sihat nak amalkan amal ibadat. Dalam nak buat amal ibadat tu, kita kena jaga kebersihan makanan dan minuman kita jasmani dan rohani. Makanan kita masak sendiri elok. Nasi semua tu masak sendiri je. Ayam? Ayam beli kat kedai tu boleh percaya ke? Ayam yang diternak tu, diberi makan usus babi. Sama je la dengan telur ayam. Susah nak jaga kebersihan rohani pemakanan kita. Tapi itulah yang penting sebenarnya.

Aku: Betul tu encik. (Suara semakin perlahan)

Encik S bangun dari bangku menuju semula ke kelas beliau tadi.

Encik S: (Sambil bergerak menjauhi aku) Itulah kita kena ambil berat semua perkara, jangan bagi terlepas dan solat jemaah itu penting.

Aku mengangguk dan setuju sambil jarak kami pun semakin jauh. Encik S kini beberapa langkah dari kelas beliau.

Encik S: Kamu ada kelas apa lepas ni?

Aku: Saya ada makmal environment. Saya mintak diri dulu ye encik.

Encik S: Pergilah (sambil mengangguk).

Satu perkara yang tiba-tiba dan pelik berlaku. Disebabkan perbualan ini yang terjadi tiba-tiba, mungkin inilah dia “Terlupa Aku. Diingatkan Aku.”


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Kesian Bumblebee


Masalah;


Adus, kena saman pulak. Tiga kesalahan pulak tu. Pergilah terus ke pejabat keselamatan. Dengar cerita, puan yang jaga kaunter tu agak bermurah hati. Akan cuba merendahkan seboleh mungkin saman yang dikenakan. Jadi, salah satu kesalahan aku adalah tiada stiker terkini. Maka dia pun suruh aku buat dulu stiker tu supaya dia pun tak perlu nak kira sekali kesalahan stiker tersebut.


Aku pun, aduh. Nak kena online pulak. Dah tu, nak online kompem la internet ‘terlaju’ kat rumah tu akan ‘membantu’ aku. Apatah lagi untuk website universiti yang kebiasaannya moden dan berat-berat. Bukan macam Wikipedia. Apatah lagi, Wikipedia pun susah nak dilayari.

Dan macam yang diramalkan, agak liat jugak untuk menembus masuk website e-hep tuh. Namun kebetulan balik rumah KL hujung minggu lepas, cepat-cepat la aku daftar untuk NR kat rumah tu. Nak daftar untuk stiker pulak, tak dapat. Lupa nak bawak geran sekali. Last2, terpaksa juga daftar dari rumah iridium. Lega sikit, dapat juga daftar. Tapi kena tunggu 48 jam minimum untuk mendapat sokongan.


Masalah bersambung;


Bukan 48 jam, 96 jam dah buat pun masih tak dapat sokongan. Ah, sudah. Dateline untuk setelkan saman pun dah sampai. Nak tak nak, terpaksa jugalah pergi ke pejabat keselamatan. Dalam kepala, biarlah. Bayar je lah. Dari merana di kemudian hari. Harapnya selesai terus la. Dah sebaldi berpeluh nak setelkan benda ni. Dahlah aku yang kena keluar duit. Itu pun susah jugak ke.
Ok, lega sikit sebab puan yang sama jaga kaunter 3 yang feymes tersebut.

Puan: Kenapa dik, nak uruskan saman ke?


Aku: Ha’ah.

Puan: Mana saman kamu?

Aku pun berilah kertas saman tersebut dengan hati yang kurang nervous berbanding masa mula-mula dulu. Agak macho jugak la masa ni. Lantas aku usulkan sedikit penerangan ni pada puan ini.

Aku: Sebenarnya gini puan. Saya minggu lepas dah datang sini. Tapi puan rekomen saya supaya buat stiker dulu untuk puan ignore kesalahan stiker ni. Tapi malangnya la kan puan, saya dah buat online tapi sampai sekarang tak dapat sokongan. Saya pelik betul la.


Puan: Bila kamu buat permohonan kamu?

Aku: Kalau tak salah saya, hari Ahad lepas. Waktu malam. Katanya, 48 jam minimum nak kena tunggu. Tapi sekarang dah 4 hari. Tak de apa-apa pun.

Puan: Kamu pakai kereta ke motor?

Aku: Van!


Puan: Van? (Sedikit senyuman dari puan tersebut)


Cukup! Cukup! Kenapa tersenyum puan. Persoalan yang berlegar lagi dalam lubuk hati aku. Abaikan. Lepas tu, puan tu suruh juga setelkan pasal stiker ni kat pejabat NR. Direct terus. Senang cerita. Dia seboleh-boleh nak tolong aku supaya dikurangkan denda tersebut. Kan aku dah kata, puan tu baik.


Masalah sambung lagi;

Aduh, kena pergi pejabat NR. Tak pe lah. Orang dah nak tolong, kita pun cuba la ikut. Sia-sia je la kalau tak nak follow. Merugikan je. Aku pun pergi ke NR office. Sesampai kat sana, aku pun menerangkan sebaik mungkin masalah aku.

Aku: Selamat petang cik. Saya sebenarnya nak mendaftar kenderaan saya untuk stiker.

Cik: Ya, daftar online.


Aku: Itulah masalah saya cik. Saya dah daftar online lama dah. Tapi sampai sekarang tak dapat sokongan. Saya tak tahulah masalah saya ni macam mana nak selesaikan.

Lepas tu aku sambung la sikit cerita pasal saman tu. Kalau tak, aku pun malas nak buat stiker tu. Aku pun dah jarang guna van nak masuk U. Sekarang naik basikal je.


Cik: Kamu duduklah dulu.


Aku pun duduk sambil tengok Awani kat TV flat screen kat belakang kaunter tu. Wow, ada flat screen la. Eh, ni bukan fokus cerita ni. Berbalik semula pasal tadi.

Cik: Kamu nak daftarkan motor ke kereta?

Aku: Van!


Cik: Van? (Bukan setakat senyum, siap gelak sikit lagi. Nasib baik sikit. Kalau banyak… eleh, aku bukan boleh buat apa. Takkan nak pukul pulak. Redha jelah kan.)

Cik: Kamu ada bawak geran van kamu? Kalau ada, boleh selesaikan sekarang.

Aku: Tak de lah cik. Kalau macam tu, boleh saya selesaikan esok tak?


Cik: Boleh.

Hurm, kesian Bumblebee. Yelah, bukan Bumblebee Chevrolet Camarro dalam Transformer tu kan. Memang diorang gelakkan la. Tak pelah. Bak kata Apis, baik ada dari tak de. Alhamdulillah.


Kesimpulannya, masalah masih tak selesai setakat aku menulis benda ni. Aduh. Sabar. Astaghfirullah.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Monday, March 22, 2010

Trip Of Building Appreciation

















Again, I steal some times to write. Just wondering when I can write about our trip to KLCC and Ranhill Bersekutu on March 10th 2010. It seems the answer is today. Well, it seems two weeks late to write about this. Actually I’m waiting for a chance to upload pictures that I actually taken. Only last weekend I’m able to do that. Using my sister’s broadband to upload temporarily those pictures to photo bucket.

That Wednesday, we were having a trip to visit KLCC and Ranhill. At first, it was thought to have explanations about foundation at KLCC but since they (KLCC) don’t have time to do that so the trip includes the visit to Ranhill as a replacement.

Even I’m a Kuala Lumpur resident but I don’t have a chance to go to the skybridge which located between the twin towers of Petronas. Alhamdulillah, I got this chance that day. I’m so excited actually to get that experience. In the past, I watched a compilation of video during Linkin Park’s concert in KL. They visited the skybridge and recorded a video of intersection underneath the towers. Now, I experienced it on my own. Just like what Chester Bennington, Mike Shinoda, Jo Hahn and others already experienced.

Another chance that I felt was the chance riding a bus around KL. It seems it is long enough I didn’t ride a bus. That day, I just sat and look around and got the feeling of views that I see. I’m not driving either which give me chance to capture so many pictures that I’ve ever wanted.

Well, the thing that captures my soul interest is only the visit to KL. I feel like I’m from out of town. Appreciating and adore those development even though I look at it every day when I was at home. Thus for me the talk at Ranhill was my secondary intention. But the talk was also interesting mainly due to the experience on site that engineers told us. That’s mean the knowledge outside from syllabus can be gain there.

For those who in charge in handling this trip, I appreciate your effort. Thank you very much.

Actually, I've a lot of pictures during the visit. But the internet (WIMAX) at our house is soooooo unreliable that forbid me from doing so. I can't upload and share with all of you. But, somehow I will try later to upload those pictures. InsyaAllah.
But, Alhamdulillah. I;ve uploaded it.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Thursday, March 18, 2010

Isi Hari





Penatnya. Menulis ini pun rasa macam berpinar-pinar kepala. Nasib baik sudah makan petang. Boleh kata makan pagi campur tengah hari beserta makan malam sekali lah. Sebab lapar sangat terpaksa juga beli, tak sempat nak fikir untuk masak. Belilah, mudah sikit tak perlu nak tunggu beras tu masak.

Tarik balik dari hari selasa. Ada apa hari tu? Oh, boleh kata padat jugalah. Pagi melaksanakan projek joint venture dengan Aok menyelesaikan semua ujikaji makmal tanah. Selesai juga akhirnya bahagian pertama. InsyaAllah esok hari Jumaat akan selesai pemulangan barang. Eh, hari Selasa tu, lepas selesai makmal waktu pagi, ada kelas pula waktu petang. Dari 2 petang hingga 5 petang dan terus disambung dengan Talk ganti untuk subjek Engineers In Societies yang berakhir pada 7.00 malam. Padat memang padat. Sambung malam, disebabkan nak merancang untuk stadi hari Rabu, jadi malam itu bertungkus lumus menyediakan 3 ayat untuk ujian oral Bahasa Jepun. Jangan pandang rendah, 3 ayat saja pun tak dapat nak selesaikan. Terpaksa tidur dulu baru ilham yang sempurna muncul.

Dipagi dinihari Rabu, sebaik buka mata terus menulis 3 ayat Jepun yang muncul ketika hendak tidur malam Selasa sebelum tu. Lepas tu sambung terus mencari bahan untuk subjek Law. Sambung lagi di pagi hari, terpaksa ke menara SAAS untuk mendapatkan transkrip pelajar dalam ikhtiar saya nak sambung belajar. InsyaAllah, kalau dapat Alhamdulillah. Tak sangka pula petang tertidur jadi habislah petang itu dengan dengkuran saja. Bangun, cuba selesaikan kerja Environment pula. Nasib baik berkumpulan. Tidak terbeban sangatlah rasanya. Selepas Isyak ke rumah rakan untuk ulangkaji Foundation Engineering untuk test hari Khamis. Sudah berjanji pula dengan rakan sekelas Bahasa Jepun yang lain untuk membantu mereka pula membuat 3 ayat oral untuk setiap orang. Ada tiga orang rakan kesemuanya. Sebaik selesai ulangkaji Foundation Engineering, saya pulang ke rumah untuk melunaskan janji dengan rakan. Jadi tiba di rumah pun sudah hampir pukul 12.00 tengah malam. Rakan sekelas Jepun sudah pun menunggu di rumah. Seperti saya, bukan mudah untuk membuat 3 ayat Jepun. Sukar kerana perlu memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh Mariam-sensei. Namun segalanya selesai juga ketika jam hampir menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Perenggan barulah, kan sekarang ni dah hari Khamis.Satu perenggan untuk satu hari. Jadi selepas habis membantu rakan tadi, saya pun terus ke bilik membuka komputer untuk menyelesaikan kerja Environment yang tertangguh tadi. Perlu membuat slide untuk pendahuluan, jadi perlu menulis beberapa ayat dan ingin meletakkan beberapa gambar menarik. Namun malangnya, internet yang tersangat-sangat perlahan yang disediakan oleh WIMAX ini memang mengecewakan. Kerja yang pada asalnya boleh selesai dalam masa lima minit, terpaksa mengambil masa sejam. Dah pukul 3.00 pagi, terpaksa mengambil inisiatif baru, tidak boleh tidur sendirian dibilik. Jika tidak, tak boleh bangun awal esok pagi. Jadi cuba membawa Toto, bantal dan selimut ke ruang tamu dan tidur dia atas sofa yang kosong. Hati berharap ada rakan yang akan kejut awal pagi nanti. Namun malang tidak berbau, mata tidak mahu lena, badan semakin berpeluh kepanasan dan perlawanan Barcelona menentang Stuttgart sudah berlangsung. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Kawan sudah mula memasang TV untuk menonton perlawanan bola sepak itu.

Terpaksa membuat inisiatif baru, pulang ke bilik bentangkan Toto, bantal dan selimut dan cuba tidur dengan lampu terbuka. Berharap jika terbangun dengan alarm dari telefon nanti, tidaklah cuba melelapkan mata semula. Hurm, tidak tahulah rasanya bagaimana. Namun diminda rasa tidak dapat tidur lagi namun saya percaya saya mungkin sudah terlelap beberapa ketika dan fikir itu sudah mencukupi. Pukul 6.40 pagi lantas saya persiapkan diri untuk ke kelas Jepun. Oh, terlupa. Nama saya bermula dengan huruf A, dan giliran saya untuk ujian bacaan dan oral adalah yang pertama. Sensei telah menetapkan kelas hari ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Bukan 8.30 pagi seperti biasa. Jadi nekad di hati, 7.30 saya mahu pastikan saya sudah berada di atas basikal saya.

Sampai di depan kelas, Adrien juga telah sampai. Lihat, nama Adrien juga bermula dengan huruf A, jadi anda sepatutnya boleh mengagak gilirannya adalah yang kedua. Mariam-sensei sampai awal sedikit. 7.55 pagi untuk menyediakan meja. Pukul 8.00 pun menjelang tiba dan giliran saya bermula. Macam biasa, jika ujian oral dan bacaan ini kebiasaannya saya tidak berapa cemerlang kerana saya akan berasa amat gementar jika berdepan dengan sensei. Disebabkan itu saya tidak berapa kecewa seperti waktu ini. Selesai ujian, saya kebilik 24 jam untuk mengulangkaji Foundation.

Beberapa minit sebelum kelas Law bermula, saya cuba mengulangkaji subjek Law. Diteruskan lagi hari, berlalulah subjek Law dan juga Environment satu jam setiap satu. Perbincangan dilaksanakan dalam subjek Law dan juga pembentangan juga dilaksanakan dalam subjek Environment. Rehat tengah hari, terpaksa mengulangkaji semula subjek Foundation. Malang pula, kami terpaksa menunggu amat lama kerana perancangan awal untuk memulakan ujian pukul 2.00 petang terpaksa dianjakkan ke pukul 3.00 petang. Mata sudah berat, amat berat. Mulut pula asyik menguap. Tangan pun hinggap ke mulut untuk menutup mulut yang terlopong menganga untuk menyedut lebih banyak oksigen untuk dihantar ke otak. Jadi, saya melalui test Foundation pada pukul 3.00 petang tanpa semangat juang yang tinggi. Moral yang rendah, tahap juang yang sederhana namun saya cekal juga untuk menyelesaikannya. Alhamdulillah, pukul 4.45 petang saya tiba di rumah kembali. Bergegas beli makanan seperti ayat pertama saya tadi.

Dan inilah tiga hari ku yang terus menerus.

Kesimpulannya, apalah yang aku tulis ni? Tak menarik langsung.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Monday, March 15, 2010

Ready to be Civilized Again?


I steal some time to write this. I really excited about it actually. Well of course, what else can excite me, right my friends? Okay, today I want to write about a game series of Civilization. I believe I wrote so many about it or at least there was an article about Civilization before if I’m not mistaken. Here, I found it.

I was introduced with this game from Taufiq Jailani or well known as Iqi among us. He told me about this game and all the aspects related. At that time, I’m just a plain game player and just playing all type of games. It is hard to believe I like this game so much even it is turn based game that I’ve ever played. The game was Civilization 3 with some other expansion packs. Amazingly, they included Arabian Empire and put Abu Bakr as the leader. I will go easily excited if any game put some Islamic element or any Malay element if they did it (such as city of Malacca in Civilization 4).

Why I like this game? I really like history. So do him, Iqi. He once presented the concept of Civilization III to my history teacher. And surprisingly, my teacher also like it but of course she is a woman and not really into games. Iqi bravely explained about the game because it is not only for fun. Civilization also includes so many information of things, peoples, technology in its archives which is known as Civilopedia.

I always thought and imagine, what if Arabian empire can stretch towards France, not stopped in Spain? I always thought what happen if Islam can reach towards Italy and Germany through the island of Sicily? What if Islamic empire can still be controlled under one rule and being united without separation of countries?

Here you go, I did it all in Civilization particularly in Civilization 4. There was religion element in it. After I conquered one city I will immediately send Islamic missionaries into that particular city. Islamic Nur shines in Moscow, London and also Kyoto in my game.

Unfortunately, it is only a game, right?

Well, this year, year 2010 I will wait for it again. I will try it again even it is only a programming which being done by non-Muslim. Civilization V is coming soon in the end of 2010.
Are you ready to be civilized again?




But, they dropped the Religion element in Civilization V. Never mind.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Sunday, March 14, 2010

Farshi Turab – Katilku Debu





Katilku debu, meliputiku,
Sekarang ia adalah litupanku,
Pepasir melingkari diriku,
Malahan jua dari belakangku,

Dan lahad memberitakan sejuk kesedihanku,
Dan cahaya melukiskan garisan,

Manakah cinta keluargaku?
Mereka menjual kesetiaanku,
Dan dimanakah sahabat-sahabatku?
Meninggalkan persahabatanku,
Dan dimanakah kebahagiaan harta?
Tertinggal sekarang dibelakangku,
Dan dimana nama dan pangkat,
Menyinar antara pujian?

Disinilah pengakhiranku,
Katilku debu,

Dan hasrat kerinduan perpisahan,
Dan sajak kesedihanku menangis,
Dan air mata menjadi kering,
Selepas menangis,

Dan alam menjadi sempit,
Sesempit ruangku saja,
Dan kubur menjadi langit dan bumiku,

Disinilah pengakhiranku,
Katilku debu,

Ketakutan mengisi kerengganganku,
Dan kesedihan adalah kesakitanku,
Ku harapkan keteguhan,
Dan ku berjanji itulah penawarku,

Dan pada Allah aku berdoa seikhlasnya,
Kaulah tempat ku kembali,
Ku berharapkan syurga,
Didalamnya kebahagiaan,

p/s:



*lebih menusuk jiwa jika dapat fahami terus dari bahasa Arab.
*maaf, cuma alih bahasa terus dari bahasa Inggeris. Setengah saja terus dari bahasa Arab.
*dua versi setakat ini, dinyanyikan oleh Akhil Hayy dan juga orang Arab. Maaf lagi, tidak tahu nama penyanyi arab tersebut.
*rasanya lebih menusuk kalbu dendangan Akhil Hayy.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Saturday, March 13, 2010

MLM and Faith






Robert Langdon said “Faith is a gift that I have yet to receive.”




And I say “Multi level marketing (MLM) is a gift that I have yet to receive.”



So, don’t get close to me for any MLM business. I’m not interested. Okay!






THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Segregation of Human 2





Continued from the first part, this issue was triggered during my lectures. It’s only in my mind maybe because I’m the one that can be the real example from my lecturer ‘ceramah 5 minit’. He said about being riak or sombong. One of the factors is being too successful in education. For example the Professors might think he is greater than Associate Professors. While Associate Professors might feel they are better than ordinary lecturers like him, the lecturer of us. Further he gives another example that excellent student might not want to mix with other students.

Step back a little; I once express the need of separation of student according to their achievement. “I think this is important because the institution can make them more excellent without any other distraction”. This thought came up years earlier because the top student will be able to fight fairly. Usually they won’t cheat (using toyol) in tests and examinations, they did not copy their assignment from others and they did not skipped their classes like others did.

But the other friend replied “So you want leave the others? How about them? They also need a friend that can bring them to a success. You can leave them alone.” Do you think he was right? Well, I already observed for several semesters and what do you think for my opinion.
“Go to hell. I don’t care. Look at you dear friend. You are near to become useless in our community. You don’t even have the right to be here. You cheat, you did not attend classes yet you ask other to sign your attendance, you just copy the assignment and tell me why you should have the right to be here. Hey! There are a lot of students outside which willingly to do best than you in here. Shame on you. Shame on us, the Malays. No wonder the others look down on us.” Well of course these words don’t come out from my mouth. It’s only in my thought. How can I hurt my friend like that? My only hope that I can bring them along and leave the darkness forever.

The above paragraph doesn’t mean that I am good. Just human is relative. Let say if you have two people. One of them does not smoke and the other is smoking. Which one you will say the better? Obviously the non smoking one is better, right?
But still there are average students that have the potential to be better. I think the best students are willing to guide them in every aspect and did not want them to fail. Obviously, the attitude must be corrected first.

Back to the lecture that I had earlier, unfortunately the content in the ‘ceramah 5 minit’ turns back on my opinion. Somewhat, my lecturer is right. But that is only applicable in several circumstances. I think, good student does not intentionally to isolate themselves from the others. They have to do their best to excel. They did not doing any ordinary students does. They studied, they researched, they meet lecturers, they stayed in library and study room, they always several steps forwards than others and these actions somewhat resulting in they to be isolated from others.

So what is the reality now? Good students left out the others OR good students being left out by the others?


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Tuesday, March 9, 2010

Segregation of Human 1




I always think about this. Where there is segregation between overachieving and underachieving peoples. Whereby since at the primary school the genius or wise pupils will be able to sit in the top class in their school. Meanwhile for the weak, they will sit at the bottom of the class rank. Once I thought that is unfair. The underachieving people should be exposed to the brilliant pupils so that they can climb up a little bit from their level.

Gladly, our new headmistress appointed new mechanism in locating the students. Generally there are three standards of groups. Let say the classes divided to K, E, R, A, M, and T. It is actually an A at the middle between M and T but since there is already an A between R and M so the other A has been abandoned. These classes have been divided into K and E being the first class. R, A and M included into the second class. The T class was the one and only being the third class in our school.

As can you see class T become the last in the ranking system. Maybe the teachers thought to give extensive teaching on them. Obviously their attitude and character cannot be tolerable especially from me. I admit that I try my best to not follow them in every aspect. I pray for that actually so that I probably can be as good person as I can. They always skipped classes, take for granted at the education, and doesn’t appreciate the opportunity that they got at that time. They also breaking rules, bullying other pupil and so many things that these type of pupils do.

So the effect was I’m not befriended with most of them. Getting back to the mechanism that I’ve said, it mixes several people accordingly to classes or standards that have been created. I couldn’t see the effect but it seems in our batch it is only five students got straight A’s in their UPSR. It is so small in numbers but only the teachers know why the outcome being like that. Why should I know? We are only at 12 of age during that time.

Later part in my life, I went to the secondary school I see they adopted normal leveling of the class. From 1 through 6 classes it is normally distributed accordingly with the students’ achievement. Number 1 class for overachieving students and so on. But it means that the contest is open. Even a student in last class during form 1 can get into number 1 class in form 3. I admit that I went into second last class during form 1, third class in form 2 and finally first class in form 3. Alhamdulillah, the future is bright if one of you entered that class. With classmates that open for a fight in examination result you won’t even to think to being left behind all of them. The contest is very tight and the opportunity to score in PMR is also bright.

Later in my second secondary school is where the ‘cream of the crop’ students are placed. Here? That was so crazy. The contest was ‘super tight’ and I won’t be able to become a dominant force in the race. I just sat at the middle of the students. Honestly I don’t want to be mixed with the first class. I’m afraid that I will be left behind too far. So there was me, a middle student with middle achievement. (In fact it can be considered as bad in that school).

Do I regret and mad because of this separation of students according to classes? No. For me, those best students have their right to sit in that class. To fight among themselves without the disturbance from students like me. (I always see that I’m being a disturbance or distraction for them –best students- during their study in prep). For me, I deserved that place (3rd or middle class) and fight among us fairly. So no one will feel being left too far at the back.

So, “hey Adli, what is the issue you want to bring here?” my mind asks the fingers that typing on the keyboard. Here the answers from second thought “Okay, we stop here and we will continue at the second part of this mind thinking of Adli”.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Dream Of Him


Last night I had a dream,
My late father in it,
Even though I’m surprised,
But I feel so happy in it,

He came back to our house,
Wearing his ‘Kain Pelekat’,
Also with his ‘Baju Melayu’,
As usual he wore to go to the Mosque,

He sits on the chair,
The chair that in front of a keyboard and computer,
But the reality is, there was chair no more,
So he is…

Suddenly I woke up,
My friend wake me up,
I came back to reality again,
Take a few minutes to figure out what I dreamed earlier,

Oh, My late father,
It is really him what inside my dream,
Later I found out,
This Saturday mark his six years absence,

Six years already,
What have I become,
Where have I been,
‘Here Ayah, I’m Here!’.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

Wednesday, March 3, 2010

Pripyat






Pripyat, Ukraine. Alhamdulillah, saya dianugerahkan minat terhadap geografi yang amat tinggi. Entah mengapa sejak kecil lagi cenderung untuk melihat peta lebih-lebih lagi setelah mendapat sebuah atlas ketika di tingkatan 1. Sebenarnya minat ini dipupuk setelah terlalu taksub dengan siri ‘Joe Jambul’ di TV2 yang dipengacarakan oleh Kak Nurzizi Zulkifli ketika kecil dahulu. Ini disebabkan penekanan yang amat kuat terhadap geografi diperlukan untuk memenangi permainan ini. Lantas memupuk minda untuk cuba mengingat di mana kedudukan sesebuah negara dan juga ibu negaranya.

Baiklah, tidak mahu melalut begitu jauh dan kali ini saya tertarik untuk menulis sebuah artikel mengenai sebuah bandar di Ukraine, Pripyat. Walaupun amat meminati geografi, namun saya agak lambat mengenali negara yang bernama Ukraine ini. Cuma pada tingkatan 3 ketika itu ada seorang rakan yang amat berminat hendak menyambung bidang perubatan di Ukraine. Malangnya ketika di tingkatan 5, kerajaan telah menghentikan penghantaran pelajar Malaysia ke sana kerana masalah pemalsuan ijazah.

Berbalik semula mengenai Pripyat, bandar ini adalah sebuah bandar yang telah ditinggalkan dan dikosongkan. Kenapa? Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Semua tahu kesan radioaktif dari nuklear amat berbahaya seperti yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki kesan dari letupan bom atom oleh pihak bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat pada tahun 1945. Seluruh alam sekitar telah tercemar dengan kesan radioaktif dan pada manusia pula walaupun sudah beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya.

Atas pengajaran dari peristiwa tersebut dan sememangnya mengenai pencemaran bahan radioaktif, pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan pencemaran itu masih ada maka sehingga ke hari ini Bandar itu ditinggalkan tanpa berpenghuni. Seolah-olah seperti bandar berhantu, binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.

Pengalaman yang saya minati adalah melalui permainan video ‘Call Of Duty 4: Modern Warfare’ yang mempunyai set di Pripyat. Di dalamnya memberi pengalaman seolah-olah berada di kawasan sebenar. Berjalan melalui pangsapuri tidak berpenghuni. Turut dimuatkan adalah kolam renang bersaiz Olimpik yang kosong dan usang. Turut diletakkan di dalam itu adalah ‘Ferris Wheel’ yang sememangnya masih lagi kekal hingga ke hari ini.



Tidak banyak sebenarnya saya hendak memperkatakan mengenai Pripyat, hanya cuma tertarik untuk menyelitkan di dalam blog ini. Sekian.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-