Act XI
Kejadian yang berlaku kat Apis tu tak terhenti disitu.
Walaupun kini masing-masing lebih peka dengan kontrak pemain tapi pelbagai lagi
situasi yang tak diduga boleh saja berlaku. Ini kan FM, ianya resemble hampir
keadaan dunia sebenar. Apa saja boleh berlaku.
Situasi lebih kepada penghujung zaman kami bermain FM LAN ni
bersama. Ini adalah antara tragedi terakhir yang berlaku ketika kami bermain
bersama-sama. Permainan masih diteruskan. Ada yang hebat, ada yang struggle dan
ada juga yang suam-suam kuku. Just enjoy the game. Tapi situasi Manchester
United yang diuruskan oleh Iley tak banyak berubah. Memang kelihatan sedikit
peningkatan terhadap pemain-pemain muda beliau namun keputusan memberansangkan
sukar untuk didapati. Seringkali kalah dan itu secara lojiknya tidak dapat
diterima akal apatah lagi untuk kelab seperti Manchester United.
Sudah ditakdirkan, Iley ada kelas sedangkan kami yang lain
tiada kelas ketika itu. Jadi hanya seperti biasa kebanyakan kami bermain
bersama walaupun Iley tiada, maka Manchester United telah di’auto-pilot’kan
oleh komputer. Perlawanan demi perlawanan dilangsungkan dan kami hanya
menguruskan pasukan kami seperti biasa. Tapi memandangkan Man Utd di ‘auto-pilot’kan,
keputusan juga turut buruk, hasilnya adalah kekalahan untuk Man Utd. Kami tak
endahkan, teruskan saja dengan permainan kami. Itu Iley punya pasal,
pandai-pandailah dia uruskan kelab dia nanti.
Tapi suatu yang mengejutkan berlaku, setiap dari kami terima
berita tersebut melalui inbox emel kami. Tajuk berita adalah “Manchester
United’s manager, Iley was sacked by the Directors.” Lebih kurang begitulah
beritanya. Aku memang tercengang. Dahlah Iley ni kepala FM LAN ni, dia takde
pergi ke kelas. Dah tu pula, kena pecat. Ah sudah. Aku Tanya Hamiz dan Apis,
“Macam mana ni, Iley kena pecat. Dah tu pulak dia takde”. Yang lain-lain pun
tak tau nak buat macam mana dan hanya teruskan sajalah permainan ini.
Tapi dengan ketiadaan Iley buat sementara ni, apa lagi, kami
pun raid team Man Utd tersebut. Mulalah bid player-player yang diminati
masing-masing. Aku bid, Hamiz bid dan Apis pun tidak ketinggalah bid player Man
Utd tersebut. Ada yang berjaya dan ada yang tak.
Tapi tak lama lepas tu Iley pun balik la dari kelas. Aku tak
ingat macam mana keadaan masa tu sebaik dia tau dia dipecat. Rasanya aku yang
bagi tau dia kena pecat. Tapi boleh kawal keadaan lagi. Jadi dengan dirinya
yang dipecat dalam game tu, tiada pekerjaan. Dia pencenkan diri dan buat
dirinya satu lagi dan terus menjadi manager Man Utd semula, sama macam aku buat
dulu dari jadi manager Newcastle tukar jadi manager Liverpool. Jadi tiada
masalah walaupun pada asalnya aku rasa itu masalah yang besar. Tapi jika
dilakukan di awal permainan, memang tiada masalah. Tapi bila setelah 5,6 musim
berlalu agak merugikan kerana segala rekod kejayaan kita yang lalu telah
terpadam kerana kita adalah seorang manusia baru. Susah nak terangkan tapi
itulah hakikatnya.
Jadi sebaik Iley menjadi manager Man Utd semula, segala bid
kami yang telah dipersetujui secara -automatik akan terbatal serta-merta dengan
kehadiran manager baru. Jadi Iley pun perasan la apa yang kami lakukan ketika
ketiadaan beliau dan ketika beliau telah dipecat. Aku tau, dia mesti marah
punya time tu. Dia mencuba untuk menyelamatkan semua pemainnya ketika itu namun
tanpa disedari Tom Huddlestone tetap terlepas dari genggaman. Iley pun tanya
“Siapa yang beli Tom Huddlestone aku ni?”. Aku tak tau sebab aku tak de pun bid
Tom Huddlestone. Yang lain-lain pun tak terlibat. Apis ke, Hamiz ke, Aok pun
tak de pula bid Tom Huddlestone. Tapi nak buat macam mana lagi, Tom Huddlestone
pergi meninggalkan Man Utd dan ke kelab mana, aku pun tak tau. Maknanya bukan
kami saja yang berlumba-lumba bid player Iley, manager komputer pun jahat jugak
bid player Iley. Hahaha.
Tom Huddlestone
"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –