Monday, November 30, 2009

Gears Of War 2

Cover untuk Gears Of War 2



Secara jujurnya, sudah lama game ini dibeli oleh saya akan tetapi kekangan masa dan juga keazaman untuk tidak bermain game sambil belajar di universiti menjadi halangan untuk bermain secara konsisten dengan komitmen. Walaubagaimanapun kemunculan pelbagai game baru dipasaran menyebabkan selera untuk menghabiskan game ini tidaklah setinggi mana. Akan tetapi game yang menjadi impian saya iaitu GTA IV: Episodes From Liberty City tidak dapat dimainkan dengan sempurna kerana masalah cakera liut tersebut. Tambahan pula Call Of Duty: Modern Warfare 2 tidak dapat dibeli kerana stok DVD crack belum sampai lagi. Sememangnya kebetulan akhirnya saya memainkan permainan ini dan berjaya dihabiskan.

Seperti biasa, sesuatu game itu saya akan rasa menarik jika saya dapat menghabiskan hingga mission yang terakhir. Terjadi juga kali ini untuk Gears Of War 2(GeOW2). Walaupun sepatutnya masa bermain menjadi sesingkat yang mungkin, dengan komitmen yang tinggi saya percaya game ini boleh dihabiskan dalam masa 2 hari ataupun sehari saja. Tetapi saya bermain sedikit demi sedikit untuk menghabiskan permainan ini.

Secara total game ini mempunyai lima tajuk besar dan dibawah setiap satu tajuk tersebut terdapat beberapa subtopic untuk jalan penceritaan. Lagipun permainan ini menggunakan konsep 3rd Person Shooter yang menampakkan tubuh badan watak yang dikawal. Kajian awal saya kemudian mendapati pereka game ini sememamngnya terinspirasi oleh siri Resident Evil yang meletakkan kamera dibelakang bahu watak supaya memberi perasaan yang menarik.

Secara umumnya game ini disediakan dalam bentuk linear iaitu satu laluan saja dan diletakkan beberapa kejutan untuk pemain membuat keputusan. Ianya adalah salah satu sebab mengapa game ini boleh dihabiskan dalam masa yang sekejap. Jalan cerita yang ringkas berserta latar belakang yang gelap mungkin menyebabkan anda tertekan tapi itu tidak mengapa. Saya amat tertarik ketika ‘Dom’ watak pembantu termimpi berjumpa dengan isteri beliau di rumah semacam di kawasan tropika. Itulah satu-satunya cutscene yang cerah dan terang.

Mungkin kekurangan terbesar adalah saya tidak bermain Gears Of War yang asal. Ini menyebabkan saya tidak mengerti apakah sebenar yang berlaku dan apakah isu yang ada didalam siri ini. Tetapi secara ringkasnya latar planet yang dihuni dalam siri ini adalah Planet Sera sebuah planet rekaan dan juga Bandar-bandar yang terdapat didalamnya juga rekaan. Manusia sedang bergelut menentang Locust pada asalnya saya ingatkan makhluk asing. Jadi dalam pergelutan ini Fenix watak yang dikawal menjadi ketua pasukan ketenteraan menentang makhlouk Locust ini untuk mendapatkan hak untuk menetap di permukaan Planet Sera.

Skor yang saya berikan 3.5/5 kerana saya berjaya menghabiskan game ini dan juga sudah terpaksa bermain dengan game ini. Secara keseluruhannya game ini saya masukkan dalam kategori ‘boleh main’ dan ianya hanyalah pilihan.

FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

No comments: