Thursday, August 19, 2010

Trip Ke Pulau Pangkor







Dah lama sangat tak ke pantai. Apatah lagi ke pulau. Last sekali pergi dekat-dekat area pantai pun tahun 2006, family day. Tapi tak mandi laut pun. Just mandi-manda melayan anak sedara kat swimming pool. Tambahan pulak perkara-perkara yang tak best terjadi seminggu sebelum trip Pangkor ni, maka jadilah hati ni tak sabar-sabar nak pergi bercuti. Aku ni pulak jenis tak suka ke pantai sangat. Entahlah apa jadi kali ni, mungkin sebab Kak Ju dah pergi Langkawi dan cerita pasal snorkeling, tu yang tak sabar sangat tu kot.

Biasalah, benda-benda gini banyak halangan. Banyak atur rancangan terpaksa diubah-ubah. Dari plan A, jadi plan B. Tak lama lepas tu jadi plan C. Ni semua sebab kursus Esteem yang tetiba je nak dilaksanakan. Namun, takdir tetap menyebelahi kami. Plan A dapat dilaksanakan dengan sedikit penambahbaikan, iaitu mengawalkan waktu bertolak. Dari pukul 11.00 pagi ke 8.30 pagi. Biasalah kan, janji budak-budak muda ni bukan boleh pakai sangat pun.

Yeah, harinya sudah tiba. Bukan main awal bangun tidur. Aok dengan Syuk dah lama siap dan aku je terhegeh-hegeh nak mandi, nak siap-siap pakai baju. Naseb baik dah packing awal-awal lagi dari semalam. Tulah, nak packing tetiba plan tengok The Last Airbender muncul. Join aje dan terpaksa berjaga lewat malam nak packing. No Hal la. Benda seronok-seronok ni dah la sekali sekala je dapat join. Kalau tengok blog aku punya entry list pun boleh nampak berapa banyak sangat la benda seronok yang aku buat. Janji melayu tetap kami pegang dengan baik. Satu kereta dipandu Mat Leh dan co-pilot nya aku dan dibelakang Auk, Syuk dan Rozaiman berjaya sampai di rendezvous point tepat pada masanya. Pukul 8.30 walaupun 8.30 tu adalah waktu bertolak. So kami anytime je kalau nak bertolak. Malangnya, kami adalah kereta kedua yang sampai ke rendezvous point tu. Adoi, nak kena tunggu lagi 5 kereta.

Tunggu punya tunggu, dapat breakfast free dari geng-geng kereta Azrul iaitu Siti, Yati, Emi dan Shima. Thank you guys. Dapat jugak lapik perut dari kelaparan untuk perjalanan yang dijangka ambil masa 3 jam (masa perjalanan bukan konvoi). Sambil makan-makan, sebuah-sebuah kereta sampai. Kereta terakhir pun sampai tepat pada masanya janji melayu, pukul 9.30. Okeh, kami pun bertolak dengan penuh girangnya dengan Marshall konvoi adalah Auk. Kereta Qus jadi leader sebab ada Yob orang Perak dan kereta kami menjadi Sweeper sebab ada Auk sebagai marshall. Kereta kami di belakang sekali untuk memerhatikan pergerakan 6 kereta yang lain. Amacam formation kitorang?

Dahsat jugak perjalanan konvoi. Expect masa ambil dalam 3 jam je, tapi berlanjutan sampai 5 jam. Tak tahan la kalau gini. Tapi kitorang dapat jugak singgah kat Bukit Melawati. Last sekali pergi masa kecik dulu. Tak dapat ingat sangat dah tapi memang pernah pergi sini sekali dulu. Kemudian kami teruskan pergerakan dan akhirnya sampai di Lumut lebih kurang pukul 3 petang. Dapat tiket dari program leader iaitu Mila untuk menaiki feri, dan apa lagi naik feri la kitorang. Mula-mula macam nak mabuk laut. Tapi okaylah, momantai. Excited-excited. Lepak belakang feri sambil menikmati angin dan udara laut. Mengerbang rambut tak terkawal. Tapi benda ni la kena feel sesangat. Bila lagi nak dapat rasa gini. Zaman belajar pun dah nak abis.

Sampai resort, dalam pukul 5 dan kami pun setelkan lah solat-solat semua dan tukar terus attire mandi. Turun ke pantai, alamak ada construction plak. Kacau betul la. Apesal la masa kitorang nak bercuti ni derang wat construction. Tapi bukan tutup terus pun pantai tu. Ingat semua orang nak gi mandi, last-last aku, man, syuk, shima dan yati je ke pantai. Aku dah tak peduli apa lagi. Pergi terjun terus ke dalam laut tu. Dahsat la sini, pantai terus dalam. Tak macam pantai-pantai yang aku pernah pergi dulu. Ombak pulak kuat sangat. Kompem tak seswai nak suggest kat family untuk pergi sini. Aku pun layan la sensorang mandi. Ditarik kedepan, kebelakang oleh ombak yang kuat dan training control badan dalam air paras-paras leher. Last-last, derang yang kat atas tu dah setel makan agaknya, barulah join mandi dan men bola pantai. Sampai pukul 7, ada la sorang tu kata suruh naik, pasal esok ada lagi. Uish, tak berlapik sungguh kata-katamu itu. Kan dah hujan pagi sabtu tu. Huuuu….

Malam ada barbeque yang sudah disediakan. Tinggal makan sampai kembung perut macam ikan kembung yang dipanggang tu. Kemudian kami ada program bersuka ria di rancang oleh Auk dan Mat Leh. Alah, main game macam dalam siri Spontan tu je. Tapi seronok jugak. Ternyata game-game tu bukan mudah untuk dimainkan sepertimana kita lihat Afdlin Syauqi, Zizan, Arwah Din Beramboi dan lain-lain. Main bersama-sama rakan lebih seronok dan ketawa tak ingat. Jap, tempat yang kitorang wat program ni macam lantai, tapi gelap sangat. So kami beli lilin. Ketua kami suruh baca doa sebelum mulakan aktiviti, maklumlah pinjam tempat orang yang kita tak tau apa jenis tempat. Kami pun tadah tangan dihadapan lilin-lilin yang disediakan untuk setiap group. Tak semena-mena ada mat saleh dengan awek beliau lalu tempat kami. Aweknya berhenti melihatkan kami membaca doa dihadapan lilin. Sudah, abeslah kami dituduh buat ajaran sesat la nanti. Ampunkan kami. Kami hanya membaca doa untuk perlindungan. Yang tak tahannya tu, awek tu tak nak pulak pergi dari tempat tu walaupun kami dah abis baca doa. Lantaklah dengan dia, nak tengok kitorang tengoklah.

Erm, aktiviti tu dihabisi dengan sedikit kontroversi dan terpaksa dihentikan lebih awal sebab hujan turun dengan tiba-tiba. Lebat pulak tu. Kami lari balik ke resort dan budak kat bilik aku sambung main kad. Aku dah tak larat, pergi tidur terus. Terbangun pukul 4.30 sebab nak solat. Nasib baik bangun, kalau tak burn gitu je. Nak bangun pagi punya la berat, maklumlah ada air-con. Plus ada bunyi hujan kat luar. Sedih la rasanya tak dapat nak bantai laut puas-puas. Sementara tunggu hujan totally berenti, aku memberi burung enggang makan. Yay, dapat buat satu aktiviti baru. Hujan berenti, Qayyum a.k.a. papa mengutip duit untuk snorkeling. Ini yang aku nantikan sangat.

Then kami pun pergi bersnorkeling. Aku tak tau nak taip macam mana kat sini. Aku suka sangat snorkeling. Yang aku bengang, aku tak bawak roti nak beri ikan-ikan tu makan. Menyesal tak ingat. Dah la dah dapat kontrol badan untuk terapung, maneuver, dan bergerak sekeliling. Siap sampai ke boundary line lagi. Tapi tak dapat enjoy sangat tengok-tengok ikan tu. Tapi untuk nasihat orang lain, tak payah la pergi jauh-jauh bukan ada ikan sangat pun kat sana. Satu lagi dah la jauh, nanti nak patah balik jadi sangat letih. Erm, bestnya la snorkeling. Nak pergi lagi la rasanya. Nak pergi Langkawi pulak la kalau ada rezeki, pastu Perhentian then Tioman. Final plak kat Sipadan. Huish, macam dah terer sangat berenang dah aku ni.

Kami kemudian dipaksa naik untuk check out sebelum pukul 12. Erm, secara ringkasnya aku dapat berkubang dalam air laut hanyalah ±6 jam saja. Untuk trip yang ambil masa 2 hari, aku rasa 6 jam tu amat sikit. Nak buat camna, ada orang cakap tak berlapik then hujan di pagi hari. Satu ujian dan rasanya kalau nak lagi bolehlah pergi sendiri. Kami naik pulang ke resort dan terpaksa bersiap dalam berkadar segera sebab jam dah pukul 12. Siap-siap, kami makan tengah hari then naik van teksi mereka untuk jalan-jalan keliling pulau. Beli sikit-sikit barang makanan dan melihat pelbagai rahsia pulau tu. Sampai petang mood dah hampir bertukar jadi tak best sebab dah penat sangat berjalan dan keadaan yang agak panas.

Lebih kurang pukul 5 petang, kami dah sampai jeti Pangkor. Solat dan kami pun bertolak pulang dalam keadaan tak puas lagi. Huuuu… Walaubagaimanapun, Alhamdulillah. Cukuplah sekadar itu dan performance belajar kenalah naik lepas dapat enjoyment yang sikit ni. Kami pun bertolak pulang ke Shah Alam sambil singgah minum di kedai karaoke untuk minum-minum perasmian penutup trip ni. Sekian. Trip Pangkor ni, bagi aku, paling best yang pernah aku join selama ni dalam erti kata pergi bercuti dengan kawan-kawan.

Allahumma Yassir, Wa La Tu’assir, Rabbi Tammim Bil Khair.





“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

6 comments:

Daud Mili said...

seronok nampak...:)

Anonymous said...

x ajak pon....

Aderi Aryasu said...

jom...

AIS said...

eleh..da pegi br nk ajak...

Aderi Aryasu said...

ala, blh pegi lagi kn.. hehe

AIS said...

oo...blh ek???ok2