Saturday, June 21, 2008

Perlumbaan Maya


Disini, masing-masing mula menyiapkan diri dalam sebuah perlumbaan. Perlumbaan yang matlamat utama hanyalah untuk mencapai ke garisan penamat. Bermula dari Julai 2005 dan pemenang utamanya akan diketahui dalam bulan Jun 2008. Sesiapa sahaja akan dianggap berjaya jika menamatkan persaingan, manakala yang tumpas, perlulah ikhtiar usaha yang lain. Walaupun begitu, kepada pelumba yang tidak berjaya menamatkan perlumbaan pada Jun 2008, akan juga dianggap berjaya jika menamatkan juga perlumbaan pada masa akan datang.

Setiap pelumba tidak mengenali profil masing-masing. Cuma minggu orientasi adalah ruang untuk saling mengenali sesama sendiri. Tapi tidak mengapa, pada pusingan pertama sememangnya begini realitinya. Ada enam pusingan secara keseluruhannya bagi yang berjaya menamatkan dalam tempoh tertentu, tetapi bagi mereka yang kurang berjaya perlu menambahkan pusingan untuk menamatkan perlumbaan ini. Agak pelikkan, perlumbaan ini sememangnya menarik.

Minggu pertama bermula dengan lancar dari awal hingga hujung pusingan. Tetapi malangnya, bagi litar ini hanya empat pelumba terkemuka berjaya mengekalkan kelayakan diri untuk merebut gelaran utama. Ader, Foxdie, Emanuel Kin dan Far-deal. Ader meninggalkan semua pelumba lain jauh dibelakang pada saat ini. Tapi, mereka sememangnya perlu siapkan diri untuk pusingan seterusnya. Dengan jarak markah 0.20, sememangnya boleh dianggap selesa.

Pusingan kedua bermula dengan pelumba sudah mula mengenali dengan lebih dekat lagi profil masing-masing. Dengan tahap kebolehan dan daya usaha, mereka dapat merangka strategi pelumba lain sama ada untuk diadaptasikan atau untuk dihindari mengikut kesesuaian masing-masing. Akhirnya, lagi sekali Ader meninggalkan jauh dibelakang pelumba-pelumba lain.

Dalam keadaan yang agak selesa, Ader mula lupa diri. Dikejarnya Foxdie dengan penuh minat dan daya usaha yang dahsyat. Kin juga tidak kurangnya, terus stabil dengan keadaan diri, kelihatan masih membiasakan diri. Far-deal pula lebih kepada rupa pelumba yang masih ingin mengekalkan prestasi tanpa ingin memecut tapi tidak juga mahu ketinggalan. Inilah situasi permulaan bagi pusingan ketiga. Pengakhirannya agak menghairankan, Ader dan Foxdie mengalami kejatuhan yang sedikit tetapi masih dalam gelanggang kejuaraan.

Tanpa disedari, pusingan keempat ini menyaksikan tambahan pelumba dari litar lain yang terpaksa ditutup, tapi mereka pada pusingan sama. Mereka datang dari litar Sabah yang terpaksa ditutup. Sesampai sahaja disini, mereka sudah mempunyai markah yang lebih tinggi dari pelumba disini. Jadi, perebutan yang dapat difokuskan hanyalah pada pelumba yang memang berasal dari sini. Kali ini pelbagai kejutan dapat disaksikan. Ader mengalami kemalangan dan dugaan yang amat teruk. Foxdie dan Kin sudah pun memotong, tapi markah keseluruhan masih lagi didahului oleh Ader. Bukan sahaja itu, pelumba dari Sabah itu pula mendapat markah penuh. Kecewa juga Foxdie, impian hendak mendahului Ader dan menjadi pendahulu utama, dihalang pula oleh Sabahan. Tapi impian untuk mendahului Ader tercapai.

Pusingan kelima mula menunjukkan persaingan sengit, Ader yang kini terhuyung-hayang agak jauh tercicir dari Foxdie. Foxdie dan Kin mula mengorak jejak untuk menjuarai keseluruhan perlumbaan. Memang benar seperti perangkaan. Ader menamatkan pusingan kelima ini dengan markah yang paling teruk walaupun Foxdie tidak selaju pusingan empat tapi masih lagi hebat betul-betul di belakang Ader sekarang ini. Foxdie memang sudah hampir memotong Ader secara keseluruhan. Kin pula tidak dapat diambil maklumat perlumbaannya tapi secara amnya, dianggap sedikit belakang dari Foxdie. Di pengakhiran pusingan ini juga, didapati Far-Deal telah terbabas dan terlepas dari persaingan Kejuaraan Utama. Tapi masih lagi didalam perlumbaan. Kini matlamat beliau hanyalah menamatkan saingan dalam kelompok utama. Setakat ini, beberapa pelumba dibelakang sana juga sudah banyak yang terbabas dan mustahil untuk meneruskan perlumbaan dalam litar ini.

Saat getir telah pun tiba, dengan beberapa 'handicap' yang terpaksa diterima oleh Foxdie dan Ader melemahkan sedikit usaha mereka. Kini Foxdie dilihat sememangnya akan merangkul tempat pertama. Perlumbaan diteruskan dengan pelbagai cabaran. Tiada lagi masa menoleh belakang, tiada lagi perkara-perkara sia-sia yang mahu difikirkan. Matlmat mereka sama, menamatkan perlumbaan dengan cara terbaik. Difikiran masing-masing kosong, terlihat garisan penamat yang menanti. Foxdie yang hanya beberapa titik dibelakang Ader terus menerus melakukan pelbagai ikhtiar samada dari luar jangkaan ataupun yang sudah biasa dilakukan.

Titik penamat telahpun dilalui. Bagi penonton mahupun si pelumba-pelumba sendiri tidak dapat mengagak siapa yang berjaya menamatkan diri di tempat pertama. Kini mereka hanya boleh menantikan keputusan dari pihak rasmi. Kini telah tiba bulan Jun 2008, mereka menanti dengan penuh kesabaran untuk mengetahui keputusan. Dibuka sampul pemenang, dan dewan senat memutuskan Ader dan Foxdie telah menamatkan perlumbaan dengan keputusan seri. Ader kelihatan agak ceria, dengan permulaan hebat membolehkan dia masih didalam saingan, manakala Foxdie yang kedengaran seperti sedikit kecewa tetap bersyukur kerana impian untuk merangkul Kejuaraan Utama akhirnya berjaya. Maka keputusan menunjukkan tiga pelumba dari litar asal mendapat Kejuaraan Utama manakala tiga pelumba lagi dari litar Sabah.

Maka tamatlah perlumbaan, bagi pelumba yang agak terlambat untuk merangkul hadiah ini, terpaksa bersabar. Manakala mereka semua sedang bersedia untuk meneruskan perlumbaan di satu tahap yang lebih tinggi. Ada juga pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan ini, tetapi tidak layak meneruskan perlumbaan di satu tahap yang lebih tinggi itu. Tapi ingat, perlumbaan seterusnya bukan seperti perlumbaan ini. Ia memang satu tahap yang lebih sukar. Jadi, jom kita mulakan satu perlumbaan baru. Mari..


-Hehe, saje je buat coretan yang mengarut, rilek la-



ENGINEERING: A DESIGNER KNOWS HE HAS ACHIEVED PERFECTION NOT WHEN THERE IS NOTHING TO LEFT TO ADD, BUT WHEN THERE IS NOTHING LEFT TO TAKE AWAY -Antoine De Saint Exupéry-

1 comment:

ASaL said...

korang nye race sebijik cam citer The Cars, Pixar & Walt Disney 3D movie. Tapi yg first round la, instead 2 kete je finished at the same line this time around, while in The Cars, ada 3 kete. Well, next time, the race will not be the same. As there will fewer people at pit stop to help, unless u can utilize ur skill and network to help u manage ur performance. It better to developed skills now or never. Especially in language and communication. Believe me, if u can strive the next round, not to finished as the fastest car (just like The Cars movie), but to consider things that will developed u as the fastest car and maintaining for the long years performance, best performance, just press the paddle and enjoy the journey. Gambate ne!

by the way, please check ur blog for moderation, it might restricted for other which dont have any blogspot account to comment ur entri.