Monday, August 24, 2009

Tesuto wa donna tesuto desu ka?


Wah, ketemu kita lagi sekali. Ayat bahasa Jepun diatas bermakna "Bagaimanakah dengan ujian itu?". Lebih kepada persoalan kata sifat atau dalam bahasa Inggerisnya "Adjective". Maklumlah, baru belajar asas bahasa Jepun. Kalau tak diamalkan, susah sikit nak bertambah baik dan cemerlang.


Tapi kali ini bukan hendak berbicara mengenai ujian bahasa Jepun. Cuma menyingkap untuk beberapa hari ini bagaimana hari-hari runsing yang berlalu ditempuhi oleh saya. Walaupun syukur saya berjaya menjawab dengan baik kuiz bahasa Jepun minggu lepas, cuma sedih kemungkinan saya telah tersalah satu jawapan yang diberikan. Aduhai.


Ujian=Test. Saya guna istilah test, lebih sesuai dengan suasana pelajar yang menggunakan istilah ini. Test pertama semester ini adalah dari subjek "Resesarch Methodology". Perangai saya ketika ini seperti biasa, hujung masa baru buka. Akan tetapi, boleh juga menjawab tetapi tidak membuatkan saya merasa puas.


Jika disingkap ketika dulu, saya banyak merungut. "Saya mesti lebih bagus belajar jika mendapat bilik sendirian". Itu sudah dapat, tapi masih agak sukar walaupun keadaan ini adalah sepuluh kali ganda dari rakan saya yang lain yang rajin belajar. Sudah dapat bilik sendiri, terfikir pula "Saya mesti bagus belajar jika dapat meja lengkap dengan kerusi, agar selesa belajar" dan ini sememangya tidak tercapai. Ruang yang kecil, mustahil meja dan kerusi dapat dimuatkan.


Tiba satu hari, Syuk rakan saya mengajak pergi mengulangkaji di tingkat 4, ruangan khas untuk pelajar Kejuruteraan Awam untuk berdiskusi dan mentelaah. Lebih sesuai untuk berdiskusi berbanding belajar sebenarnya kerana lebih banyak masa disana dengan suasana bising. Tetapi bagi saya, mendapat kerusi dan juga meja untuk belajar adalah nikmat yang besar.


Kali ini, kami bersedia untuk test "Site Investigation" yang merupakan subjek teori yang kritikal. Alhamdulillah syukur, dengan tujuh jam bertapa di ruang itu, saya dapat menelaah sebaik mungkin seperti dahulu kala. Sudah lama tidak merasa nikmat ulangkaji ketika itu. Sekali lagi syukur, puas rasanya mengeluarkan apa yang terbuku dikepala ketika menduduki test tersebut.


Tapi untuk test terbaru, sekejap saja saya dapat meluangkan di ruang itu. Tetapi saya masih merasa puas hati dengan soalan diberikan dan juga jawapan yang saya dapat berikan. Tambahan pula, itu adalah subjek ulangan. Hehehe.


Sekarang, sekurang-kurangnya sudah tahu apa yang terbaik untuk diri dan InsyaAllah esok kami mencuba lagi. Kali ini lebih ceria hendaknya kerana Aok juga turut serta. Semoga lebih studi dari lebih boraklah ya rakan-rakan ku. Hehehe.


FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

No comments: