Tuesday, August 18, 2009

Tutuplah mukamu dengan topeng muka sebelum muka kamu ditutupkan



Bahasa sahajalah ya. Jika ada mood nanti saya berbicara bahasa inggeris juga di lain kali. Tapi mungkin saya tercampuradukkan kedua-dua bahasa ini. Tapi abaikan segalanya biar saya dapat sampaikan dengan sepenuh hati.




Maka, sebelum bercuti hujung minggu, saya dijanjikan oleh seorang sahabat untuk diberi topeng muka seperti di atas. saya juga berasa lega kerana mendapat secara percuma. Walaupun sememangnya percuma di klinik, tetapi inisiatif diri untuk pergi mengambil sememangnya tiada.




Ketika cuti, saya pun pulanglah ke rumah, dan tanpa disangka kakak saya juga memberi 2 helai penutup muka untuk saya. Saya berasa lega dan walaupun merasa mungkin agak segan hendak memakainya nanti di kampus. Akan tetapi atas nasihat yang keluar dari mulut beliau "pergi kelas pun pakai ya" membuatkan saya tak endahkan segala fikiran segan itu.




Sebaik pulang, sahabat saya turut memberi saya sehelai daripadanya. Tapi berkata hati kecil, mungkin mereka agak segan hendak memakainya. Tapi ketika hari Isnin untuk kelas makmal, kami bersama-sama hendak memakai. Tidak mengapalah walaupun dua orang saja dari kami yang memakainya walaupun sebenarnya kami bertiga.




Akan tetapi yang benar-benar memakainya hanya saya seorang dan kemudian baru ketika menaiki tangga boleh pula seorang rakan sekelas perempuan saya tergelak melihat kelibat saya. Kali ini saya nekad, "Lantaklah! Aku yang nak pakai, InsyaAllah selamat la juga". Sejurus selepas melihat saya memakai topeng itu, seorang lagi rakan sekelas saya turut memakainya. Mungkin dek kerana kurang sedikit segannya kerana turut ada yang sudah memakai topeng muka tersebut.




Pada kelas tersebut, pensyarah tidak berkata apa-apa. Disangkanya saya dan rakan saya itu demam atau batuk-batuk. Tapi saya membalas "Saya pakai untuk mengelakkan batuk dan demam orang lain dari menjangkiti saya. Bak kata pensyarah Research Methodology, H1N1 tersebar kerana Lack Of Awareness oleh orang ramai". Pensyarah saya ketika itu diam sahaja dan meneruskan pengajaran beliau.




Itu tidak mengapa. Lain pula pagi ini. Saya tidak pula memakainya kerana segan sudah memenuhi satu badan. Tapi saya bawa juga, simpan didalam beg. Sebaik sampai, ingat mahu memakainya. Dek kerana terlalu ramai orang, maka saya simpan saja hasrat itu. Tapi di dalam kelas, rakan saya yang memakainya semalam turut memakai topeng itu untuk kelas hari ini. Terasa segan meninggalkan beliau seorang memakainya untuk hari ini. Kali ini pensyarah N untuk kelas M berkata "Ramainya yang dah pakai topeng, ramai sangat pula demam". Tapi saya mencelah "mereka mempunyai kesedaran yang lebih tinggi dari orang lain, tapi bukanlah bermakna mereka itu sakit". Pensyarah M pun menambah, "sepatutnya yang sakit perlu memakai topeng ni, bukannya orang lain". Disini, saya tarik diri dulu.




Maka saya meneruskan ke kelas H untuk belajar dari pensyarah W. Kali ini saya memakai semula topeng muka tersebut. Harap-harap tidak dijangkiti.Di sini pensyarah W berkata "kamu akan menghadapi test pada minggu depan, saya tak mahu kamu mengambil alasan H1N1 untuk tak dapat hadir. Sekarang ni saya dapat lihat ada di antara kamu yang dah memakai topeng." Jadi pada saya, so what? Dan ada seorang rakan saya asyik menoleh kearah saya melihat kelibat saya memakai topeng tersebut.




Kesimpulannya disini kak, Shah Alam tak sama suasana di Jengka. Mereka masih lagi menjadikan kami sebagai bahan gelak dan pelik. Walaupun pensyarah. Stereotaip mereka untuk memikirkan yang memakai topeng adalah yang berpenyakit. Sedangkan kami bertiga didalam kelas tadi untuk mengelakkan diri dari terkena.




Cuba bayangkan keadaan sudah menjadi kritikal dimana virus telah berevolsi menjadi lebih teruk dan tak dapat dikawal dan merebak dalam masa yang amat cepat. Ketika itu, saya nak sangat berkata "awak nak pinjam ke topeng simpanan saya dalam beg ni sekarang?"




FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

No comments: