Monday, October 26, 2009

Keropok "Papadom"


Tak sesuai rasanya meletak panggilan keropok di belakang papadom. Seolah-olah perkataan papadom itu adalah satu entiti sendiri yang membawa maksud sejenis keropok. Menariknya, papadom ini enak dimakan begitu saja mahupun dimakan bersama nasi.

Lain pula didalam filem. Walaupun jua papadom turut menjadi paparan didalam kisah ini, pada saya istilahnya mungkin lebih kepada Papa Dom dipendekkan dari Papa Saadom. Kisah seorang bapa yang menjaga anak perempuannya dari kecil setelah kematian isterinya. Kerana rasa bersalah, terlalu memberi tumpuan terhadap kerjanya membuka kedai Nasi Kandar akhirnya membawa padah kerana terlupa mengambil anak perempuannya Miasara dari sekolah.

Didalam amarah, isterinya Mun telah menelefon sambil memandu. Ketika itu juga Mun memarahi Saadom yang seringkali meminggirkan hal keluarga dan melebihkan hal bisnes dari segalanya. Ketika itu juga, kelalaian dalam memandu kereta telah membawa maut kepada Mun. Seterusnya dalam keadaan bersalah, Saadom terpaksa mengambil peranan sebagai bapa tunggal.
Kisah yang mudah dan ringkas, tidak perlu berfikir secara mendalam dan anda boleh rileks sambil menonton. Saya rasa susah untuk menilai keseluruhannya cerita ini kerana saya sememangnya mungkin berat sebelah untuk menilaikan kisah ini. Pertama, latar belakang kisah ini kebanyakannya berada di UiTM Shah Alam. Semestinya saya tertarik kerana mengenali segenap kawasan yang dipaparkan didalam cerita ini. Kedua, kisah ini mengutarakan isu perfileman sejajar dengan minat saya walaupun saya tidak mengambil jurusan tersebut. Tertarik dengan isu teras filem, adakah kutipan wang lebih penting ataupun kesenian dan pengertian filem tersebut yang patut diutamakan. Sebenarnya kedua-duanya penting. Jika kutipan tinggi, bermakna perhatian dan sambutan terhadap satu2 filem tersebut juga menonjol.

Agak berbeza kerana apa yang ditaipkan disini berbeza dengan sebuah lagi karangan sebelum kerini. Tetapi kerana terputus talian jadi tulisan sebelum ini tidak dapat direkodkan dengan sebaiknya. Pengajaran dari ini, taiplah dahulu di Mocrosoft Word sebelum hendak post kan ke blog. Nescaya tidak akan lupa dan hilang jika terputus talian.

Kepada anda semua, saksikanlah Papadom untuk santapan kerehatan minda anda tanpa was-was. Tidak akan maki dan anda boleh merehatkan mata dan telinga sambil bergelak tawa. Tidak perlu lagi hendak memaksa diri anda dari gelakkan yang tidak ikhlas. Terimalah Papadom dari Afdlin Syauqi.


FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

No comments: