Saturday, July 16, 2011

Soalan Menguji Lojik: PTD

Sebentar tadi saya berpeluang menghadiri peperiksaan untuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Alhamdulillah, dapat juga pengalaman mencuba untuk menyertai sebaahagian dari kerajaan. Sekadar mencuba, tidak begitu serius. Jika dapat, apa salahnya.

Sememangnya soalan yang diajukan amat mencabar. Untuk bahagian A, kepada sesiapa yang tidak mengikuti langsung perkembangan isu semasa yang berkaitan kerajaan sememangnya tidak dapat menjawab banyak soalan sebentar tadi. Alhamdulillah, kebetulan saya telah melalui pelbagai situasi yang menyebabkan saya perlu datang ke Putrajaya, jadi rezeki untuk dapat beberapa maklumat dan memberikan saya idea untuk menjawab soalan.

Lain pula untuk bahagian B. Bahagian yang khas untuk menguji lojik dan matematik. Soalan matematik tidaklah sesusah mana. Cuma tidak dibenarkan mengguna Kalkulator yang menjadi masalah. Tetapi, soalan lojiknya pada saya amat susah. Memang sungguh dasyat juga soalan menguji lojik. Maknanya, saya ni sukar untuk berfikir secara lojik tambahan pula bila soalan itu kelihatan mengarut. Hahaha. Malang, soalan tidak dibenarkan dibawa keluar. Jika ada, sudah tentu saya ingin berkongsi beberapa soalan yang pelik. Dan juga meminta untuk pembaca turut serta memberikan jawapan masing-masing. Semoga saya mempunyai keupayaan untuk berfikir secara lojik walaupun melalui situasi yang mengarut.

Disini sengaja ingin berkongsi satu soalan lojik yang telah diajukan. Soalan ini berbunyi lebih kurang begini;

"Di dalam EPL, Liverpool menduduki kedudukan teratas liga manakala Arsenal menduduki tempat ke lima. Manakala Manchester City berada di tengah antara kedua pasukan tadi. Jika Everton mempunyai sedikit mata berbanding Manchester City dan Chelsea mempunyai lebih mata dari Everton, siapakah yang menduduki tempat kedua?"

Memandangkan soalan itu dalam bentuk objektif, jadi saya perlulah menjawab Chelsea sebagai jawapan. Jika soalan ini subjektif, sudah tentu saya menjawab "Soalan ini tidak lojik, dimanakah Manchester United? Soalan menguji lojik ini tidak lojik sama sekali kerana Manchester United kalau bukan tempat kedua, mesti juara punya!!!"

LOL.

"229. IF A BUILDER BUILDS A HOUSE FOR SOMEONE, AND DOES NOT CONSTRUCT IT PROPERLY, AND THE HOUSE WHICH HE BUILT FALLS IN AND KILLS IT OWNER, THEN THE BUILDER SHALL BE PUT TO DEATH" – Hammurabi's Code Of Laws –

5 comments:

wan mohd basyir said...

terbaik la soklan tu...hahaha..
mungkin pembuiat soalan ni bukan penyokong MU..haha

usop_zali said...

aku rasa org yg buat soalan ni safiq rahim kot...atau pun john obi mikel...hehe..

Anonymous said...

CHELSEA!!!

nurain said...

hi adli :)

ptd triggers u? kudos!
being in th gov. is an eye opener as opposed to those cliche tags by th dingbats. well at least, engineers work their ass off man! keep writing, and i pray that you're succeed in your battle to combat th daft cigs. keep on writing as someone is reading :)

Aderi Aryasu said...

Basyeer;

memang terbaik. Nape la tak letak Arsenal 1st.. haha...

Usop_zali;

mungkin la SPA da panggil safiq rahim masuk govt. Tp mikel tu agak x lojik. haha

Nurain;

Hi Nurain :)
Thanx for visiting my blog. Yeah, well just an opportunity that i shouldn't miss. Many people says that if this opportunity came, one shouldn't ignore it.

hurm, well i'll try to keep writing but at the mean time, I can't. Nevertheless, i still love to write and read others' writings.

thanx a lot for your encouragement.