Thursday, January 7, 2010

Sekolah Tinggi? Memang Tinggi!


Salam sejahtera. Walaupun pelbagai isu dan peristiwa berlaku didalam masyarakat dunia umumnya dan juga masyarakat Malaysia khususnya, namun saya tetap tidak membahaskan sebarang perkara sekalipun. Ini bukan bermakna saya tidak berminat atau tidak mengambil tahu. Cuma saya sedang bekerja keras memahami apa yang berlaku dan apakah penyebab dan musabab terhadap sesuatu isu tersebut. Mungkin suatu hari nanti jika berkesempatan, dapatlah juga saya menukilkan sedikit sebanyak penulisan yang berkaitan.



Namun begitu, untuk entri kali ini saya terfikir untuk menulis mengenai sekolah saya juga sebelum Sambest. Saya merasakan tidak adil pada saya jika tidak menulis mengenainya. Namun matlamatnya masih sama, untuk merekodkan ingatan dan juga memori untuk diri saya juga kerana sudah banyak hal yang hilang justeru ingin saya tekapkan pada blog untuk tatapan diri saya kelak.

Sebuah sekolah yang saya tidak langsung mengetahui kewujudannya sebelum mendaftar masuk, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baru(SAMTKKB) sememangnya amat jauh dari rumah di Kuala Lumpur. Namun takdir sudah mencatatkan saya bersekolah disana untuk tempoh tiga tahun yang menarik dan pelbagai ranjau duri yang dilalui. Pada saya sekolah inilah telah membentuk jati diri dan ketahanan diri ketika diri melalui perubahan dari zaman keanak-anakan memasuki zaman remaja.

Sebaik mendaftar sewaktu di tingkatan satu, kami melalui sesi orientasi yang pada saya agak memeritkan. Ketika itu saya langsung tidak mengerti apakah maksudnya untuk program sebegini yang pada saya agak melampau. Namun segalanya nampak amat berguna kerana ianya memberi kesan yang mendalam sehingga mencapai kedalam lubuk hati untuk merubah tekad diri dan ketahanan diri dari dalam. Seperit-perit aktiviti dan tekanan dilalui mengajar erti kanak-kanak untuk menginjak masuk kea lam remaja dan juga ke dalam asrama untuk belajar cara survival diri.

Pada saya suasana di sana amat Islamik lebih dari Sambest kerana ianya menyuburkan sinar Islam dalam anak-anak yang bersekolah disana. Dengan penekanan yang amat tinggi terhadap penggunaan Bahasa Arab, tidak hairanlah yang saya bermula dengan ilmu bahasa Arab yang teramat sedikit mampu mencapai keputusan A untuk subjek Bahasa Arab Komunikasi di dalam PMR. Namun saya tidak pasti manakah salah silapnya. Apa yang saya ungkapkan begini adalah kerana pelajar disana menjadi tiga jenis. Pertama golongan yang menjadi samada dari segi akademik mahupun agama ataupun kedua-duanya sekali. Mereka ini kebiasaannya akan menjadi pemimpin di sekolah itu juga dan ramai antara mereka berjaya mematuhi arahan dan mendisiplinkan diri. Golongan kedua, malangnya mereka gagal dalam pelbagai aspek tidak pasti samada disebabkan tekanan disiplin yang tinggi ataupun masalah dalaman dalam diri masing-masing. Antara contoh yang masih diingati, ada rakan sebilik yang ditahan dilokap kerana mengikuti konsert. Disebabkan terlalu lewat, dia mengikuti rakan-rakan ke tempat lain dan tidur di satu kawasan. Sedar bangun dari tidur sudah ada polis menanti lalu membawa mereka ke lokap. Atas peristiwa ini, kawan saya ini terlepas tiga hari peperiksaan pertengahan tahun. Memang mengejutkan pada saya untuk perkara ini berlaku pada seorang peljar sekolah agama. Golongan ketiga pula pada saya duduk di pertengahan antara kedua golongan yang diatas tadi. Mereka ini samada mudah terjebak ke golongan kedua ataupun cuba berusaha untuk bersama-sama berjuang dengan golongan pertama.

Antara lain, saya masih mengingati satu pertandingan yang dianjurkan oleh abang-abang tingkatan enam ketika itu dalam acara berceramah. Ketika itu seingat saya, memang langsung tidak berani hendak berkata-kata dihadapan orang ramai. Namun atas desakan senior satu bilik menyuruh saya mewakili mereka, Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan saya peluang dan keberanian untuk menyampaikan ceramah ringkas tersebut. Sejak dari hari itu, saya tidak lagi memiliki segan yang melampau untuk berbicara dihadapan orang ramai. Dan juga terus berkembang ketika di Sambestari yang memiliki persaingan tinggi untuk merebut peluang. Akhirnya saya berjaya juga menjadi pengerusi forum didalam pertandingan forum dalam Amal Islami sehingga berjaya mewakili zon ke peringkat negeri. Jika tidak kerana perkara ini, mungkin saya langsung tidak tahu untuk meyakinkan diri ketika pembentangan di universiti ketika ini.



Maafkanlah saya. Mungkin agak keterlaluan jika saya nyatakan disini lulusan dari kkb mungkin tidak seharum di sambest. Maklumlah, yang terbaik sudah dihantar ke sambest, maka yang tinggal saja yang masih berjuang di sekolah bukit ini. Namun disinilah platform dimana pelajar yang berhasrat untuk menyambung dalam jurusan agama di Universiti Al-Azhar. Mereka perlulah mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan lulus dengan cemerlang untuk dibawa melanjutkan pelajaran di Mesir sana. Antara rakan saya yang kini sedang menuntut di Mesir adalah Yasir Zanil dan juga Wan Zaim Sapiansori. Ketika bertemu kembali dengan Zaim, seolah-olah terlihat kelibat watak Aidil dari kisah Nur Kasih.

Ingin saya ungkapkan dari rakan saya yang turut bersekolah disana berkata “Kalau aku tak sekolah kat KKB, aku mungkin dah tak jadi manusia sekarang ni”. Sampai tahap itu bagi beliau makna sekolah ini padanya. Namun bagi saya, semuanya sudah ditakdirkan Allah untuk setiap sesuatu yang berlaku. Di kesempatan ini ingin sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ustaz/ustazah dan guru-guru yang mengajar saya disekolah itu. Semoga Allah merahmati kalian semua. Allahumaghfirlil muslimina wal muslimat, walmukminina wal muknimat, walmu’allimina walmu’allimat, alahyati minhum wal amwat, birohmatika ya Arhamarrohimin. Amin ya Rabbal ‘Alamin.


FEAR IS THE PATH TO THE DARK SIDE. FEAR LEADS TO ANGER. ANGER LEADS TO HATE. HATE... LEADS TO SUFFERING.
- Master Yoda -

No comments: