Saturday, October 16, 2010

PTA 2: Impaknya

Khabar angin mengenai puaka untuk membuat thesis memang sentiasa terngiang-ngiang di minda. Dek kerana telah ramai yang lebih berpengalaman bercerita mengenainya, maka terpanggil untuk menilai segalanya dari perspektif sendiri. Hampir setahun telah berlalu sejak dari usaha mencari penyelia lagi dan kini, pada hari ini segala sampel-sampel telah pun dibuang ke dalam tong sampah, menandakan tamatnya kajian kami untuk Ijazah Sarjana Muda.

Kisah mengenai kesan dan impak PTA ini memang luas. Ketika detik-detik terakhir untuk menyiapkan kajian, ramai yang jatuh sakit. Pelik juga. Saya pun bertanya pada rakan “Aik, kau demam? Kenapa?”. Rozaiman yang menemani untuk makan tengahari pun menjawab “Malam tadi aku tak tidur. Nak taip report bukan senang”. Saya hanya mengangguk saja. Sedangkan keesokan hari adalah hari terakhir untuk menghantar report tersebut. Lantas pada malam itu, saya pun tidak tidur dan jatuh sakit seperti Rozaiman.

Masuk pula cerita alat elektronik ataupun komputer, ini lebih mendatangkan masalah. Berapa ramai komputer riba mereka tiba-tiba jatuh sakit, tidak mahu menyala ketika tinggal 2, 3 hari lagi tarikh akhir. Kasihan Daud, M. Nur dan rakan-rakan yang lain yang terkena perkara sama. Nasib baik Daud berjaya mencapai semula data-data yang penting termasuk rekabentuk poster dan juga report. Saya pula, sebulan sebelum tarikh hantar pun sudah terkena perkara yang sama. Komputer meragam dan sebaik pulang beraya ianya terus merajuk tidak mahu hidup. Printer apatah lagi. Sudahlah baru saja mengeluarkan duit untuk membaiki, namun masih tetap rosak ketika saat-saat getir sebegini.

Alhamdulillah, mungkin aturan Allah merencanakan segalanya untuk kemudahan. Terdetik untuk meminjam netbook kakak dan beliau benarkan. Walaupun telah menyusahkan dia, ingin sekali mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana tanpa netbook kecil ini sudah tentu mati akal memikirkan bagaimana untuk menyiapkan segalanya dari IDP, FYP, Bisnes dan lain-lain lagi. Desktop pun kini bertabur dengan pelbagai fail yang bersepah tak teratur. Kebiasaan untuk menyiapkan kerja. Kadang-kadang tu, susah juga nak mencari semula fail yang diperlukan. Tidak ingat dimana diletakkan di dalam komputer ini. Telefon bimbit yang digunakan untuk menangkap gambar kerja-kerja juga turut meragam. Tak semena-mena. Sudahlah niat membeli telefon tersebut untuk merakam segala kerja. Alhamdulillah juga, segala yang penting sudah dapat direkodkan. Dapat juga diletakkan sebagai lampiran.

Tapi, memang pelik. Apa yang digambarkan oleh orang-orang terdahulu masih sama dan dirasai oleh saya. Cuma saya dapat lihat dan nilaikan antara kisah-kisah rakan lain dan dikumpul di dalam memori minda. Memang ganas juga penangannya. Sebab tiada perkara yang mudah dan senang di dunia ini. Segalanya adalah ujian, cabaran dan dugaan dalam menempuh hidup di dunia. Nasihat untuk mereka yang baru bermula atau pun sedang dalam kajian, rancanglah segalanya dengan pelan bantuan kedua yang cukup ampuh untuk dilaksanakan. Kerana perkara utama yang dirancang tak semestinya menjadi.
"IF OUR COUNTRY WORTH DYING FOR IN TIME OF WAR LET US RESOLVE THAT IT IS TRULY WORTH LIVING FOR IN TIME OF PEACE" – Hamilton Fish –

2 comments:

Anonymous said...

emm...psl nset tu,, rs mcm menyumbang pd kerosakan...huhu..sori...

Aderi Aryasu said...

em, x pe la.. dh enset tu nk rosak.. takdir dh tentukn.. bkn slh sape2 pun.. slh diri sndiri jgk yg x jg leklok..