Integrated Design Project atau singkatannya IDP dan di dalam bahasa Melayunya 'Projek Reka Bentuk Bersepadu' memang gah dengan namanya yang menarik. Sudah tentu terlihat saja perkataan-perkataan ini, sekali imbas sudah membayangkan betapa besarnya perkara ini. Setidak-tidaknya ianya besar untuk kami, pelajar kejuruteraan awam. Secara ringkas, didalam satu minggu akan ada satu hari, dalam kes kami hari Selasa diperuntukkan untuk IDP ini. Sedang hari lain mempunyai kelas untuk subjek pelajaran seperti Kejuruteraan Batuan ataupun Perniagaan Untuk Jurutera, sehari suntuk Selasa akan diperuntukkan untuk kami berkampung seharian di dalam bilik IDP.
Pada asalnya saya memang tertarik dengan IDP kerana dapat merasa bagaimana keadaan seolah-olah kami bekerja walaupun ianya hanya latihan. Ya, IDP adalah ruang untuk kami berlatih untuk bekerja kelak di firma-firma perunding (consultants), bukan untuk kontraktor. Di kelas ini, kami di meja petak berlima berhempas-pulas mereka bentuk bangunan. Dengar-dengar semester lepas hanya membina sebuah masjid yang beberapa tingkat tetapi agak luas kawasannya dan untuk kami, sebuah bangunan asrama berbentuk 'L' dan mempunyai lapan tingkat termasuk lobby, parkir dan juga tingkat tangki air.
Segala aspek perlu diambil kira, dari beam, column, slab, pile cap, trusses, retaining wall dan shear wall. Betul tulisan sebuah artikel yang pernah dibaca, kejuruteraan awam antara kerja yang tekanan tetapi dapat diedarkan tekanan itu kepada rakan-rakan sejawat yang lain. Jadi kami berlima mendapat tugasan yang telah diagihkan daripada Ketua iaitu Aok dan kami melaksanakannya. 14 minggu diperuntukkan tetapi bagi kami dikurangkan 1 minggu kerana kelas ditangguh seminggu. Sedang kelas lain sudah menyelesaikan aturan pertama, kami masih lagi terkial-kial menyediakan key-plan.
Tidak mengapalah mengenai cerita 14 minggu itu, tapi cerita yang perit adalah dua tiga hari sebelum tarikh penghantaran IDP ini iaitu pada 19 Oktober lepas. Malang buat kami kerana ada ujian pada hari berikutnya, 20 hb. Memang malang juga kerana hari sebelumnya kami ada presentation business. Mahu tidak mahu, IDP diutamakan. Segala kerja-kerja dilangsaikan dalam masa 2,3 hari tersebut. Tidur pun menjadi tunggang langgang. 40 minit paling maksimum yang dibenarkan. Itupun tidur yang tidak disengajakan.
Kami berlima bergabung tenaga di ruang tamu rumah. Terpaksa mengganggu rakan yang menggunakan ruang tamu sebagai bilik tidur. Lebih ramai lagi kumpulan lain sebenarnya berkampung di dalam fakulti. Kisah mereka lebih kurang sama. Segalanya dipulun sehingga siap. Terjumpa rakan di kedai mamak ketika berehat sebentar pukul 4 pagi sudah tidak menghairankan. Baik lelaki mahupun perempuan. Ada juga hampir terjatuh tersadung kerana tidak stabil. Tidak cukup tidur agaknya.
Segala permasalahan di atur untuk diselesaikan. Pelbagai cerita kontroversi timbul kerana melibatkan pelbagai ragam manusia dalam satu kerja. Baik dari mereka bentuk secara manual, Esteem, detailings, dan juga hendak print A1 pun boleh menegangkan keadaan. Malang buat saya, netbook yang tiada anti-virus telah dihinggapi virus shortcut. Kononnya tidak mengganggu sistem namun tidak pada netbook kakak ini. Segalanya menjadi perlahan. Segala kerja terpaksa diteruskan dengan sabar dalam keadaan yang tertekan. Masa hendak dikejar, laporan masih jauh hendak disiapkan. Namun segalanya dapat diteruskan jua akhirnya. Dan netbook ini pun sudah sihat kembali selepas dihantar ke kedai.
Ruang untuk menyiapkan kerja-kerja menjadi terlalu bersepah. Memang keadaan yang menggambarkan tekanan yang amat sangat. Kepala di dahi memikirkan masalah struktur dan juga harga setiap aspek bangunan tersebut. Pada saya yang menjaga sebahagian hal infra, tidak merumitkan sangat. Namun segalanya perlu disiapkan juga. Setelah mata lebam dan juga tangan dan kaki mengigil, detik azan Zohor pada 19 hb tersebut, kami sudah mula mencetak report dari helaian pertama dan cetakan berakhir pada 3 petang. Untuk mencetak saja sudah mengambil masa yang panjang. Dua buah fail tebal, sebuah buku log dan juga sebuah report untuk capstone telah tersedia untuk dihantar ke fakulti. Dan akhirnya detik 3.50 petang, kami kumpulan pertama meletakkan fail-fail tersebut diatas lantai di hadapan bilik pensyarah kami menandakan tamatnya derita fasa pertama IDP ini. Akan tetapi, fasa kedua pada 13 hb November ini sedang menanti dengan girang untuk kami persembahkan hasil kerja kami kepada panel luar. Pendek kata, semua jadi mereng, tak betul, untuk sementara waktu saja ketika cuba menyiapkan IDP ini. Pendek kata, IDP pun dahsyat juga sama dengan FYP.
Orang kata, IDP = Idup Dalam Penderitaan, Ini Dunia Penipuan, Ingin Daku Pengsan, ataupun It's D Pain.
*beam - alang
*column - tiang
*slab - lapisan konkrit untuk tingkat (lantai, tetapi perkatan ini tak sesuai untuk menggambarkan lantai)
*pile cap - alas cerucuk
*trusses - batang yang bersilang-silang, biasanya nak tampung atap
*retaining wall - dinding penahan (cerun curam)
*shear wall - dinding yang menggunakan konkrit
"IF OUR COUNTRY WORTH DYING FOR IN TIME OF WAR LET US RESOLVE THAT IT IS TRULY WORTH LIVING FOR IN TIME OF PEACE" – Hamilton Fish –
7 comments:
wah. ayat2mu sgt kejuruteraan! hahahah. aq tgk gmbr2 tu pun stress dow hahah
ha3... aq x reti nk translate jd BM.. sbb term2 tu akn jadi kelakar... contoh, beam=alang... ha3
pergh, tensen2.. tp stiap org ade zmn2 tensen msing2.. he3
noaah i dun mean it. (it was a compliment laa hehe)
better xyah tukar weh. pelik nti. mdc pn same klu tukar jd klaka. hehe.
cntohnye PR (per-rectal examination) = pemeriksaan 'sekitar' rektum. Loolllsss
@adli...perghhhh!!!mmg begitu menusuk kalbu bayangan suasana tekanan mu itu...dapt kugambarkan segalanya...turut terasa keperitan itu...semoga dikau terus tabah menghadapi ujian...inilah kehidupan...
@ndea...adli umpama seorang sasterawan dalam kejuruteraan...bagai mutira dikalangan kaca...pe lg term2 medik yg best??hehe...
eleh, syir.. mmg la ko rase, ko pun kne buat jgk.. ha3...
ko nk tau term medic len? p la bkk blog dye jgk...
pergh.. adli mmg seorg yg hebat..
slalu tidur lewat utk mnyiapkan tugasan yg diberikan..
lg rajin dan baik hati.. hehe=)
i don't know about the other so called 'anonymous', but for sure it is not Mr. Basyir. But, enough is enough. Please do comment something which is related with the entry.
Post a Comment