Wednesday, March 28, 2012

Waktu Malaysia





"Ramai juga yang TIDAK TAHU mengenai PERISTIWA BERSEJARAH DUNIA yang dicipta oleh TUN DR MAHATHIR sendiri . Iaitu "mencuri" masa manusia dengan mempercepatkan waktu 30 minit di Semenanjung Malaysia untuk disamakan dengan Sabah dan Sarawak pada 11.30pm , 31 Disember 1981 . 

Peristiwa ini disaksikan jutaan manusia di televisyen apabila jam di Banggunan Sultan Abdul Samad "dipusingkan" setengah jam ! Saya fikir , belum ada orang di dunia ini mampu mengubah waktu melainkan beliau dan ianya mengejutkan dunia !!!

TAHUKAH ANDA ? Kerana tindakan Tun Dr Mahathir itu juga ...

1. Lee Kuan Yew di Singapura pun panik dan arahkan pegawai2nya buat kajian dalam tempoh 24 jam, sama ada mahu ikut Malaysia atau biarkan sahaja. Last-last Singapura kena ikut kita. Banyak kerugian Singapura kalu dia tak ikut.

2. Alasan yang Tun bagi ketika buat keputusan untuk mempercepatkan masa di Semenanjung adalah untuk beri lebih banyak masa siang untuk orang di Semanjung. Ini bermakna masa siang orang di Semanjung sekarang lebih panjang berbanding di Malaysia Timur. Oleh itu bolehlah mereka mempunyai banyak berriadah dengan masa siang yang panjang itu. Berriadah pun boleh bantu orang di Semanjung jadi panjang umur.

3. Sebelum itu, kita lewat 30 minit dari Jepun. Tapi bila Tun cepatkan waktu, kita sama waktu dengan jepun sekarang. 

4. Dulu Indonesia dan Thailand hanya 30 minit lewat dari kita, tapi sekarang mereka lewat 1 jam lah pulak. Dua negara ini sudah tinggalkan kita agak jauh sebelum itu. Bila Tun memerintah Malaysia dan cepatkan waktu, kita dapat potong mereka dan di zaman Tun M, Indonesia dan Thailand perlahan2 ketinggalan dari kita. 
HEBAT KAN IDEA TUN M ?"


Ayat-ayat ini telah dipetik dari fanpage "Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad".

Terima kasih di atas statement di atas yang menyebabkan saya mengkaji dan membaca sedikit sebanyak mengenai peristiwa ini. Saya sedia maklum mengenai ini sejak dari sekolah rendah jika tidak silap. Sejak arwah ayah masih ada lagi.

Mengenai statement "belum ada orang di dunia ini mampu mengubah waktu melainkan beliau dan ianya mengejutkan dunia" adalah kurang tepat. Ini kerana di negara yang mempunyai empat musim seringkali mengubah jam mereka sama ada 1 jam cepat atau 1 jam lambat apabila 'Daylight Saving Time' diimplementasikan. Jika tak percaya, sila tanya kepada Miss Nur yang pernah study di UK dan New Zealand. ;p

Namun, Daylight Saving Time itu berbeza kerana dua kali pertukaran dilaksanakan dalam masa setahun. Jadi tiada sebarang perubahan masa ketara kerana 1 jam diawalkan dan 1 jam dilewatkan dalam masa setahun dan diulang-ulang pada tahun seterusnya membuatkan ianya seimbang sedangkan tindakan Tun Dr Mahathir telah secara tetap mempercepatkan waktu Semenanjung Malaysia.

Saya lahir setelah jam semenanjung dicepatkan. Jadi saya tiada rasa 'apa yang tak kenanya?'. Betul, tanyalah kami yang lahir setelah tahun 1981 ataupun tanyalah mereka yang lahir tahun dalam lingkungan 1970-an kerana ketika perubahan jam ini mereka masih kanak-kanak ataupun remaja. Pada kami, normallah matahari terbit dalam lingkungan pukul 7 pagi dan terbenam juga dalam lingkungan 7 - 7.30 malam. Ya, Malaysia terletak berhampiran garisan khatulistiwa jadi 12 jam cahaya dan 12 jam gelap adalah normal.

Pernah isu ini dibincangkan bersama abang jika tidak silap dan kebetulan ayah ada diruang tamu. Saya ketika itu masih tidak sedar bahawa sebenarnya waktu di semenanjung ini adalah pelik! Ya, pelik. Sekurang-kurangnya ianya pelik bagi orang dari luar. Nanti saya ceritakan. Sedang kami berbicara isu jam dan waktu, saya tidak ingat apakah isu itu, tetapi keluar dari mulut ayah yang menyatakan "ini jam Mahathir" membawa maksud jam yang digunapakai sekarang ini adalah 'Jam Mahathir'.

Bagaimana isu ini timbul dalam benak permikiran saya? Kisahnya bermula apabila ketika kecil, sewaktu mula belajar berpuasa, seringkali disiarkan di televisyen menayangkan waktu berbuka puasa. Ketika itu saya rasa tidak adil, kenapa kawasan di Lahad Datu, Sabah berbuka puasa sekitar jam 6 petang, sedangkan di Kuala Lumpur perlu berbuka dalam waktu 7.20 petang? Sedang kami berlapar ketika pukul 6 petang dan membayangkan makanan untuk berbuka nanti, rakan sebaya kami di Lahad Datu telah pun enak menjamah juadah berbuka puasa mereka. Ini tidak adil!

Namun, apabila malam menjelma setelah selesai menunaikan solat tarawih, sering juga tidur lewat malam. Jadi sekitar sebelum jam 12.00 tengah malam, disiarkan pula di kaca televisyen waktu imsak untuk seluruh Malaysia. Ketika itulah saya sedar, sedang kami menjamu untuk sahur ketika jam 5.00 pagi, sahabat kita di Lahad Datu telahpun mula menahan lapar dan dahaga sejam yang lepas, pukul 4.00 pagi. Jadi, sebenarnya adillah waktu yang Allah S.W.T. berikan dalam konteks negara Malaysia.

Disini, saya sedar walaupun jam tangan saya dan jam tangan sahabat di Lahad Datu berdetik pada jam, minit dan saat yang sama, tapi kecondongan matahari dan bulan tidak sama. Ketika itu, saya hanya beranggapan bahawa penyeragaman waktu antara Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak adalah untuk memudahkan urusan rasmi antara kedua-belah pihak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan ini.

Rakan-rakan semenanjung akan terasa pening dengan waktu solat jika baru berhijrah ke Sarawak, apatah lagi Sabah yang lebih ke arah timur dari segi geografinya. Sedang anda rasa masih banyak lagi waktu untuk menunaikan Asar ketika melihat jam baru pukul 5.45 petang, tapi anda perlu tahu Maghrib pula akan tiba waktunya sekitar jam 6.00 petang. Oh! Pening-pening.

Pada hemat saya, jika dibandingkan dengan dengan negara-negara lain yang mempunyai waktu dan jam yang normal, di negara kita bolehlah diwakilkan kepada negeri Sabah. Jika anda tinggal disana, itulah waktu sebenarnya yang normal. Subuh di Sabah lebih kurang pukul 4.00 pagi begitu juga di Madinah ketika saya membuat umrah dahulu. Namun memandangkan Madinah terletak agak jauh dari garisan khatulistiwa, jadi perbezaan waktu solat boleh jadi agak ketara di dalam satu tahun.

Ya, itulah sahabat-sahabat, kita di semenanjung sedang mengalami kehidupan dengan urutan jam yang pelik sebenarnya. Cuba bayangkan. Maghrib masuk dalam pukul 7.00 petang. Jadi dari 7.00 petang ke 12.00 tengah malam adalah 5 jam. Okay, sebaik melintasi jam 12.00 tengah malam, kita akan memulakan tarikh baru, iaitu hari seterusnya. Betulkan? Jadi, untuk waktu syuruk adalah dalam pukul 7.00 pagi. Ya, betul. Logiklah pukul 7.00 pagi terbit matahari dan juga pukul 7.00 malam juga terbenam matahari. Dua angka yang sama iaitu tujuh (7).

Tapi kawan-kawan, dalam satu hari kita ada 24 jam. 24 jam dibahagi dengan dua adalah 12. Ingat, 12 dan bukannya 10. Jadi untuk angka tujuh bertemu angka tujuh yang lagi satu adalah pelik sebenarnya. Tadi saya sudah kira bukan, dari pukul 7 petang ke 12 tengah malam adalah 5 jam. Cuba kira pula dari pukul 12 tengah malam sehingga terbit matahari, ada berapa jam? Cuba kira dengan jari. 12 tengah malam boleh dikatakan 0000 hours dan 7 pagi pula adalah 0700 hours. Jadi jawapannya adalah 7 jam. Ya, betul!

Boleh dilihat disini bahawa agak aneh dengan wujudnya 7 jam bergelap sebelum siang dan 5 jam bergelap selepas siang adalah tidak seimbang bukan? Maafkan saya jika anda membaca ini dari negara yang mempunyai empat musim. Kerana Malaysia yang hampir dengan garisan khatulistiwa sepatutnya boleh mengimbangkan waktu secantik mungkin untuk nampak seimbang. Ya, disitulah antara kepelikan yang terlihat oleh saya dan mungkin disebabkan itulah jam ini nampak istimewa/lain dan dipanggil 'Jam Mahathir' oleh ayah saya.

Namun, anda mesti berkata 'Who cares?". Hahaha. Ya, betullah tu. Tiada apa pun jika kita sudah pun terbiasa dengan waktu ini. Dan kelebihan dicepatkan jam ini tidak dapat lagi saya pastikan dengan ketara namun bolehlah merujuk quote yang saya paste di atas ye.

By the way, fakta no.3 itu saya ingin betulkan. Malaysia masih tidak sama waktu dengan Tokyo (Jepun) sebenarnya namun Malaysia sama waktu dengan Hong Kong, China dan juga Perth, Australia.



"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

8 comments:

ASaL said...

keliru di sini. kenapa disebut 5 jam sebelum siang dan 7 jam selepas siang. bukankah sepatutnya ditulis sebagai bergelap 5 jam sebelum 12 malam dan 7 jam gelap selepas jam 12 malam.

maksudnya sekarang Tun memang telah mempercepatkan jam secara fizikal?

Wow. ini sangat hebat.
dan menguatkan teori, masa cumalah persepsi manusia. kalau tiada jam kita tidak akan di 'define' oleh masa.

Contoh manusia di 'define' oleh masa seperti berikut: Sarapan jam 9, makan tengahari jam 12 dsb.

Sebelum ini masa manusia di 'define' dengan perubahan kosmik. contoh, subuh sebelum fajar, zohor selepas matahari gelincir, dsb.

Manusia sebelum ini dekat dengan alam, dengan itu lebih dekat dengan Pencipta Alam.

Sekarang manusia lebih dekat pada jam, bukan pada alam dan PenciptaNya.

Aderi Aryasu said...

Keliru? tak mengapa. Cuba lihat kembali ayat di dalam entri tersebut. Ayat yang kakju salin dan lampir agak tidak kena.

Ya, dipercepatkan dari kebiasaan umat manusia yang lain.

ya, saya setuju. dan dengan komen kakju menambahkan kesedaran saya lebih lagi. Manusia dahulu ditetapkan masa melihat alam, kini melihat jam.

ASaL said...

This kind of enlightened need lecture :p, when we read it quite confusing.
This is geographical matter right and time zone, owh, you know my capability on this.

Aderi Aryasu said...

Owh, I'm sorry. I don't have ability to explain any clearer than this. It just a conceptual. And sorry, I understand your capability on geography and time zone issue. But if you want some enlightment, we can discuss with it later, insyaAllah.

Unknown said...

Tapi, david bekham xkan dapat skil2 tu juga kalau bukan Tuhan yang beri izin dia menguasai skill2 hebat meskipun dia praktis berjuta kali...hehe...GGMU

Unknown said...

Tapi, david bekham xkan dapat skil2 tu juga kalau bukan Tuhan yang beri izin dia menguasai skill2 hebat meskipun dia praktis berjuta kali...hehe...GGMU

Anonymous said...

Saya orang Indonesia (Bandung) tp rasa lebih comfortable dgn zon waktu Malaysia..prefer later sunrise and sunset..xD

Anonymous said...

i mean waktu Msia semenanjung (KL dan persekitaran)