Thursday, April 29, 2010

Pemergian

Debob knew




Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Itulah hakikat sebenar kehidupan. Dan itu juga yang baru dihadapi ibu saudara saya. Selepas mengalami penyakit misteri berlanjutan hingga 4 bulan, akhirnya dia menturuti takdir ketentuan Ilahi. Tiada apa yang dapat menghalangnya dari berlaku. Ketentuan Tuhan akan tetap berlaku.

Beliau yang memang disenangi saudara-saudara lain sememangnya disukai ramai. Walau hakikat sebenar beliau hanyalah sepupu pada ibu, namun terasa lebih dekat dari itu. Wajah beliaulah yang dilihat tiap kali Raya dan pulang ke kampung. Kini Raya tidak akan lagi mempunyai wajah yang sama.

Teringat pula kali kedua terakhir menjenguk beliau, walaupun ketika itu masih cuba melawan penyakit beliau. Dapatlah juga bertegur sapa. Sedang asyik melayan Debob, si kucing kelabu dan terasa ingin mengambil gambar kucing ini. Sebaik memegang kamera hendak menekan butang tiba-tiba dia menegur ‘Jangan ambil gambar kucing mak cik, nanti dia mati’. Terkejut sebentar walaupun memang sudah kedengaran mitos sebegitu. Mungkin disebabkan saya yang buat muka terkejut, maka dilegakan kembali ‘Tak mengapalah, gurau saja’. Tanpa disangka, yang pergi dahulu adalah mak cik dan bukannya Debob.

Namun segala-galanya memang telah berlaku. Walaupun berkesempatan menziarahi beliau ketika sakit, sememangnya sedih melihat keadaan itu. Dapat juga beliau menyebut nama saya walaupun agak perlahan. Dapat mengecam melalui pergerakan mulut sahaja. Tidak mengapalah, Allah lebih menyayangi beliau. Supaya deritanya dari kesakitan dapat dihentikan. Semoga Ruh mak cik dilimpahi rahmat. Tinggal yang masih hidup mengambil iktibar dari segala yang berlaku. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Al-fatihah.



THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-

No comments: