Wednesday, April 14, 2010

Tekad Hati


Walaupun berada dalam keadaan keliru, tidak pasti, ragu-ragu dan tak meyakinkan, tapi lawatan aku ke blog dan entri ini telah membuatkan aku cuba nekad dengan keputusan. Cuba membuat keputusan bersandarkan pendapat dan pandangan orang lain. Cuba berfikiran sama dengan mereka yang lebih dewasa. Almaklum, mereka telah banyak melalui perit getir kehidupan. Dan pada mereka satu kesilapan, pengajaran pada yang lain bagi mereka yang mahu berfikir.

Cuba berfikir untuk masa depan. Walaupun masa depan itu ketentuan Tuhan, namun sebagai hamba perlulah seadanya untuk berusaha kearah yang dirancang. Bak kata orang, gagal untuk merancang bermakna merancang untuk gagal.

Tekad hati, mahu teruskan setakat mana Tuhan telah tentukan. InsyaAllah. Bantulah aku, permudahkanlah laluan ku dan realisasikanlah impian ku Ya Allah. Amin ya Rabbal ‘alamin.


THE STRUGGLE TO SAVE THE GLOBAL ENVIRONMENT IS IN ONE WAY MUCH MORE DIFFICULT THAN THE STRUGGLE TO VANQUISH HITLER, FOR THIS TIME THE WAR IS WITH OURSELVES. WE ARE THE ENEMY, JUST AS WE HAVE ONLY OURSELVES AS ALLIES -Al Gore-