Wednesday, September 21, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 2


Prakata

Kebanyakan masa yang bermain FM secara LAN ini adalah Iley, Hamiz, Aku dan juga Apis. Kami semua sentiasa bersaing dan paling menarik bila antara kami bertembung antara satu sama lain di dalam permainan. Jadi aku cuba perkenalkan mereka-mereka yang terlibat ketika FM LAN ini dilangsungkan.


Iley:      Pemain FM yang hebat pada aku. Dia telah mula mengubah segala staf teknikal dan juga jurulatih untuk pasukan beliau. Dia juga pandai untuk menaikkan prestasi dan juga kehebatan pemain-pemain muda walaupun pemain itu tidak begitu menjanjikan seperti Bojan Krkic dan juga Akinfeev ketika itu. Pasukan yang dikawal oleh dia adalah Manchester United FC. Dia lah pelopor dalam ikhtiar untuk bermain FM secara berjemaah.


Hamis:  Seorang yang low-profile dan mempunyai rahsia dan ramuan tersendiri dalam menguruskan pasukannya. Biasanya cepat mendapatkan khidmat pemain-pemain muda yang bakal menyinar di masa depan seperti Bojan Krkic. Walaupun dalam diam, dia dapat menguruskan pasukannya dengan baik dan antara pesaing terdekat Iley dalam FM LAN ini. Pasukan yang dikawalnya adalah Arsenal FC.


Apis:    Apis pula adalah seorang pemain yang konsisten. Walaupun boleh dikatakan masih di dalam era belajar bermain FM tapi dia boleh dikatakan antara pengurus yang bagus. Menguruskan Chelsea FC adalah suatu yang advantage padanya (Chelsea didunia betul ketika itu diuruskan oleh Jose Mourinho) boleh dikatakan invincible. Beliau mewarisi Chelsea yang dimulakan oleh Daud kerana Daud tidak lagi berminat untuk turut bermain sama.


Aku:     Sayur… Ok la, aku pemain yang cap ayam. Tak hebat langsung. Minat Manchester United sebenarnya tapi dah diambil oleh Iley. Pada awalnya aku ambil Newcastle United tapi susah untuk menghampiri tahap mereka yang lain jadi aku pencenkan diri dan buat diri aku satu lagi dan menguruskan Liverpool FC. Style aku, cepat-cepat beli player yang bakal menyerlah seperti Akinfeev dan juga Vincent Kompany. Kalau nak handle jurulatih dan lain-lain, hadoi tak reti la aku.


Aok:    Agak lewat menyertai kami (setelah beberapa musim selesai). Walaupun peminat sejati Barcelona CF, demi untuk memeriahkan majlis bermain FM secara berjemaah ini dia pun tercari-cari sebuah pasukan dari English Premier League. Iley mengesyorkan Tottenham Hotspurs dan Aok pun menguruskan Tottenham Hotspurs sebagai sebuah pasukan yang paling dekat dapat mencabar empat pasukan terhebat.

Daud:   Antara ahli jemaah FM yang menjadi sebagai founder FM LAN ni. Tapi watak Daud ni hanya cameo. Walaupun menyertai dari awal dengan pasukan Chelsea tapi antara tindakannya hanyalah membeli Fernando Torres dengan harga yang agak mahal dari Atletico Madrid dan membiarkan sahaja pasukannya itu. Kemudian Apis mewarisi kelab Daud itu dan Daud tidak lagi menjadi antara ahli jemaah FM LAN.

Tamatlah sudah pengenalan mereka yang terlibat secara langsung permainan kami ini. Entri akan disambung dengan pelbagai lagi adegan, ragam dan peristiwa yang terjadi ketika bermain FM LAN secara berjemaah ini. Memang banyak sehingga membuatkan aku tersenyum sorang-sorang selalu. Tapi maafkan aku sebab tak dapat menyusun apa yang berlaku secara kronologi sebab ingatan dah bersepah-sepah. Jadi berterabur sedikit susunan cerita. Ok, See ya later.


"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

No comments: