Monday, September 26, 2011

Footbal Manager (FM) 2008 – Local Area Network (LAN) 7


Act VII

Emosional gamers.

Ok, janganlah korang nak kata aku ni emosional sangat main game. Maklumlah, bermain secara LAN biasanya mengundang emosi yang pelbagai. Tak percaya tanya diorang yang main DOTA ke, Counter-Strike ke,  dan lain-lain. Mesti emosi punya kalau main saiko dan juga mengejek-ngejek. Aku ingat lagi masa main CS tu, geng-geng tingkat bawah mesti mengejek-ejek team atas bila menang. Padahal team atas lagi terer. Tapi team atas memang angin la. Keesokannya hari aku tanya la team atas, korang marah ke? Apa lagi, macam-macam la keluar membawa makna diorang memang marah. Hahaha. Apatah lagi kalau rasa tidak adil dalam satu permainan tu kan. Never mind, game je pun. Kita teruskanlah permainan kita dalam FM LAN ni.

Aku tak cerita lagi pasal Aok join kitorang kan. Yup, Aok memang agak lewat join kitorang main FM ni. Aok ni bukan calang-calang orangnya. Walaupun nampak biasa-biasa tapi dia ni miracle betullah. Sebagai contoh, main CS. Jari beliau sedikit bengkok selepas accident. Tangan dia terpaksa disilangkan untuk main game CS dan juga PES/FIFA. Korang bayangkan je la sebagai contoh menyilangkan tangan korang ketika menaip. Tangan kanan untuk area huruf-huruf QWERTY dan tangan kiri untuk butang UIOP[]\ (sila lihat keyboard anda). Lebih kurang macam tu lah kalau dia main game komputer. Ajaib bukan? Haaa, bukan calang-calang orangnya. Walaupun begitu Aok seringkali menjadi pendahulu dalam satu-satu event permainan CS.

Tapi main FM ni taklah serumit untuk sentiasa memegang keyboard. Cukup memegang mouse dengan elok maka bolehlah bermain FM. Maka nak dijadikan kisahnya, Aok ni rasa tertarik melihat kami berempat bermain FM bersama. Jadi dia mengutarakanlah hajat beliau nak join sekali. Iley pun turut berbesar hati untuk menambah lagi seorang manusia untuk menjadi manager dalam permainan kami. Aok berminat untuk mengawal Barcelona (masa tu star Barca adalah Ronaldinho). Tapi difikirkan semula Aok akan keseorangan di La Liga sedangkan kami beramai-ramai dalam English Premier League.

Setelah Iley mengesyorkan Aok untuk mengawal Tottenham Hotspurs, maka jadilah kami berlima bermain FM secara LAN. Iley mengatakan bahawa Spurs adalah team yang terdekat yang boleh mencabar big four ketika itu. Untung untuk Aok menyertai ketika itu kerana tingkap perpindahan telah dibuka. Tapi malang juga kerana dana yang ada amat sedikit berbanding dengan empat pasukan lain (Chelsea, Man Utd, Arsenal dan Liverpool). Aku yang terasa kesian pada Aok.




"DAVID BECKHAM IS BRITAIN'S FINEST STRIKER OF A FOOTBALL NOT BECAUSE OF GOD-GIVEN TALENT BUT BECAUSE HE PRACTISES WITH A RELENTLESS APPLICATION THAT THE VAST MAJORITY OF LESS GIFTED WOULDN'T CONTEMPLATE" – Sir Alex Ferguson –

No comments: