Tuesday, September 21, 2010

Babak Raya

1

Aku keluar sebentar, melihat Alya melayan arnab yang dijaga sementara oleh Acik. Arnab itu kepunyaan jiran. Disebabkan mereka pulang ke kampung untuk berhari raya, mereka meminta tolong keluarga Acik untuk menjaganya.

Alya: Pak Su, tengok ni Alya bagi arnab ni makan carrot.

Aku sedang berdiri dipagar, melihat Alya.

Aku: Elok-elok, jangan sampai dia gigit tangan Alya.

Diam sebentar sambil aku melontar semula pandangan ke jalan raya. Tiba-tiba kedengaran suara kanak-kanak perempuan menjerit “PAK SU!!!”. Aku menoleh kembali ke Alya.

Aku: Kenapa Alya?
Alya: (Membuat gaya isyarat seolah-olah berkata “Bukan Alya yang panggil. Tapi budak sebelah yang panggil”)

Aku kehairanan. Jadi aku memandang ke rumah jiran Acik. Ada dua orang kanak-kanak. Seorang perempuan dan adiknya lelaki. Adiknya sudah tergelak besar melihat telatah aku yang keliru. Dan berterusan budak perempuan itu mengenakan aku. “Pak Su! Pak Su! Pak Su!” tanpa henti disusuli dengan gelak tawa mereka.

“Aduh, apalah yang seronok sangat ni?” fikir dalam hati. Seronok sangat mereka berdua ketawa mengenakan aku. Aduh.

2

Seusai melayan selera dan beraya di rumah Pak Cik Udin, kami pun mulalah hendak beransur pulang. Selesai sudah mak memasuki kereta dan tibalah giliran aku sebagai pemandu untuk masuk kereta. Sebaik hendak memasuki pintu, Kak Bayah menegur aku.

Kak Bayah: Kamu sekarang semester akhir ye?
Aku: Ya, semester terakhir. InsyaAllah hujung tahun ini habis.
Kak Bayah: Betullah tu, tengok rambut pun dah tau semester akhir.
Aku: ???

Aduhai, pulak dah.

3

Sampai juga hajat dihati untuk berhari raya ke rumah Hafiz di Sekinchan. Dan kami pun hendak beransur pulang sedikit awal memandangkan perjalanan yang agak jauh. Jadi kami masuk semula ke dalam rumah untuk berterima kasih kepada ibunya kerana sudah bersusah payah melayan kami.

Kami: Terima kasih mak cik, susah-susah je. Selamat hari raya.
Mak Cik: Sama-sama. Dah tau rumah ini, janganlah lupa nak datang menjenguk kembali. Kalau dah ‘berdua’ nanti pun, jemputlah datang lagi.

Kami tertawa sesama sendiri. Kemudian Mak Cik menyambung semula bicara.

Mak Cik: Terima kasihlah sudi datang ke rumah buruk ni.
Aku: Ish, Mak Cik. Kan rumahku syugurku.
Syuk: Apa dia? Syurgaku ke syugurku? Apa yang kau nak cakap ni ha?
Aku: Ha Ha Ha (Satu persatu)

“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

No comments: