Saturday, July 31, 2010

Practical Day 46: The Last Day





Terasa hendak berbahasa Melayu. Tak pe kan. Jadi dengan ayat stail ‘status FB’, kali ni ingat nak bersantai sikit untuk tulis-tulis pasal praktikal ni. Maklumlah, hari last.

Macam mana nak cakap? Memang hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tapi, bangun pagi, tak terasa apa pun. Bangun, mentaliti nak pergi kerja, macam biasa. Tapi hari ni dah plan, nak beli 20 biji kuih donat dari Kedai Haji Kassim yang besar-besar tu dan bawak sekali kuih bakar yang mak buat. Nak open table untuk yang kerja kat office. Nak bagi kat kongsi kong? Tak pelah, lain kali kut. Bukan terasa nak balas apa yang diorang belanja semalam, memang dah plan la nak beli dan nak bagi mereka.

Okay, kemudian terus ke site. Tergendong-gendong bawak beg plastik besar-besar ni. Naik opis, terus sorokkan dulu. Sebab nak open mase pukul 10 nanti, mase minum. Ingatkan dah lambat, rupanya agak awal jugak aku ni. Dahsat jugak, perangai datang awal ni masih melekat dari hari first sampai hari last. cuma hari first dulu tu awal sangat la. 7.15 pun dah sampai opis. Gila jugak rasanya. Sekarang ni kira lambat banding dengan dulu cuma sekarang dah pandai bajet time.

Jadi, pagi ni cari la lagi maklumat yang best untuk di copy dan di fotostat. Kena cepat, supaya takde orang jadikan isu. Abang Syed yang biasa bawak nasi lemak dari luar ajak aku minum. Aku pun memang nak join. Hari last kot. Dengan senior staff yang paling aku kamceng. Yang lain kalau aku kamceng pun sebab diorang muda takpun baru kerja. Aku pun tanya camne nak distribute kuih yang aku bawak tu. Dia kata, cakap je kat Mr. Tong yang aku nak bagi kuih-kuih ni kat orang opis. Nanti dia bagitau la kat orang ramai. Okay, nasib baik ada cara.

Abis minum, lagi sekali aku belek apa barang yang aku nak culik. Sambil tu pulak, Faiz trainee baru tu pun ngendeng-ngendeng dengan aku nak tengok apa yang aku ambik. Nanti dia takdelah terkejut sangat dan blur apa yang boleh di culik. Pukul 10! Aku pun pergi kat Mr. Tong cakap nak distribute kuih tu. Pastu dia suruh aku letak atas meja meeting tu dan aku pun announce kat sume orang. Padahal orang kat dalam opis tu dah la sikit. Tak pe lah, nanti sorang-sorang msuk boleh la amik kuih.

Memandangkan aku tengah rushing nak renew road tax, aku pun keluar time-time gini. Time minum tak salah aku boleh keluar. Asalkan jagan lambat sangat. Uish, skil yang aku tengah apply la ni. Skil Mengular. Tak pe. Untuk hal-hal penting boleh consider kut. Malangnya, tak dapat nak buat. Bangang jugak Ikobana.com ni. Tak pe lah. Yang lagi bangang sebenarnya Post Office. Problem ape ntah sampai sekarang tak leh nak renew road tax.

Kemudian, macam biasa aku cuba cari lagi bahan sambil Faiz interview aku macam-macam. Aku kena turunkan ilmu sedikit sebanyak supaya dia dapat tahu. Lepas aku blah nanti aku tak sure dia boleh tanya siapa. Aku rasa dia boleh survive. Dia pun tanya macam mana lunch hari ni (Jumaat)? So aku cakap macam biasa. Hari ni dia tak bawak bekal, sebab dia nak try apa yang aku asyik beli kat kedai mamak tu. Mee Goreng Melayu Pedas. Aku pun nak keluar ofis, sekali Mr. Lim cakap kuih bakar tu sedap. Dia tanya beli kat mana. Aku pun jawab ‘Itu mak saya yang buat’. Pergh, kalau aku citer kat mak aku ni, mesti kembang. Pastu mesti lagi rajin nak buat. (Memang betul, mak aku kemudian suruh aku beli telur lagi banyak. Adoy).

Aku pun kemudian keluar ke D’Mamak. Order macam biasa, untuk rasa kali terakhir. Lepas ni entah bila la aku nak singgah sini. Jarang sangat lalu arah Gombak dan Selayang ni. Pastu aku dengan faiz pun pergi Solat Jumaat kat Klang Gate. Dekat dengan rumah pak cik aku. Tapi malangnya, hari ni tak jumpa dia pulak.

Aku kemudian balik opis. Abang Syed ajak naik blok A. Aku mula-mula macam keberatan, tapi dia dah nak ajar, aku tak nak menolak. Aku pun follow, kali ni dapat la jugak aku belajar sedikit sebanyak hal-hal architecture ni. Naik tingkat atas sekali, masyaAllah. Cuaca clear dan aku dapat tengok view KL paling jelas. 4,5 kali jugak naik tapi aku rasa nilah yang paling clear. Tau-tau je ni hari last. Lepas puas tengok, Abang Syed ajak turun, check level lain. Aku jalan pergi arah tangga, pastu stop jap. Aku pandang belakang nak tengok view KL untuk kali terakhir dari sini. Syahdu. Pusing balik dan join Abang Syed buat check pintu tangga. Kemudian aku mintak izin nak turun. Setengah jam je lagi nak time. Aku pun salam Abang Syed, pastu dia bagi nasihat. Aku tak boleh dengar nasihat yang panjang-panjang ni. Nanti aku terharu dengan rasa nak nangis. Nasib baik boleh tahan. Ha3.

Aku balik opis, packing barang dengan kemaskan kerja-kerja aku yang dulu-dulu tu. Tengok kat tengah opis ada Mr. Ting. Aku bagi souvenir Mug dari UK. Pastu aku handover file aku kepada dia. Maka secara rasmi aku sudah abis training kat sini. Aku pergi salam Eddie. Tapi dia nak check pasal barang yang aku slalu hantar tu. Jack Base, U-Head dan Ladder Frame. Nampaknya dia tak puas hati dengan jumlah Ladder Frame yang masih tinggal. Lantaklah, aku dah nak blah dah pun. Aku pun kuar, farewell semua orang dan cakap terima kasih kat diorang. Aku turun, salam dengan LP. Orang pertama yang aku bercakap kat site ni masa awal-awal masuk dulu. Turun sikit lagi jumpa Encik Zairul, Mr. Lim dan Abang Hafizan.

Pergi kat van, start enjin dan terus vrooooom. Aku pun meninggalkan site ni. Alhamdulillah, semua selesai. Tinggal lagi mahu buat report. Terima kasih Kak Mazita, Nurul, Shima, Abang Syed, Mr. Lim, Abang Hafizan, Ting, Mr. Tong, Eddie, Mr. Chong, Abang Amin, Encik Zairul, Cheah, Ah Heng, Ah Liew, Alex, Benny, Ah Teh, Rashpal, Simon, Abang Nizam, Encik Farid dan Faiz si trainee baru. Tak lupa juga kepada semua kongsi kong seperti Sugi, Swandi, LP, Pak Martin, Rahman, Taizil Islam, Basu, Khan Jaan Ali, Nazrul Islam, Shafiqul, Jamaluddin, Din. Lorry driver abang din dan Suyanto. Pak guard sekalian dan semua orang lain termasuk tower crane operator. Terima kasih buat kalian bagi nilaian yang tak terhingga. Selamat tinggal dan ketemu lagi di lain hari jika ada rezeki. Asslamualaikum.

Allahumma Yassir, Wa La Tu’assir. Rabbi Tammim BilKhair.


“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

No comments: