Saturday, July 24, 2010

Sorotan Praktikal Hari 36

Mr. Yi, seorang staf dari pihak consultant. Umur mungkin akan mencecah 40 tahun dalam masa terdekat. Bekerja sebagai Clerk Of Work di site kami. Beliau adalah seorang yang peramah. Aku pun terkejut melihatkan dia tahu nama aku lebih awal dari aku mengetahui nama beliau. Pelbagai perbincangan telah kami lalui dan nampaknya beliau amat berminat untuk menjadi Safety Officer. Namun, aku rasa perbualan kami untuk hari ini sudah lama beliau pendamkan. Mungkin tercari-cari orang yang sesuai untuk berbicara mengenai isu ini. Seperti biasa beliau akan memanggil nama aku dengan lantang ‘Adli!!!’ jika terserempak di kala ringan tanpa bebanan kerja. Dan inilah antara isi butir bicara kami, ketika bersama-sama menuruni tangga satu tingkat.

Mr. Yi: Hey, saya tengok kan, MARA banyak yang keputusan biasa-biasa saja pun dapat masuk.

Aku: (Terdiam sekejap dan berfikir, ye ke?) Eh, ye ke Mr. Yi? MARA? UiTM ke maksud U?
Mr. Yi: Yalah! Saya tengok BM dapat 8 pun boleh masuk Universiti.

Aku: (Biar betul BM 8 dpt masuk) Eh, takdelah. Kalau BI tu boleh jadi la. Memang biasa la tu, saya tak boleh nak cakap apa la.

Mr. Yi: Itulah, keputusan tak hebat mana pun dapat masuk universiti dan belajar tinggi-tinggi. Kami ini tak de peluang tau. Susah mahu belajar. Kata 1Malaysia, patutnya semua orang dapat peluang yang sama.

Aku: Tak de lah sampai mcm tu sekali Mr. Yi. Memang ada segelintir macam tu, tapi ada juga yang excellent. Bukan semua dalam tu yang Mr. Yi cakapkan tadi. Lately, saya tengok junior saya ramai yang lagi hebat keputusan SPM mereka dari saya lagi. Mereka sudah pilih student excellent untuk masuk. Kalau tak pun, student yang excellent itu sendiri yang pilih untuk masuk UiTM.

Mr. Yi: Itulah, tapi saya sendiri yang tengok keputusan mereka. Waa, BM 8 tapi dapat masuk.

Aku: Erm, itu saya tak dapat nak cakap apa la. (Line dalam kepala: Nak buat cammane, itu sebab diorang –Govt- nak tolong). Itulah, kan kes 10% nak open tu, saya rasa setuju juga. Sebab antara kami ni banyak alpa dan leka. Termasuk saya sendiri. Perlu ada competition untuk advance. Kalau tidak, ramai yang belajar main-main.

Mr. Yi: Itulah, masa Khalid MB cakap mahu open 10%, waaa, bukan main ramai lagi keluar buat demonstrasi.

Aku: Saya tau tu, tapi saya pergi kelas tau Mr. Yi. Saya tak join demo tu. Saya tak pandang pun apa yang diorang mengarutkan tu.

Mr. Yi: Kalau betullah buka 10% untuk non-bumi saya memang laju mahu apply tau.

Aku: Saya tak tau la. Kalau Mr. Yi nak tau, inilah kali pertama saya dalam environment campur.

Mr. Yi: Campur? Sama dengan Cina?

Aku: Ya. Sebab selama ni saya tak pernah campur. Tapi kalau dah campur tu, prejudis tu dapat dihindarkan sedikit demi sedikit. Saya dapat kenal pelbagai kawan dari bangsa lain.

Mr. Yi: Kamu berapa lama lagi dekat sini?

Aku: Next week is my last week.

Mr. Yi: Selamat berjaya untuk apa yang akan awak tempuhi nanti.

Aku: (Gelak dan sengih-sengih) Thank you Mr. Yi. Good luck to you too.

Dan kami pun beredar ke matlamat masing-masing. Jadi, aku pun tak tau nak cakap apa. Masuk kali ini dah dua kali aku dengar isu yang lebih kurang sama. Tapi yang 1st adalah comparison antara JPA dan biasiswa lain. Dia (kenal kat tempat interview) tak apply langsung untuk JPA sebab dia tahu agak mustahil untuk dapat. Lagi sekali, aku pun tak tau nak cakap apa. Cuma, beringatlah. Kita diberi peluang, kena gunakan dengan sebaik mungkin. Jangan dah susah nak ambil peluang nanti, mulalah nak bising-bising.


“PATRIOTISM IS SUPPORTING YOUR COUNTRY ALL THE TIME, AND YOUR GOVERNMENT WHEN IT DESERVES IT” – Mark Twain -

No comments: